Ahad, 16 Oktober 2016

Anak Bulus : Abu

Hai assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal anak bulus baru.. Namanya Abu.. Ya... nama memang tak ensem tapi wajahnya ensem hockay... kikiki

Abu ni baru je di angkat menjadi keluarga Miko And Friends pada 18 September 2016.  Budak kepak ni anak tiri Mimi.. Macam mana boleh jadi anak tiri? Ceritanya macam ni, mula-mula jumpa Abu ni aku hantar Mimi mating dengan bapak Abu.  Johnny namanya..

Mula hantar, lepas tu ambik.. dua kali jumpa jatuh chenta dengan Abu.. Lalu kami pon ngecek-ngecek la Abu ni dekat tuan Johnny, Kak Zura dan suaminya Joery. Akhirnya dapat...

18 September 2016, Kak Zura dan suaminya hantar si Abu kaki kepak ni dekat rumah ai.. hihihi



Ni la budak Abu ni.. kaki die tu memang selalu macam tu.. gerammmm tengoknya..


Ni budak ni dah penat.. Jadi die melepek je dekat atas katil ni hah.. Susah nak tengok budak ni penat. Ni lah pertama kali budak ni macam ni.  Itu pun selepas seharian die puas terlenting-lenting, panjat sana panjat sini baru lah tau nak tido nak duduk diam.. Kalau tak jangan mimpi laaaa

Abu tersangat manja... tapi Mimi tak suka Abu.. Kesian budak kecik ni asek kena tampo je dengan Mimi.. Mimi time bunting memang gaarang ya amat.. Nanti dah beranak ok kot...

K la tu je citer pasal Abu budak kaki kepak telinga beso ni..hihi

babai...

Rabu, 12 Oktober 2016

Teratak Yangyus : New Mosaic

Hai Assalamualaikum...

Semalam aku halfday dengan tujuan pergi tengok progress repair rumah.  Agak kagum dengan kegigihan kontraktor ni sebab memang gigih la mereka ini membaiki rumah aku..

Semuanya berkat soft skills suami.. Alhamdulillah semua berjalan lancar setakat ini.. Macam yang aku pernah cerita sebelum ni, kami dapat mosaic baru satu rumah.. dan dijanjikan akan siap pada 15 Oktober ini..

So its october guys.. bulan penuh cinta.. tapi tahun ni bulan penuh debaran...  Anniversary tahun ni mungkin biasa-biasa sahaja sebab kami busy kejo kan rumah ni hah..


Makhluk oren tu angkut tanah bawak naik ke atas bumbung porch.. Wak-wak tu keluar masuk ikut tingkap ok.. aku ok lagi, nanti dah siap diorang buat keje aku cek la.. kot la ade tingkap yang calar balar ke kan.. tengok lah nanti.. tapi nak ikut mana lagi kalau bukan tingkap..


Tingkat atas sedang di rendar kata wak topi putih tu.. tingkat bawah pula dah mula tampal mosaic baru..

Wak topi putih kata, saya biasa buat lantai ni satu tingkat 2 hari. dua tingkat empat hari.. Tapi lantai baru puan..Lantai yang dibikin semula macam ini baru pertama kali ini puan.. Saya tak janji boleh siap cepat.. Takutnya nanti, puan mahu siap cepat.. Saya buat tidak cantik nanti pecah lagi.. Kalau kena bikin lagi ni puan, saya malah lari tuh..

gitewwwww......

Aku sengeh je.. aku dah tersepit ni wak.. nak aku cerita satu-satu nanti ko bukan pahammmmm..

apapun aku bersyukur dapat mosaic yang lebih kemas.. walaupun ade perkara yang bikin jiwa ai merudum... sobssss

rumah aku tu senget 2 inci.. contoh depan lebar 8 inci, belakang 10 inci.. sebab tu la senget serba serbi.. benci..

k nak g nangis..bai

Selasa, 11 Oktober 2016

Kerja

Hi Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal kerja..  Selama 8 tahun lebih kerja ni aku baru berada di 2 jabatan di bawah kementerian yang sama.. Jabatan pertama 1 bos yang sama di 3 unit berbeza selama 3 tahun.  Di jabatan yang kedua ni dah lebih 5 tahun dan masuk bos yang ke 3. Kesimpulannya aku sedang menunggu bos ke 4 sepanjang perkhidmatan lebih 8 tahun ni.

Bos ke tiga aku berpencen. Ini merupakan pengalaman pertama bos berpencen.  Rasa macam putus kasih.. Rasa macam kena buang mak bapak.. Anak yang ditinggalkan terkontang kating.. macam tu la rasanya.. Sebab bos aku yang ini macam abah-abah sangat.. sangat mengambil berat. Aku pon boleh bercerita dan mengadu apa pon..

Bila masuk bos yang ke empat ni, perasaan lain sikit.. juga pengalaman pertama.. yang menjadi bos aku ni adalah pegawai dari jabatan yang sama ni jugak.. maksudnya, aku dah deal dengan dia semasa jawatan lamanya sebelum die naik number one dekat sini.

Perasaan tu penuh tanda tanya, aku ni kekal jadi PA number one atau number two?haaa macam tu.. sebab aku ade pengalaman di jabatan lama yang mana bos berpindah dan bawa PA pindah bersama.. jadi aku lebih prefer yang itu.

Tapi sama-sama nanti kan lah ye... 

bos ku yang sangat abah-abah ittew tengah test mic.. #gambarcuricuri hahahaha

Kbai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...