Apa yang di maksudkan dengan K.H.U.N.S.A
Dalam biologi, khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina yang membolehkan ia bertindak sebagai "jantan" dan "betina" atau dengan bahasa mudahnya seseorang yang dilahirkan dengan dua alat kelamin faraj dan zakar. Namun ada juga khunsa yang tidak mempunyai alat kelamin melainkan lubang najis je. Kalau ada dua alat kelamin perempuan+perempuan atau lelaki+lelaki tak taw la dalam kategori ape. Nanti belajar lagi.
Ramai yang tidak tahu semua bayi yang berada dalam kandungan memiliki organ kelamin luar macam perempuan pada mulanya. Lepas tu kalau bayi itu ditakdirkan lelaki, maka organ kelamin dalamnya akan menjadi matang serta mula menghasilkan hormon lelaki iaitu testosteron. Jika hormon itu sampai ke tisunya dengan tepat, organ kelamin luarnya yang berbentuk seperti perempuan itu akan berubah menjadi skrotum atau kerandut dan zakar.
Dalam Bahasa Arab pulak, khunsa bererti LEMBUT tapi bukan lembut yang orang kita selalu gunakan untuk merujuk kepada pondan atau Mak Nyah tu yea. Dari segi syarak, khunsa - seseorang yang diragui jantinanya sama ada pada kedua-dua alat kelamin lelaki tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.
K.H.U.N.S.A ada jenis-jenis nya?
Yea, menurut imam Nawawi khunsa ada dua, yang pertama yang ada dua kelamin. Yang kedua pula yang tiada kelamin.
Khunsa pertama boleh dikenal pasti jantina nya melalui pelbagai cara contohnya melalui kencing. Kalau kencingnya bermula tidak serentak, dari mana yang keluar dalu itu lah jantinanya. Kalau dari faraj maksudnya khunsa tu perempuan, macam tu la sebaliknya. kalau kencingnya keluar dari kedua-dua kemaluat tu serentak pulak kena tengok mana yang habis kemudian. yang habis kemudian tu la jantina nya.
Tapi jadi masalah kalau mula dan habis serentak. Kalau jadi macam ni, maksudnya khunsa tu dah masuk dalam kategori khunsa musykil sama macam khunsa jenis yang kedua. Khunsa ni mempunyai hukum nya yang khusus, khas untuk die je.
Ada juga teori-teori sains lain yang aku dapat dari farhah88@blogspot.com iaitu:
'Saya Mempunyai Kedua-Dua Jantina Iaitu Lelaki Dan Perempuan,Tetapi Saya Menganggap Diri Saya Seorang Wanita'
Dan Apabila Di Tanya Kenapa Berahsia Sebelum Ini, Gaga Hanya Menjawap "Ianyanya Bukan Perkara Yang Besar Untuk DiHebohkan"
Sumber : www.arealcelebrity.com
Note: Catatan ni adalah dari apa yang aku baca di Internet. Mari membaca.!
0 ulasan:
Catat Ulasan