Owh Owh Owh... Sangat berat dan berserabut ini kepala sekejap ring ring! sekejap rong rong! Sekejap lagik rung rung lak! Asek berdering je lah telipon aku nie.. Memang tidak akan aman serta damai lagi sentosa selagi itu encik bos tidak berangkat ke Marlborough House.. Tak tak ini bukan dunia fantasi rokok marlborough yea, sila padam itu pemikiran dari kepala ko.. MEROKOK TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN! Tetibe ade pesanan penaja, ko pehal?! haha.. Mungkin aku patut letak gambo "Belia Benci Dadah" or "Katakan Tak Nak pada Rokok" kan..? Barulah terbukak mata-mata saudara-saudara ku sekalian umat yang menjalankan kegiatan tak bermoral tu..
Ok dah terasa lari dari entry kejap. Sebenarnya ni nak cerita pengalaman semalam yang baru pestime g LCCT. Kesian kan..? Tu pon sebab nak menolong a.k.a membantu si Etty ambil abang die dan rakan-rakan nyer yang baru mensampaikan diri dari Langkawi. Diorang pergi bercuti membujang ke Langkawi yea, walhal masing-masing da beranak pinak. Mungkin memang macam ni perangai orang-orang dah kawen nie, Sometime diorang gatal nak membujang kembali..haha pandai-pandai je aku kan..
On the way pergi LCCT aku mesej akak "ucu dah taw jalan pg klia, pasni bley bawak budak-budak g da.."
0 ulasan:
Catat Ulasan