Rabu, 15 Januari 2014

Berdebar debar...

(ini gambar bukan Cik TTK punye)

Assalamualaikum geng..

Dikala ini dimasa aku tengah taip entry ni sekarang ni suami aku tengah menghadiri intebiu dekat 1Subsea di Port of  Tanjung Pelepas (PTP).  Aku menebes lebih sebab aku ada simpan sikit harapan la supaya suami aku lepas intebiu dekat company nie. 

Harapan aku supaya dengan kerja baru dan environtment baru ni nanti dapat la suami aku ni satu semangat baru. Dah 5 tahun dah beliau kerja dekat company sekarang nie.. aku pon dah tuko tempat kerja dah, die je belum lagik..Bukan bosan, cuma bila lama sangat dekat satu tempat tu kita akan jadi tak berapa produktif.. Lagi-lagi bila buat kerja yang sama je.. Tambah pula suami aku ni jenis yang sukakan cabaran.

Yang kedua nya aku harap kerja ni dapat mengubah ekonomi keluarga.  Kalau sekarang ni memang cukup-cukup je harapnya lepas ni ade la lebih untuk tabungan kecemasan dan hari tua.. Sekarang ni kalau ada kecemasan memang betul-betul cemas la kami..

Tu je lah dua harapan aku.. hehe Tapi kalau tak dapat pon tak apa..redha.. Aku ada mesej suami tadi, apa pun keputusannya sebelum dan selepas kena lah tenang dan redha..kalau memang rezeki kita alhamdulillah..kalau bukan pulak, redha je la.. Dia nak suruh kita bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni la tu.. :)

Kelmarin time-time tengah santai tu beliau ada lah melahirkan kegusaran dihati nye. Suami aku ni rasa tak berapa yakin.  aku pon ceritakan la satu kisah teladan yang aku dengar dekat IKIM.FM, Kisah ikan dengan beruang.

Macam nie..

Situasinya seekor beruang besaaaar telah menangkap seekor anak ikan kecil. Si ikan merayu supaya dilepaskan.

IKAN: Lepaskan la aku, aku ni kecil. Kalau kau makan tentu tak puas. Tunggu la sebuluan dua lagi, diwaktu itu kau tangkap dan makan lah aku. Tentu aku sudah besar dan dapat mengenyangkan kau.  Kalau kau makan aku sekarang, aku cuma terselit di celahan gigi kau saja.

BERUANG : wahai ikan, tahukah kau kenapa aku boleh jadi sebesar ini?

IKAN : tak tahu..Bagaimana caranya?
BERUANG : aku jadi sebesar ini kerana aku tidak pernah melepaskan sekecil-kecil peluang pon.

Faham tak geng? Maksud cerita nie, walau sekecil mana pon harapan dan peluang yang kita ada kalau boleh memperbaiki hidup kita, ambil lah. tak salah mencuba. Sekurang-kurangnya kita tahu yang kita ni berada di tahap mana.

Jadik cerita ikan dengan beruang ni aku cerita la dekat suami aku. die diam je dengar dengan tekun.. aku tak pasti die faham ke tak..hahaha

Doakan kejayaan suami aku yea kengkawan.. 

p/s: berdebar balik dah..aiyark...

kbai!lebiuolsss

Ahad, 12 Januari 2014

jumaat sabtu ahad

Semenjak Johor balik semula cuti jumaat dan sabtu nie, kerajaan negeri/persekutuan/badan berkanaun memang diwajibkan la cuti jumaat sabtu..tapi yang mendatang masalah nye dekat sini.. Situasi yang berlaku di sekeliling aku la kan...tak kata pada semua warga johor..mungkin segelintir je yang rasa ni..

1. Yang ini terjadi pada aku suami isteri dan juga beberapa kawan aku dekat office nie..  SATU KEJE AWAM SATU KEJE SWASTA. yang awam cuti jumaat sabtu, yang swasta cuti sabtu ahad. Sabtu pon boleh dikatakan tak cuti sebab halfday kan.. Jadi masa untuk beriadah bersama adalah pada sabtu petang..tu pon kalau la pasangan tu tak keletihan balik kerja..

2.  IBU BAPA SWASTA, ANAK BERSEKOLAH.  ibu bapa kerja jumaat dan sabtu...hari jumaat anak dekat rumah sape jaga?

3. PUSAT ASUHAN SWASTA... ibu bapa yang keje awam tak kan nak bawak anak g office?

Tapi kelebihan pon ada...cuma sekarang ni swasta diberi kelonggaran sama ada nak ikut atau tak.. bila ramai yang tak ikut die akan berterusan jadik macam ni la..kalau diwajibkan semua kena cuti jumaat sabtu, mesti tak ada masalah ni semua lagi dah..

sekarang tempat suami aku keje tengah buat bancian nak cuti jumaat sabtu ke atau kekal sabtu ahad.. Aku doa2 supaya tukar la cuti diorg jumaat sabtu..tak de la muka aku menempel je dekat uma mentua setiap minggu..naik segan lak ai. plus boleh la kami berusaha nak beranak pinak dengan lebih gigih dan tawadok..hahahaha

kbai!

Rabu, 4 Disember 2013

kakak piejapujidepom

Memperkenalkan kakak saya yang lain mak lain bapak lain tempat lahir lain kampung semua nya lain lah..tapi die kakak saye kawan saye..hehee..

di entry yg lepas sy update pasal kawan, die komen dengan tak malu dan tanpa segan silu mana gambo die..????? 

tanda soal yang banyak tu memang tak tipu tau..memang die letak banyak..nampak no soalan ni berlegar2 di minda beliau..sungguh menikan kalbu menghujam minda dan sanubari sepertinya..kikiki..

jadi. untuk meleraikan kekusutan diminda beliau..nah ni tempek gambo die..kita bikin entry untuk die...yeayyy!!

 jadi kakak ku. di kala saya berkahwin setahunan yang sudah, kamu sedang BUNTING! eh ayat macam endon lak..hahahaha

tu tu budak muka ketat lagi garang, berpipi laboh, idong bulat kecik, mata bulat beso, yang comel gebu tu masa 21 oktober 2012 yang lepas die dalam perut tengah bikin perut, tekak, hempedu, ginjal dan peparu mu itu serba pahit maung dan kerap  muntah2 lalu tidak boleh jalan jauh...

oleh itu jawapannye, GAMBO KO MEMANG NOOOOONNN HADOOOO KAK OI.....DAH KAMU IDAK DATANGNYEEEERR..hahahahaha eh penat pulak nak taip pakai hurup beso, macam ketat pulak rase keyboard nie..hahaha..

walaupun tak datang, kakak piejapujidepom dah hantar wakil 2 bulan seblom majlis...wakil die memang bagus..setia je duduk dekat tepi pelamin tu dari hari rewang, nikah, sampai la ke waktu sanding...

tau die ape?tu diaaaaaaaaaaa...yg kt kanan kiri tu..



Iyeeeee....bunge telor...hihihihi...tenkiu kakak ku sponsor bunge telor..sebenarnya bunge telor ni  kembang tapi diorg yang masukkan wajik kt sarung telor tu tak kembang kan pulak bunganye..jadi la kuncup camtu..kikiki...takpe la..cantik tetap ade..:)

tenkiu yaaaa..lebiu ketat-ketat.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...