Rabu, 24 Ogos 2016

Rumah Mampu Milik Johor

haiii....Kawan-kawan  yang berhajat nak beli rumah di Johor boleh la mohon online.. dekat http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm 

aku cuba letak pautan tapi tak boleh pulak..so korang taip lah sebijik2 macam alamat yang aku bagi ni eh..hehehe

Senang dah sekarang mohon online je.. masa aku mohon tahun 2013 dulu kena pakai borang.. borang tu kena amek dekat Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ Perumahan) dekat Nusajaya.. Lepas tu dah siap segala isi-isi maklumat yang diperlukan, hantar balik dekat situ.. Masa tu nak beli borang tu kena tunjuk IC kalau tak silap la kata kawan-kawan iols..  

Aku tak amek borang ni dekat SUKJ Perumahan pon..aku dapat borang ni dari bos aku.. die pergi perasmian rumah ni dapat borang ni satu..die balik opis, die bagi aku.. aku pon isi n hantar.. Lama jugak aku perap.. tapi aku hantar jugak la akhirnya..

Dipendekkan cerita selepas segala jenis surat rayuan aku buat, mintak surat sokongan ketua Jabatan  la surat sokongan dari YB la sekarang aku dah dapat dah rumah ni.. Dibawah Skim Rumah Mampu Milik Johor.. 

Dikala kunci rumah telah ditangan aku dengan muka excited tanya laki,"Kita dah boleh tukar alamat dekat ic kan?"

Laki jawab," sabooooo... baru dapat kunci, api,air,lampu,kipas,grill pon takde lagi.."

Ouch..rasa macam kena tampo..hahahahahaha.. kemain la menggelepo nak masuk rumah..siap nak tuko alamat kt ic dah tu..hahahaha rasa malu dengan diri sendiri..

Tapi siyes..lain feel nya bila dah ada rumah sendiri ni.. sebab itu lah rumah kau, itu lah tempat kau dekat dunia ni sebelum kau melangkah ke alam seterusnya.. Allahuakbar.. sebak!


Jadi ini lah rumah nya tempat di mana aku akan melakar memori, hidup bersama dan tua bersama-sama suami nanti. Ini lah rumah kami. Rumah kami dan bakal anak-anak kami.

Sekarang tengah sibuk dengan persiapan untuk masuk rumah. Grill, lampu, wiring,awning macam-macam lagi.  Tunggu suami dah tak sibuk dengan kerja dia, baru boleh proceed..

Alhamdulillah dah jumpa jira sebelah bawah..Namanya Kak As,suaminya en.din.  Kak As kerja dekat LPPKN di Nusa Bestari, suami nya pulak kerja di hospital.

Alhamdulillah setakat ni nampak jiran aku ni baikkkkk angat..

tak sabar nak duduk sini..  Lepas ni aku akan update pasal kos untuk membaiki rumah pulak..hihi

babai..


1 ulasan:

Acher Md Som berkata...

Salam. Nak tanya, camne proses buat loan? Berapa kos kena keluar & kena bayar deposit 10% daripada harga rumah atau tidak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...