Semua pandang aku macam hepi giler je nak pindah ni kan.. Tapi sebenarnya aku nebes sesangat. Siyes tak tipu.
Aku memang gembira nak balik kampung halaman aku.. Aku nak balik kerja ada orang sambut dekat muka pintu.. Aku nak balik kerja dan bercerita dengan akak aku situasi dekat tempat kerja aku. Malam-malam tengok tv sambil baring goyang-goyang kaki dengan family.. Sambil marah-marah anak sedara bergaduh berebut remote..
Aku nak rasa seronoknya balik rumah ada orang tanya, dah makan? Nak makan? Jom makan sama-sama.. Ni setiap kali balik rumah masak sendiri, selalu terlebih masak.. pastu nak tinggalkan dah rasa rugi.. Bila aku makan je tu jadik montel macam ni tu..haihhh..
Kalau masak sama-sama, pastu makan ramai-ramai kan mesti berebut-rebut, walau kadang-kadang rasa tak cukup makan kan tapi perasaan tu yang best tu..Perasaan yang aku tak dapat dekat sini.
Semua tanya, kenapa nak pindah?Dah dapat bos baik..Rugi je tau..Dekat sana bos belum tentu lagi baik macam bos dekat sini.. Aku rasa memang bos aku ni bos paling baik lah dekat opis aku ni. 3 tahun aku kerja dengan die, tak pernah kena marah. Die selalu cooooool je walau aku buat salah.. Tapi rasanya aku tak pernah lagi lah buat kesalahan yang melanggar tatatertib ke hape.. Dekat sini very protocol sebab aku bekerja dengan orang yang bermain dengan undang-undang dihujung jari kan.. Memang kena hati-hati.
Kalau aku kata tak sedih nak tinggalkan bos aku.. Tipu..Aku sedih sebenarnya.. Dah 3 tahun aku ikut bos aku dari satu unit ke satu unit dan ke satu unit yang lain lagi.. Sedih tau.. Setiap kali bos aku pindah unit die bawak aku.. Memang aku merungut kena belajar benda baru setiap kali pindah unit tapi, aku lega.. Atleast aku masih lagi dengan bos yang sama, yang tak banyak kerenah, yang selalu senyum, yang tak pernah marah.. Pendek kata, senang di jaga. Sedih woo... Entah aku dapat lagi tak bos yang serupa ini..
Opis ni pulak, tak sedih ke aku nak tinggalkan.? Sedih... Kadang-kadang rasa, kenapa lah aku tak boleh pindah bersama-sama opis ke Johor? Bawak orang-orangnya, ragam-ragamnya.. Walau kadang rasa opis ni pernah melukakan, tapi kawan-kawan yang ada dekat sini ni lah penguat semangat aku.
Semua tu mustahil kan.. Aku kena terima hakikat yang aku kena keluar dari sini, aku kena tinggalkan keluarga besar dekat opis ni dan balik ke keluarga aku sebenarnya. Aku memang tak pasti opis baru nanti akan seramah-tamah opis ni ke tak.. Betul, aku memang tak pasti.
Perpindahan aku ni adalah pengorbanan aku paling besar untuk masa depan aku, harap-harap ada yang menghargai. Keputusan yang aku amek untuk meninggalkan opis nie, meninggalkan geng cantik, meninggalkan pegawai-pegawai yang giler-giler remaja dekat sini, meninggalkan bumi Putrajaya tempat aku mencarik rezeki 3 tahun ni, memang keputusan yang berat.Keputusan besar yang aku dah pikir banyak kali. Aku harap aku tak menyesal.
Jangan tanya aku lagi kenapa aku nak balik Johor.. Aku balik sebab situ tempat aku.. Aku tau sini sangat selesa, sangat tenang, sangat murah kos hidup berbanding Johor.. Tapi itu tempat aku. Tempat yang membolehkan aku melawat pusara mak abah aku dengan kerap. Aku pasti itu tempat aku. Memang aku risau, setiap kali orang tanya betul ke keputusan aku nie? Aku mesti sedih.
Tolong....Aku memang sedih nak tinggalkan semua yang ada dekat sini, lagi-lagi kawan-kawan aku yang dah macam akak-akak aku sendiri. Tempat aku mengadu suka duka, ketawa sama-sama, melalut sama-sama, nangis sama-sama n gelak sama-sama.. Sedih sangat.. Tolong....jangan tanya lagi..Aku sedih dengan mende nie..
5 ulasan:
ceq turut sedih, sob sob
last day nanti jgn nangis2 tau..aku akan kuatkan smgt supaya tak nangis..
nub:bagus lah ang empati..sob3 T_t'
Pieja:baiklah...huuuu
sedih :(
hishhh sedih lah.....sebab so far away okayy...klu dkt putrajaya ni rase leh j korg g melepak lg kan?? akk pun terasa woo... sbb mcm klu nak jumpe tu peluang tu bukan jarang lah...klu ke johor je myb jumpe..or yan yg dtg sini...tp xkan nak dtg selalu kan???? sedey n x mampu nak ckp pape okayy...
Catat Ulasan