Isnin, 5 Disember 2011

8 pergi jauh-jauh..


Aku post gambo ni dekat FB tadi..Ada yang komen aku dah kurus dan nak tengok gambo full.. Sebenarnya kurus tu tidak, tapi turun sikit berat aku..

Sejak Masitah makan HERBALIFE dan turun berat 5KG seminggu aku jeles.. Ye la mana tak nyer dah lah aku ni siang2 chatting manjang dengan Masitah, balik umah mesej pulak.. Lesbo katanya..haha.. 

Maka menjeles la aku ni dengan beliau sebab aku sorang je belon die dah kurus kan mana leh jadik.. Maka ditanya rahsia kejayaan, beliau kata beliau makan prroduk tu akak beliau jualnya. Aku pon join lah sekaki..

Untuk makluman korang berat aku masa mula makan mende tu adalah ditahap bahaya yek.. 88KG, sangat gemuk.. Ni pengakuan ikhlas bukan nak promote produk sebab aku tak jual pon produk nie.. 

Sekarang dah turun sikit ke 82KG.. Masih gemuk sebab bila di kira BMI aku, aku masih OBESITI..  Berat ideal aku adalah di bawah 60KG sebab tinggi aku cuma 156CM.. Silalah kawan-kawan kira yea..

Ramai orang cakap produk yang aku makan ni mahal.. YA memang mahal tapi sebab aku ni kena kurus..Sebab kegemukan aku dah sampai tahap BAHAYA dan PERLU KURUS untuk kesihatan.

Korang yang tak kenal aku, atau baru kenal aku berat aku naik secara mendadak sebenarnya atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tau lagi  kenapa sebenarnya. mungkin bahagia, mungkin tak..entah lah..

2007 berat aku 50kg je, 2008 jadik 64kg, 2009, 2010, 2011 terus naik jadik 88kg.. Jalan makin susah, mengah, semput. Kena ejek paling tak tahan sebenarnya. Bila gemuk, wajah dengan usia memang tak padan. Sangat rendah diri sebenarnya..Level kompiden pon takde tau aku nie.

So kawan-kawan, doakan aku cekal menurunkan berat badan sampai ke tahap selamat untuk jantung dan kesihatan aku k!Target aku yang pertama, tak nak no "8" lagi dekat depan tu.. Sangat huduh...8 pergi jauh-jauh...syyyhhhh!!

Jumaat, 2 Disember 2011

dari FB Mak Usu aku..

Jangan Bongkak Please!!

aku tak heran kalau kereta kau berlambak ke, duit ko tak habis guna ke, aku bersin ko bagi duit seratus buat lap hingus ke, anak ko berak atas duit ke..hatta ko tabur duit atas laman sekali pon aku tak heran..

Yang aku herankan sekarang, aku tak ada depan mata ko lagi tapi ko masih nak mengata aku..

PLEASE LAH! Duit banyak-banyak tapi tak leh carik keje lain yang lagi berpekdah ke? Silalah cari jalan ke masjid dan menderma barang seguni beras ke.. Ko dah lah beli kete tetiap tahun sebab nak lari income tax kan, bersedekah dan beramal jariah mesti boleh kan.. Sebab ko islam kan..

Tak tau lah kalau ko ISLAM baka..

Hari jumaat yang mulia nie, aku nak mintak maaf sebab aku kutuk ko nie.. KO tak pernah ada dalam hati aku selama ni, walau sebagai kawan sepejabat maaf bekas kawan sepejabat apatah lagi layak di panggil kakak. 

Dan paling penting yang perlu ko tahu, aku dah maafkan ko atas segala yang ko cakap..SETIAP TUTUR KATA KO tentang aku, dah dimaafkan..

Entry ini hanya untuk melepaskan emosi yang terpendam.

Sekian Terima kasih kerana membaca..

Peace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...