Jumaat, 19 Julai 2013

Ramadhan

MAK
kali terakhir bersahur dengan mak, tahun 2005...
Tu pon awal ramadhan je, sebab tinggal berdua je dengan mak waktu tu..
hari berikut2 nya kebiasaannya mak akan tanya memalam sebelum tido "adik nak sahur tak ?"
hari2 jawapan sama je,
"Tak..Adik minum air je"
sambil tangan pegang botol air masak bawak masuk  bilik.

kadang mak lupa nak tanya, mak mesej je..
macam jauh je..
Padahal bilik sebelah2..
tapi jawapan aku masih sama..
"Tak..Adik minum air je.."

Dulu lepas abah pergi, lepas akak pindah rumah, lepas bawan dah kerja dan duduk diluar aku tido dengan mak.
tapi aku selalu terjaga malam setiap kali mak bangun ke tandas.
aku susah nak tido balik..
terpusing kanan
terpusing kiri
resah..
mak amek keputusan tido bilik lain
tak tido dengan aku lg dah sebab  mak tak nak aku terjaga lg setiap kali die nak ke tandas malam2..

Sekarang dah masuk 4 kali ramadhan dan menghampiri 4 kali syawal
mak tak ada..
xde orang tanya, adik nak sahur tak?
xde orang mesej adik nak sahur tak?
rindu dekat mak
alfatihah..

Sekarang kalau diberi peluang nak tido dengan mak puas2
sambil tido peluk pinggang mak ketat2
rindu nak baring dekat riba mak
rindu nak salam mak
rindu  nak cium mak
rindu rindu rindu
alfatihah untuk arwah emak
Badariah binti Sumadi.

ABAH
bukan tak rindu..
dulu, rapat sangat dengan abah..
anak abah la katakan..
abah pon panggil aku anak abah..
dari jauh dah jerit, "anak abah mari sini"
anak abah ade 6 tp yg datang aku sorang je sebab abah memang panggil aku sorang je anak abah..
alfatihah untuk arwah abah
Sarbin bin Sarpan
...sambung nanti ade keje..

Jumaat, 17 Mei 2013

besarkan diri bukan menjadi sombong tapi memandang masalah itu dari konteks yang besar

pagi ni aku menegur seseorang berpangkat, tapi tak terima. Ok lah tak kisah pon orang tak nak terima teguran nie..tapi cara die tu tak enak lah.. nak menunjukkan sangat aku ni orang bawahan tak layak tegur die..mungkin die lebih suka kalau orang buat salah depan die kompom die pejam mata je..

padahal kalau kau terima teguran orang tu positif.. lepas tu tak buat pon takpe kan? xde lah nak manyakitkan hati orang..appa daaaa...baru berpangkat sikit, dah macam ni perangai.. tak boleh terima teguran, org bawah semua kecik takde hati takde perasaan dibuatnya.. astaghfirullahalazim.. manusia manusia, baru diuji dengan pangkat..

aku dengo la IKIM.fm..ni ade ayat yang aku memang rasa sesuai la ngn situasi orang tersebut pagi tadi.. jom baca semoga kita pon sesama bermuhasabah diri..

marilah kita jadi orang yang penyabar
menghadapi masalah jangan suka marah2
orang marah suka meradang 
mencerca mencari pagi dan petang
perasaan orang tidak ditimbang
aib malu diri tidak  dikenang
memerintah tidak menurut undang2
hati busuk akal melintang
dijadikan pemimpin bencana datang
dijadikan tua banyak menyilang
dijadikan tiang pasnti tumbang
dijadikan tudung akan melayang
memimpin negeri binasalah orang

Khamis, 16 Mei 2013

bosan

telefon genggam tinggal di rumah
sang suami tinggal kunci rumah kepunyaan beliau di opis
kunci rumah kepunyaan saya pada sang suami
sang suami kerja di tempat lain
pulangnya pula lewat hari ini

jadi
telefon genggam dirumah
kunci pada suami
tahniah!

maka
tak wasap
tak fb
takyah call
takyah mesej
tahniah lagi

arrrrghhhhhh...bosan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...