Bissmillahirrahmannirrahim...
Kelmarin aku dah citer yang aku dah pon dapat kunci rumah kan.. Jadi kerana kami lakibini baru pertama kali membeli rumah makanya kami mintak tunjuk ajarku sifu!yeahhhh
rumah kami tinggi dari rumah jiran sebelah jadi tak risau lah pasal aurat..
sebab bila bikin tembok tinggi, lubang idong pon jiran ai tak nampak dah..hahahaha
eh shashullll... Maka nya kami mintak la nasihat dari pakar-pakar bertauliah yang mendapat pentauliahan dari pengalaman masing-masing. Mula-mula sebelum bertanya itu ini kami gugel serba serbi apa yang nak kena buat bila dah dapat kunci rumah..hehehe
Dari research aku yang agak clumsy ni aku dapat beberapa kesimpulan dari gugel apa yang aku kena buat bila dah dapat kunci adalah:
1. Pasang Api Air
2. Tinted cermin rumah
3. Grill
4. Wiring
5. Furnishing
6. Piping
7. Move in..kihkihkih
Tapi langkah-langkah ni macam tak berapa tepat sebab suami nak buat sikit-sikit rumah kecil kami ni.. Aku request balkoni dengan suami.. Tapi semua tak boleh berjalan sehinggalah api dan air masuk kt uma tu..
Ayah akan carikan quotation paling murah.. Macam-macam dia nak buat, tembok, balkoni, tambah pintu, tutup pintu, pindah pintu, pindah tingkap.. kitorang biarkan je dia nak buat kan.. tapi jangan sampai bajet burst da la..hahahaha
Disebabkan juga berkawan dengan Kak Linah yang pernah bertugas di Tribunal Tuntutan Perumahan ni die tak kasi renovate menggila yang ganggu structure rumah.. sebab nanti pemaju dan kontraktor akan salahkan pembeli kononnya kerosakan tu disebabkan oleh pembeli. Dia nasihatkan aku supaya claim habis-habisan barulah renovate rumah menggila.. Atleast sampai lah tempoh masa defect liability period ni tamat.
Tempoh defect liability period ni adalah 2 tahun dari tarikh serahan kunci atau tarikh dapat ccc tu.. jangan abaikan part ni sebab pembeli ada hak 5% dari harga rumah.. kalau ikut tribunal pulak pembeli boleh claim maksimum 50k.. jadi marilah tegakkan hak pembeli..hihihi
Tempoh defect liability period ni adalah 2 tahun dari tarikh serahan kunci atau tarikh dapat ccc tu.. jangan abaikan part ni sebab pembeli ada hak 5% dari harga rumah.. kalau ikut tribunal pulak pembeli boleh claim maksimum 50k.. jadi marilah tegakkan hak pembeli..hihihi
sekarang ni kena lah rajin-rajin baca S&P, Manual rumah dan jugak gugel Tribunal Tuntutan Perumahan..
Jom tambah ilmu kawan-kawan..
2 ulasan:
betul jangan beria nak renovate sangat ko setelkan mana yg boleh asalkan dapat duduk dulu. tahniah sayang doakan untuk aku lak ehh
tu la mas...defect berlambak ni..mmg tak boleh buat pape pon lagi.
Catat Ulasan