(ini gambar bukan Cik TTK punye)
Assalamualaikum geng..
Dikala ini dimasa aku tengah taip entry ni sekarang ni suami aku tengah menghadiri intebiu dekat 1Subsea di Port of Tanjung Pelepas (PTP). Aku menebes lebih sebab aku ada simpan sikit harapan la supaya suami aku lepas intebiu dekat company nie.
Harapan aku supaya dengan kerja baru dan environtment baru ni nanti dapat la suami aku ni satu semangat baru. Dah 5 tahun dah beliau kerja dekat company sekarang nie.. aku pon dah tuko tempat kerja dah, die je belum lagik..Bukan bosan, cuma bila lama sangat dekat satu tempat tu kita akan jadi tak berapa produktif.. Lagi-lagi bila buat kerja yang sama je.. Tambah pula suami aku ni jenis yang sukakan cabaran.
Yang kedua nya aku harap kerja ni dapat mengubah ekonomi keluarga. Kalau sekarang ni memang cukup-cukup je harapnya lepas ni ade la lebih untuk tabungan kecemasan dan hari tua.. Sekarang ni kalau ada kecemasan memang betul-betul cemas la kami..
Tu je lah dua harapan aku.. hehe Tapi kalau tak dapat pon tak apa..redha.. Aku ada mesej suami tadi, apa pun keputusannya sebelum dan selepas kena lah tenang dan redha..kalau memang rezeki kita alhamdulillah..kalau bukan pulak, redha je la.. Dia nak suruh kita bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni la tu.. :)
Kelmarin time-time tengah santai tu beliau ada lah melahirkan kegusaran dihati nye. Suami aku ni rasa tak berapa yakin. aku pon ceritakan la satu kisah teladan yang aku dengar dekat IKIM.FM, Kisah ikan dengan beruang.
Macam nie..
Situasinya seekor beruang besaaaar telah menangkap seekor anak ikan kecil. Si ikan merayu supaya dilepaskan.
IKAN: Lepaskan la aku, aku ni kecil. Kalau kau makan tentu tak puas. Tunggu la sebuluan dua lagi, diwaktu itu kau tangkap dan makan lah aku. Tentu aku sudah besar dan dapat mengenyangkan kau. Kalau kau makan aku sekarang, aku cuma terselit di celahan gigi kau saja.
BERUANG : wahai ikan, tahukah kau kenapa aku boleh jadi sebesar ini?
IKAN : tak tahu..Bagaimana caranya?
BERUANG : aku jadi sebesar ini kerana aku tidak pernah melepaskan sekecil-kecil peluang pon.
Faham tak geng? Maksud cerita nie, walau sekecil mana pon harapan dan peluang yang kita ada kalau boleh memperbaiki hidup kita, ambil lah. tak salah mencuba. Sekurang-kurangnya kita tahu yang kita ni berada di tahap mana.
Jadik cerita ikan dengan beruang ni aku cerita la dekat suami aku. die diam je dengar dengan tekun.. aku tak pasti die faham ke tak..hahaha
Doakan kejayaan suami aku yea kengkawan..
p/s: berdebar balik dah..aiyark...
kbai!lebiuolsss