Hai assalamualaikum..
Hari ni rehat cerita pasal rumah yang belum berpenghujung ittew.. Hari ni nak cerita pasal anak bulus kesayangan.
Pada mulanya aku bela seekor je.. kucing jantan yang paling gedik di alam semesta namanya Miko. Sebulan kemudian kerana kerap melihat Miko ni macam murung je kan lalu laki aku pon merengek untuk menambah lagi satu..
Kali ini kucing betina.. Namanya Mimi.. setelah setahun kami bela dua budak bulu yang hiper aktif ni Mimi pon beranak.. Sehingga sekarang Mimi dah tiga kali beranak. Pertama ada empat ekor, tiga darinya aku jual.. Aku simpan seekor ni lah, cik putih..
Cik Putih ni anak kandung kepada Mimi dan Miko yang kemudiannya miko telah mengharuan makan anakkan nya dah mengakibatkan Cik Putih beranak juga.. Cik Putih beranak saing Mimi beranak yang kali ke tiga ittew.. betapa meriah nya rumah ketika ittew.. Cik Putih beranak 4 ekor tambah Mimi beranak 5 ekor jadi sama dengan 9 ekor anak kucing masa tu..
tapi semua kesembilan itu telah pon selamat aku jual.
Secara teknikalnya Cik Putih ini telah aku bela sejak dari lahir iaitu pada 7 April 2015.. Namun begitu Cik Putih juga adalah kucing aku yang paling garang mengalahkan budak Abu.. Abu tu kucing yang baru je aku adopt beberapa minggu lepas.
Putih tak pernah purr dengan niat nak bermanja dengan aku mahupun laki aku.. dia tersangat menjaga gerak geri dia.. sangat-sangat takut dengan aku macam aku jahat sangat dengan die.. Mungkin aku selalu marah die sebab die main air.. ye lah, die main air oi.. kalau orang pon aku marah.. dah ko main-main air minuman ko tu sampai abes, ko nak minum apa nanti kalau haus?haissshhhh
Kali pertama aku dengar Cik putih purr adalah masa die beranak.. die tarik-tarik tangan aku tak kasik tinggalkan die.. sebab masa die beranak tu waktu aku dah nak masuk tido.. 20 februari 2016..
Umur baru 10 bulan dah beranak.. walaupun umur kucing setahun bersamaan dengan umur manusia 12 tahun, tapi umur 10 bulan tetap budak bawah umur tapi birah nau kawen awal.. ahahaha
Dari awal aku sebut aku jual kucing aku kan.. yang baca mesti sakit ati je kan.. kenapa aku jual kan.. dah tak kan nak bagi free kt orang ramai kan.. aku pon beli mak bapak die ni.. kalau nak kata untung tu tak de untung pon..
aku jaga kucing-kucing ni dengan kasih sayang.. kami bagi makanan terbaik, suplement, minum air mineral, pasir takde bahan pengawet ke ape yang membahayakan.. vaksin dan ubat-ubatan semua cukup.
kucing-kucing ni selain ada sabun mandi sendiri, laki aku gigih belikan minyak wangi dan jugak ubat gigi untuk diorg ni tau..betapa sayangnya kami pada kucing-kucing ni..
Tapi persoalannya kenapa anak-anak kucing itu dijual? anak Mimi ada 12 ekor semuanya.. 11 kena jual tinggal Cik Putih ni je yang tinggal.. Anak Cik Putih ada 4 ekor semua kena jual menjadikan semua jumlah kucing yang telah dijual adalah 15 ekor.. KENAPA JUAL?
Aku laki bini memegang prinsip, sesiapa yang mampu beli kucing aku maka die mampu bela jugak.. Sebab aku jual mahal.. harga aku beli dekat kedai, memang tak ada harga kasih sayang..
pada kami, kalau mampu beli kucing mahal, maka kau mampu untuk berikan yang terbaik untuk kucing-kucing aku yang kau beli tu.
Alhamdulillah setakat ni memang semuanya berada di tangan orang-orang yang baik-baik dan boleh berikan yang terbaik untuk kucing-kucing aku..Duit hasil rehome anak-anak kucing tu aku guna untuk kucing-kucing yang tinggal ni.. secara teknikalnya diorang dah menyara diri diorang sendiri.. aku tumpang kasih sayang je..
yang dah dilepas usah dikenang.. Cuma aku masih sangat-sangat berharap yang Cik Putih ni boleh jadi manja.. teringin sangat.. Tapi bila la tu kan..
Takpe yang.... mama tunggu...
kbai..
0 ulasan:
Catat Ulasan