hah! Heboh dekat FB ni memasing update pasal durian runtuh untuk orang Felda ni kan.. Memula blurr jugak.. dah tu tanya lah dekat si Mira, beliau kata dapat 15K serumah.. Peneroka 5K, isteri 5K, anak2 5K.. wahhh dengan anak2 sekali dapat yek..
Alhamdulillah, boleh la aku mintak sponsor aku kawen nanti..hahaha..rosak otak aku, belum papehal dah buat planning..kih3
Seperti yang korang tau, mak abah aku kan dah takde lagi.. Mesti nanti lepas dapat duit abang aku yang menguruskan felda tu akan panggil kitorang adik beradik berkumpul..KOMPEM! tunggu je lah mesej dari beliau nanti..
Aku harap akak lain mak satu bapak aku tu akan ada sama kali ni.. mesti ada kot.. Nak bagi duit sape tak nak kan.. Kalau die ada, boleh lah die tengok rumah yang dah lama die tak jengah tu dan jugak boleh la die semak penyata kira-kira kebun dan rumah tu..
Bukan nye ape, supaya die tau kedudukan kewangan kebun tu.. jangan nak main tembak je kan.. nanti susah sendiri..hihihi
apepon terima kasih kt bang jib dan kak ros.. walau bukan duit bang jib, nak terima kasih jugak dekat bang jib sebab sebarkan berita ni..
Peace yo!
2 ulasan:
abg2.. bahagian mas jangan lupa hahhaa. eh!. kalau ayah dan ibu takde, tetap dapat ke bahagian diorg. aku bukan apa..aku kureng caya kata2 najib sejak kes sistem perkhidmatan kita ni ha
hahahaha...tak tahu lah..aritu heboh kata 30k..tup2 dapat 15 je..tapi dah banyak dah tu..
tapi soklan ko itu aku tak tau jawapannye..
Catat Ulasan