.
.
Kadang-kadang seronok jugak duduk dekat sini, kerja takde masalah tapi orang-orang nyer bermasalah. Semakin hari semakin ramai yang berperangai pelik. Malas nak fikir tapi kadang-kadang terpikir jugak, dan yang kadang-kadang tue buat sakit hati yea.. Dan kerana sakit hati itu, aku nak pindah dari sini oleh itu berusaha lah yan!!
.
.
Kadang-kadang rasa nak lupakan je apa yang orang dah buat dekat aku dan ape yang aku dah buat untuk diorang. Selalu suruh hati ni, ikhlaskan yan, redha kan lah, tapi hati ni entah kenapa macam tak nak dengar arahan otak lalu segala kebaikan dan kejahatan yang orang dah buat dekat aku tak akan aku lupa. Sifat nie nama nyer pendendam... Tolong ubah yea yan perangai ini tidak elok!
.
.
Kadang-kadang rase seronok duduk sorang-sorang dekat rumah tue, segala urusan cume kite je... tapi kan kadang-kadang nyer jugak rase nak bercakap tapi dengan siapa? Padah duduk sorang.. Kerana kebaikan itu lagi banyak, maka bertahan lah yan!!
.
.
Kadang-kadang diam lagi bagus dari bercakap.. Sebab diam boleh selamatkan kite dari mengata, mengumpat, mencerci dan macam-macam men lagik.. Kurangkan bercakap, banyak kan berfikir anndddddd think before talk! Kerana saya sudah banyak bercakap, dan sudah banyak jugak terlepas cakap, maka dengan itu berhati-hatilah yan!!
.
.
Ada orang kata, tak semua orang di sekeliling kita ni baik. Maka berhati-hatilah. Sejak kejadian tempohari, aku memang dah berhati-hati. Taw tak ni mase kecik2 dulu selalu guna mende nie,
.
"sekuntum bunga kristal yang pecah boleh dicantum kembali tapi tidak akan jadi seindah dulu"
.
.
Akhir kata, fikir-fikirkan dan selamat beramal.
.
.
0 ulasan:
Catat Ulasan