Selasa, 5 Julai 2011

Nurul Dayana Mengkawen sudah


Ni die gambar mengkenduri kawen Yana si Monitor kelas aku dekat poli.  Gedik-gedik budak ni dah jalan dulu dah, kalah Mira..Eh tetiba Mira, kang kena saman lak kang aku nie..ehehe

Ni nak sampai kan ke masa hamek gambo nie punyer lah lame wei.. Wahai Yana sesungguhnya amat banyak rintangan dan dugaan yang harus kami tempuh sebelum dapat berjumpa kamu si raja sehari..

ohooooooiiiii hoi! kalau dah mata bertentang mata..... Eh eh tetiba ternyanyi lagi ni pulak.. Ni lah padah sebab meniru gaye si Along Klasik.FM.. Kelas kau maria! Mentawen-tawen siap panggil Along nyanyi lagi.. auuuww!!

Tapi mak tak kenal lah nok Along Klasik.FM nie.. Ingatkan M Daud Kilau, gaye dah same dah nyanyi pon dah sama dah. Dan paling penting vogue de vass tu, joget pon sama dah nyah! Mak suka! Mak suka!

Apepon aku ucapkan selamat mentawen, selamat menuju puncak gemilang cahaya perkahwinan.. Ade tips tak? kalau hado, nanti SMS ai k..? Nak kawen jugak nie! hahaha gatal!

Isnin, 4 Julai 2011

Beli rumah dulu, untuk pelaburan..

Pepagi yang hening, layan Hot.fm sambil bawak kete dengan feeling nyer sebab hari ni pergi kerja awal sebab nak pergi perhimpunan JPM. 

 Si Hafiza Zalkifli awal-awal pagi dah bagi mesej suruh datang awal sebab bas pergi JPM pukul 7.40.  Almaklumlah aku selalu datang lewat kan, tepat-tepat pukul 8 baru aku punch! Sebenarnya salah tu, sebab cikgu aku kata PUNCTUAL IS ALREADY LATE! Kita kena awal dari perancangan, baru betul..

Berbalik kepada cerita Hot.FM tadi. Usop weelcha kan dah jadi deejay bersama pagi-pagi dengan si FBI kan, so macam best lah nak mendengor Hot.FM pepagi. Pagi tadi si Abang Usop tu ade cakap gini gaye, muda-mudi sekarang nie sebok bebeno membeli gejet, kereta letop-letop yang akan susut regenyer sehari dua.. Ngape tak membeli rumah?

Ouch! sentap mak nok!Dekat Kosmo kata nyer cerita pasal nie, muda-mudi sekarang tunggu dah kahwin dah ade anak baru nak beli rumah. Tak caye korang g lah baca..

Pada pandangan aku kan, ade betul dan tak betulnya jugak. Yang betulnya mengenai statement ni, macam si dia lah, sibuk nak membeli kereta baru nak beli ip4 lah Ipad lah dan segala jenis I lah.. Tapi I ni die tak mau pulak, isk!T_T

Tapi katanya, kereta dan gadjet sekarang dah lebih kepada keperluan dari kehendak. Kerja dah bertahun ni kalau tepon masih lagi pakai 3310 ke kan, kang orang mengata pulak.. Paling baik die kata, ni jimat nie pandai simpan duit.. Kalau tak pon orang kata, keje dah bagus tapi duit entah ke mana.. Dari dulu sampai sekarang tengok dekat takuk tu jugak.

Lagi ramai orang yang akan kagum dengan kereta cantik dan gadjet2 mewah kau dari bertanya, duduk rumah sewa ke?

Mula-mula nampak macam betul lah.. Erm betul jugak lah statement nie. Tapi cuba korang baca lagi sekali, tak nampak macam kita ni terlalu nak menjaga hati orang ke? Tak ke kita ni dah macam menunjuk-nunjuk kalau serupa itu pemikiran kita? Time kita susah bukan orang yang duk menyanjung kita tu yang akan tolong kita nanti kan?

So pemikiran serupa ini macam tak boleh pakai lah sebenarnya.. Tapi nak buat macam mana, serangan mulut-mulut manusia di persekitaran ni memang mencabar keimanan. Orang yang duk kata canggih lah tepon kau, lawa lah kereta kau..Orang itu jugak lah agak nya yang akan kata, tu lah dah tak mampu sibuk nak ikut peredaran zaman konon, ha makan lah tepon kau tu, kikislah sikit-sikit kereta kau buat bayar hutang. Oh tidakk..

Lepas tu lagi die kata orang muda sekarang tunggu dah kahwin dah ade anak baru lah nak membeli rumah. Tunggu hidup tu dah masuk fasa seterusnya, baru nak merancang hartanah. Kenapa kita ni sibukkan nak membeli gadjet-gadjet dan jugak kereta yang nilainya cepat jatuh tu berbanding hartanah yang nilainya semakin hari semakin tinggi menuju puncak?

Banyak sebab sebenarnya, mungkin kalau aku belajar dan mahir pasal ekonomi ni aku akan beli rumah dulu berbanding kereta. Tapi nak buat macam mana, kereta lagi penting. Memang boleh naik bas, tapi kalau kau dapat kecemasan memang tak sempat lah wei..

Dah kahwin baru nak beli rumah. Wajar lah tu, kata sehidup semati kan. Orang kebanyakan macam aku ni kalau baru berkahwin ibarat baru nak memulakan kehidupan. Kita tak tahu lagi ekonomi lepas berkahwin ni macam mana, pasang surut dalam rumah tangga kan.

Tambahan pulak nak kahwin ni menggunakan banyak belanja wei. Apa yang boleh ditangguhkan, tangguh lah dulu kan. Kahwin kena dulukan sebab untuk mengelakkan maksiat, nak-nak pulak dah jumpa hari-hari.

Dah lepas kahwin memang lah duduk rumah sewa dulu, atleast 5 tahun lepas kahwin, bila ekonomi dah kukuh kembali barulah boleh beli rumah pulak. Aku ras ramai yang fikir macam nie kot..? Betul tak?

Jumaat, 1 Julai 2011

fuhhhh penat campo demam sebab aku yang hitam makin menghitam.

Kan aku ade cerita yang aku kena pergi kursus dekat Kuantan tu kan..? Ok sekarang aku dah membalikkan diri aku nie ha.. Semalam lagi dah keje, saje baru nak mencapap hari nie..hehehe
Penat la wei.. Sebab terkinja-kinja dan keterujaan yang melampau aku pergi Kuantan hari ahad lagi dah. Memula plan memang nak pergi hari senin tu ha sebab check in pong hari senin kul 1, so sempat sesangat kalau nak gerak pagi tu..
Eh kejap lah.. Aku sambung kejap lagi Senah nak pergi tengok kain pasang kejap yek kiah kiah semua.. kejap lagi Senah sambung balik.. See you soon!

******************************

Uhuuuuiiii... Senah in de house..hehe.. Lepas je pergi nengok kain pasang tadi, aku bedosup poe Alamanda.. Ala standard lah dekat Putrajaya ni nak pergi mana lagi di kala para jejaka pergi menunaikan Solat Jumaat kan..

Rehat panjang tadi aku bagi dua beb, sejam dekat Alamanda sejam lagi untuk mata rehat.. Bijak lagi adil kan aku? Ngeh3..Oh yea, lupe nak kobarkan aku pergi makan dekat Noodle Station tadi, SERVIS BAPAK LAMBAT!Sejam aku dekat situ je..fuhh!!

Haaaaa...sambung citer.. Ahad kelmarin pukul doblas aku dah tercongok dekat Esplanade Kuantan.. Dah tu ade pulak kanak-kanak rebina nak makan kopok lekor.  Die boleh mintak kopok lekor lak tu, bukannya "eh! Kopok lekor lah, nak beli lah singgit dua".. Die MINTAK bukan KEBETULAN TERSEREMPAK PASTU NAK tau.. Jenuh lah aku nak mencarik..Ades!

Dekat Kuantan ni pulak takde lah nak jual kopok lekor dekat tepi-tepi jalan yang standard pakai payung pasar lambak je kan, die buleh buat warung kopok lekor Mok Na, Warung Pok Su.. Malam tutup lak tu.. Nasib baik ade kaki dekat sana, leh lah buat dreber tak bertauliah kejap..

Siyes woo.. Kawan aku si Aley namanya, jadik tourist guide aku lah die.. Die bawak sorang kawan ni, bila tanya nama ape? Die kata panggil je BABY. Si Aley punyer selamba cakap, " kO NI BUKAN BABY, KO BABI DOH!HAHAHA"... Sentap sesaat mak nok... Pastu baru mak gelak sekali..hehe

Sepergiannya aku ke Kuantan dengan si IS dengan ECHAH, kitorang memang totally menghabiskan duit dengan berhemah.. Sesampai pergi Esplanade, tak beli pape wei.. Lepas tu menuju ke Teluk Chempedak, lepak minum-minum je tu pon si Aley belanja..

Lepas checkin hotel yang ade 3 katil berharga rm110 semalam tu, kitorang pon verams dari situ terus pergi Tanjung Lumpur makan kopok lekor.. Kopok lekor, ikan celup tepung (ICT katanya) dan jugak sata.. sata Mok na tak sedap! Rase kelapa je lebih.. Marah! Nasib Aley belanja lagik.. hehehe

Lepas maghrib, pergi Tanjung Lumpur lagik.. Makan seafood dekat ANA IKAN BAKAR.. Macam biasa setiap kali kunjungan ke ANA IKAN BAKAR memang tak pernah menghampakan, sedap dan murah! Silalah cuba..hehe

Malam tu lepak Teluk Chempedak lagi, ade lah keturunan China ni berbual sunggu kuat macam cakap sebatu-sebatu jauhnya. Pelik.. Sebab sifat ingin tahu kitorang pon try cakap kuat-kuat, tapi tak kena dengan jiwa lalu kitorang cakap macam biasa je..

Senin checkin hotel De Rhu Beach Resort lepas kena saman dekat hotel RM110 tu. Bangkai punyer hotel RM110, die tak nak bayarkan saman parking aku tu. Die kata itu tanggungjawap aku, walhal aku dah suruh die coverkan kalau ade si penguatkuasa tu datang.. Sungguh BEBI titik!

Ok petang lepas taklimat yang sungguh mengkompiuskan tu kitorang pergi ke Kemaman mencari sata lazat! Memang lazat sampai nak tidur pon terngigau-ngigau.. Silalah berkunjung ke WARUNG AZIZ SATAR, ni bukan Aziz Satar pelakon tu tau bukan jugak si Aziz Singah.. Nama owner die Aziz bin Ahmad kalau tak silap aku sebab aku baca dekat lesen die tu..hehehe

Lepas tu kursus, kursus, kursus... Sampai lah muka aku jadik golap.. Memang dekat resort, memang jugak ade air cond tapi sebab die tepi pantai maka menggelap lah aku.. udahlah gelap main futsal sabtu minggu sebelum aritu tak hilang lagik, ditambah pulak dengan gelap bertepian pantai nie,makin golap lah aku...sobs!

4 hari dengan si Is dengan Echah ade beberapa ayat best yang diorang keluarkan. Si Is, kalau takut berumah ditepi pantai, jangan carik ombak! Echah pulak, Kalau tak dengar pakai lah spec..

Memang terbaekkk.. pepon walaupon aku demam sikit-sikit + hitam golap gulita lagi nie tapi aku sangat enjoy pergi kursus nie.. Sebab berkawan dengan budak-budak yang tahap pemikiran selevel dengan aku yang rebina nie..har har har

Sekian.Assalamualaikum..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...