Rabu, 3 November 2010

WEEKEND DI KAMPUNG HALAMAN.


Banyak gilos aktiviti minggu lepas.. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Walaupun keadaan kesihatan tak berapa memuaskan tapi segala aktiviti yang dirancang tetap berjalan lancarrr sesuai dengan keadaan.



PENGAPIT PERKAHWINAN DAYAH





Ini memang tak leh bla lah. Memang dah lama di rancang aku jadik sang pengapit tapi tiba hari bahagia dayah tetibe aku demam pulak. Memang dah demam dari seminggu sebelum majlis pun tapi hari tu bertambah teruk lah. Tapi aku tetap jadik pengapit-pengaput nya sebab dah janji kan. Nanti merajuk pulak si dayah tu karang. Hati kawan kena jaga jugak beb. Ni kawan sepermainan dari kecik nie.



Aku rase bersalah sebab jadi pengapit yang tak sepenuhnya sebab aku banyak tak ada.. Pagi mase beliau khatam Quran aku tak de. Sebab malam tu ada Majlis Tahlil dan BBQ family kan. Tidur agak lambat dan kedemaman lalu memakan ubat dan mengantuk yang amat lalu bangun pukul 10 pagi.


Sabtu lepas je Dayah nikah aku pergi bandar Kota Tinggi, konon-konon nak cari hadiah untuk sang pengantin tapi masa yang diperuntukkan memang tak banyak, hadiah tak dapat. Aku cuma dapat bagi bunga tangan je dekat pengantin yang memang sah-sah tak boleh digunakan oleh pengantin lelaki..huk3..Takpe nanti die ade hanak-pihnak aku bg hadiah la..extend!


Gambar hiasan semata sebab bunge yang aku bg kaler pepel.



P/S: banyak giler gambar yang aku amek mase dayah nikah sampai time sanding kamera sudah mampos dan tak bawak cager camera..sedih! Nanti aku upload gambar2 nyer yea..





MAJLIS TAHLIL DAN SUPRISE BUFDAY BAMIE






Ni die Bamie. Ni jugak lah gambar yang kitorang(aku, akak dan Mojam) guna kan untuk di letak kat atas kek. hehehe bayang kan bayangkan cepatttt!! hehehe

Kisah nya begini. Malam sabtu lepas Tahlil keluarga, kami adik beradik sepakat buat BBQ. Pencetus idea adalah Bamie sendiri tapi part birthday ditampung idea dari akak aku.

Dari awal bulan lagik akak dah bagi idea nak buat suprise besday ni untuk Bamie tapi kitorang tak taw nak masak ape. Tetibe ade pulak idea dari Bamie nak buat tahlil untuk arwah mak dan abah(al-fatihah) lepas tu buat BBQ macam setiap tahun lah. Terus akak membriliantkan lagik idea die nak buat suprise birthday tu masa bbq..

Macam biasa dan kebiasaan, segala jenis perjumpaan keluarga yang melibatkan makanan akan di organize kan oleh akak la.. Seharusnya begitu sebab akak memang chef nombor 1 dalam ini familia. Event ape yang tak de makan?cube korang pikir sejenak?hehehe



Untuk menggempakkan majlis, kitorang siap padam lampu lagik coz nak bagi real konon-konon tak de karen.. Walaupun agak lewat dari perancangan awal, tapi tetap berjalan lancarrrr. Mula-mula kitorang plan nak suprisekan pukul 8sengah tapi Bijam pulak pergi Tanjung Balau sebab ada BBQ kawan-kawan office die. Lepas je die sampai, kitorang terus jalankan plan. huhu
Kata akak, Bamie terharu sampai mengalirkan air mata sebab kitorang buat besday untuk die. tekezut la. Sebab selama ni tak pernah buat. selalu buat untuk mak je, dah mak kitorang "outstation" ni kitorang buat la untuk bamie. Sekali sekala merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara keluarga kan, apasalahnya kan...huhuhu





2 ulasan:

Unknown berkata...

haha besh..wei mahal tak kek ada gambo? aku tgh bayangkan ..hehe

Cik TTK berkata...

aritu aku beli kek secret recipe yang choc indulgenn tu. harga cake RM75 kot lepas tu print gambar tambah RM20. dekat seratus jugak lah campor lilin n tulis2 tue. Tp kena tempah seminggu awal ar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...