Semalam aku keluar office pukul 7 lebih.. Balik tu dengan syahdu nya aku singgah kat tepi-tepi pantai lido sebelum sampai ke Danga Bay..Aku duduk tepi jalan tu betul-betul depan Pejabat Agama Islam Johor tu..
Semalam aku memang syahdu fikirkan hal kahwin mawin aku ni yang macam tak nampak ape lagi nie..Setakat ni aku tak nampak lagi adik beradik aku sebok memikirkan persiapan untuk kenduri aku nie.. Mungkin sebab aku tak bagitahu diorang ape yang tak ada atau diorang tak tanya.. Aku pon kompius nie..
Semalam baru je mula aku bismillah nak drive balik dari office tu, mama yus call.. Die cerita yang die dengan ayah dan mak lagi satu pergi beli beg goodies dan goodies tambahan semua lah.. Lepas tu aku terus syahdu.. Kalau lah mak abah aku ade lagi, mesti diorang orang paling sibuk uruskan itu ini..Mesti sekarang diorang dah tak senang duduk nak buat itu nak buat ini..Nak kahwinkan anak bongsu katanya..
Aku bukan nak menidakkan takdir..Aku redha mak abah aku pergi. Aku tahu ALLAH s.w.t lebih sayangkan diorang.. Selalu cakap dekat akak, knp mak abah ni outstation lama-lama ni.. walaupun bergurau, tapi dalam hati masing-masing sedih.. Redha, tapi sedih..
Puas aku menangis.. dari 7 sengah sampai ke pukul 8 sengah tu aku nangis sorang-sorang tepi laut n tepi jalan tu.. Sekali lagi bukan menyesali, meratapi atau menidakkan takdir.. Aku dah lama redha.. Tapi aku cuma teringin rasa berkongsi kebahagiaan dengan orang tua.
Aku harap lepas kahwin nanti mama, ayah dan mak tiri yus dapat terima aku macam anak diorang sendiri sebab aku memang berharap sangat dapat tumpang kasih mak ayah dekat diorang.. n aku harap sangat aku dapat curahkan kasih sayang aku dekat diorang macam mana aku sayang dekat mak abah aku.
siyes.. aku tengah sedih sekarang ni.. aku sangat sensitif n emotional sekarang.. Pantang terusik sikit aku dah terasa hati. Dengan yus pon aku dah kurang bercakap, aku malas nak melawan nak bergaduh. aku dengar je..
Ni ke perasaan orang bertunang eh? macam-macam rasa bercampur aduk.. kalau tahu rasa bertunang ni sakit, aku kahwin je terus.