Isnin, 18 Oktober 2010


PENIPUAN YANG TAK BERBALOI-BALOI.



Tak baik menipu tau, berdosa. Tuhan marah. Tapi aku menipu jugak. Dan memang tak berbaloi. Korang kalau nak menipu biarlah yang mendatangkan keuntungan dan hasil yang lumayan dekat korang jangan jadik macam aku. Ohh sangat menyesal yea. Dan sedih juga sikit ada.



Kisah nya macam ni, Yus nak menghantar adik die si angah ke UITM Shah Alam. Yela Shah Alam kan, ko gila tak nak jumpa. Dah dekat tu dengan rumah aku. Aku pon offer la nak menunjuk jalan konon. Tapi die tak nak ea. Katenya tak nak menyusahkan. Apakah!!?



Kau dah drive seribu kilometer persegi sampai ke tempat aku tak nak jumpe?? Marah nya! So aku dengan bijak nya mengatur rancangan yang konon-konon aku keluar merambu-ramba haru tu. Poyo-poyo tak nak nampak sangat yang aku nie mengharao nak jumpa die aku cakap la aku keluar. Lagi pulak kalau aku kata aku keluar for sure la die akan suruh pergi sana teman die jenjalan sementara adik die pergi intibiu tu. Rupa-rupa nya tidak yea. Ohh hati ini sangat marah lalu tidak melayan beliau sampai kemalam. Tapi itu pon sebab tepon kesayangan kena bar!haha!



Dah adat aku kalau menipu mesti tak tahan lama. Tu la sebab dari kecik mak ajar jujur. Tak payah menipu-nipu nie. Kalau terus terang kan senang. Tak payah lah kau nak putar belit. Ni aku tak, kalau ade la benda aku tipu lepas tu mesti nak bagitahu dekat orang yang kena tipu dengan aku tu, "eh aku tipu kau". Apakah!?



ok. lepas ni berazam tak nak tipu lagi, sebab tak dapat hasil yang membanggakan keluarga dan masyarakat pon! Jujur itu penting untuk hati supaya tak memakan diri. Sebok duk berkias-kias tapi tak faham,menyampah lak. Geramsss!

2 ulasan:

Unknown berkata...

gud gurl :)

Cik TTK berkata...

tahu tak pe tempe my lover..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...