Selasa, 17 April 2012

Perhatian kepada isteri dan suami..;)

PERHATIAN:

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.

 Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir d...engan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. 


 Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja,

hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.


 2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.

 Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.


MAKLUMAT TAMBAHAN:

 Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki:
ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ
Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

 HAK TERHADAP HARTA ISTERI

 Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri.

 Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya.

 Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

 Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)
Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya.
Firman Allah yang bermaksud:

 “dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

Khamis, 12 April 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

 
 1.) Dia bekerja dengan Allah..j...adi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Rabu, 4 April 2012

Thanks kengkawan.. Aku pilih No 2

Hilang satu kekusutan aku..Padahal nak tempahnye bulan depan..aku dah sebok jalankan survey... Maap yea kalau terlihat seperti budak gatal nak kawen..Bukan itu  maksudnya pon.. Cuma Yus pon tak membantu masa isi form aritu.. Dah lah orang kedai takde bagi contoh, lagilah haru.. Aku tergolong dalam kes pelik diorang lah..

Balik dari pameran tu.. Eh lupe nak cakap, isi form tu masa nak tempah pakej kad kawen tu dekat pameran pengantin yg tengah berlangsung sekarang ni ha dekat Plaza Angsana. Kalau dekat pameran-pameran macam ni kan lagi murah.. Diorang bagi harga promosi kan.. Tu tempah pakej..

Sambung nak cakap balik je dari pameran tu dah malam.. Pergi pamerannyer dari kul 1 sampai pukul 6 lebih kot.. Pastu merayap dekat Danga Bay, pastu g makan dekat Restoran Singgah Selalu.. Tunggu makanan dekat satu jam pastu die leh cakap tak ada pulak makanan yang di order tu.. Macam tak nak singgah lagi je lepas ni..

Daripada mula bissmillah pegang pen dah kompius dengan nama dekat kad ni.. Dah kuo Angsana, dah g jenjalan, dah balik rumah, dah tido..dah g keje, dah tido balik..masih lagi kompius.. Nasib ada kawan-kawan baik macam korang yang membantu aku menyelesaikan masalah ni.. Macih yea kengkawan..

Jadi aku akan pilih NOMBOR DUA! yang ayat die macam ni,

MOHD RAZMI BIN SARBIN
(ANAK KEPADA ALLAHYARHAM SARBIN BIN SARPAN DAN ALLAHYARHAMMAH BADRIAH BINTI SUMADI)
 
DENGAN LEMAH GEMALAINYE MENGUNDANG TUAN/PUAN/ENCIK/CIK KE MAJLIS WALIMATULURUS ADINDA SAYA
 
Perkataan Allahyarhamah dekat depan nama mak tu aku lupe letak masa survey dekat entry sebelum ni..Aku akan pastikan ada dalam kad nanti yek..
 
Bila korang dah pilih2 ni baru lah minda aku macam terbuka sikit.. Haruslah kena letak nama mak ayah kan, kalau tak nanti orang tak kenal walaupun abang aku tu agak pemes dekat kampung tu..Tapi kan kita kulu kilir bawak nama mak ayah, jangan senang-senang nak abaikan walaupun dah takde..
 
Isk!Tetibe rindu mak abah aku.. Aku kena pikir lah kemungkinan-kemungkinan yang aku akan lalui nanti.. Adus menguji ketahanan mental betul lah..Malas PK! Bye!
 
Eh pape pon time kasih uols.. As'Salam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...