Hai... Assalamualaikum...lamanya tak menulis... Hari ni hajat dihati konon-konon nak mula menulis blog semula.. ye lah dah semakin dewasa ni terasa semakin jauh dengan kawan-kawan.. hidup dengan dunia sendiri je..hahaha
ok lah..semoga akak tabah menulis... entry baru ni rasa macam nak bahasa kan diri ucu..sebab sejak kawen ni asek jumpa keluarga belah suami je..memasing panggil iols "akak".. berkahwin dengan orang ade adik ramai..tu tetiba jd org dewasa pulak.. jadi sisi manja daku semakin menghilang.. ye ler.. da jadi kakak-kakak mana boleh manja-manja sangat.. jatuh saham..hahaha konon ade ego kakak tu sikit kan.. cetttt poyooo
jadi kerana rasa rindu pada anak-anak buah yang dekat tapi jauh..sebab masing-masing dah membesar kan.. dah tak duduk sama.. dah tak nak cium ucu sangat dah..dah malu bila kena peluk kan.. cian ucu... sobsss.. T_T jadi layan lah mengkome entry ucu ku ini..kehkehkeh
Ok balik pada topik asal pasal percutian.. Ucu ni pesen suka main terjah-terjah je kalau berjalan.. pergi mana je pon main terjah je.. janji 5 perkara ni kena la mengikut bajet.
1. Kos Tambang / Minyak kereta / Tol
2. Kos Makan
3. Kos Tempat tinggal
4. Kos cenderamata/hati/jiwa
5. Kosmetik
ok yang ke-5 tu tipu je..hahahaha jadi total ade 4 je pon..
Prinsip ucu kalau berjalan jauh, tido dekat hotel murah. Kalau jalan dekat, tido hotel mahal.. Sebab nya, kalau jalan jauh tu mesti sibuk nak ronda-ronda kotaraya..nak cuba makanan yang best dekat tempat tu.. nak pergi tempat-tempat yang menarik dekat situ..dan macam-macam lagi nak lah.. end up balik bilik ngam ngam souy untuk tidur, dan mandi.. jadi tak berbaloi kalau nak menginap di hotel mahal..murah-sudah..jimat kos..hehe
berapa jauh yang ucu rasa tak berbaloi tido hotel mahal tu adalah jauh yang sehingga ko kena jamak kan solat iaitu lebih dua marhalah sama dengan 90 kilometer.. macam kelakar sebab jarak 90km masa kini boleh dicapai sehari-hari..tapi yes.. walaupun duduk di masai dan cuma pergi ke muar sekalipun tetap tido hotel murahan sahaja..
kalau nak merasa tido di hotel mahal, 4 ke 5 bintang kan.. tido hotel yang berhampiran dengan rumah je.. berapa hampir hotel tu? sehampir yang mungkin.. yang boleh dicapai selama sejam je dari rumah.. Biasanya tepi pantai la.. Lotus ke, Tunamaya ke, Pulai Spring ke, Grand Paragon yang tengah bandar tu pon pernah..
Tido hotel mahal ni biasanya nak relax je.. Nak rehat dari kesibukan kerja dan tugas-tugas harian.. Jadi memang menggunakan kemudahan hotel 100%.. jadi memang berbaloi-baloi..
Bila mentua ajak pergi ke homestay kontena di melaka, rasa berat je hati ni mengenangkan kos-kos tetap dan kos tersembunyi yang akan dilaburkan... jadi ucu sediakan jawapan balas mengikut prinsip diatas..
sampai sekarang, tak bunyik lagi dah..hahahaha
0 ulasan:
Catat Ulasan