Rabu, 12 Februari 2014

Kampung

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa rindu pada kampung halaman?rindu yang mencengkam segenap ruang rasa?rindu yang susah nak ditafsirkan.. Rindu pada orang yang tak boleh jumpa tak boleh peluk tak boleh cakap lagi dah..ini yang aku rasa..

Kerana rasa rindu yang tak tertanggung ni adalah rindu yang tak boleh dilampiaskan dengan cara jumpa, cakap, peluk dan macam2 cara ungkap rindu yang mudah jadi aku cuba mencari peluang dan ruang untuk mengungkap rindu dengan cara mengingat dan mengenang memori bersama dulu-dulu..

iya.. rindu yang aku cerita kan ni rindu pada yang dah tiada. pada emak. pada abah. Al Fatihah..

satu-satu kenangan emak dan abah ialah rumah peninggalan mereka.  dapat masuk kerumah tu mengingatkan setiap sudut, setiap inci, setiap ruang kenangan waktu emak dan abah ada. ruang solat berjemaah, ruang tamu depan, ruang tamu tengah. tempat meja makan dulu.. favourite place abah baring.. bilik abah suka tido..port  main buai dengan mak dulu.. macam-macam lagi lah..

tapi... aku sentiasa tak diberi peluang nak balik kampung halaman aku. ada je alasan dan sebab yang entah lah..mungkin kalau die rasa ape yang aku rasa baru die faham erti rindu sebenar..

aku rindu rumah aku sebab aku rindukan kenangan dengan mak abah aku. mak, abah, adik rindu..


3 ulasan:

한나Zakharshi berkata...

rindu.. tapi mungkin tak serindu ko. untung kampung dekat. senang nak balik. aku ni adohaiii.. nak balik asik fikir kos. pujuk2lah orang tu ajak balik kampung walaupon tak de sapa dah kat sana..

Cik TTK berkata...

dekat tapi jauh mas...pujuk bukan benda senang sekarang nie..ntah la..aku dah malas nak cakap..aku diam je sekarang..redha je la..kalau die kesian, alhamdulillah..

LiaNa YuSoF berkata...

sedih pulak aku... nape takboleh balik yan? kan dekat.. dpt balik sehari jenguk2 pon takpe kan.. xpela.. doa la supaya dia lembut hati bagi ko balik walaupun dapat jenguk sekejap.. wpon aku sendiri tak pasti 'dia' tu siapa sebenarnya.. hehehe.. sabar ea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...