Jumaat, 19 Julai 2013

Ramadhan

MAK
kali terakhir bersahur dengan mak, tahun 2005...
Tu pon awal ramadhan je, sebab tinggal berdua je dengan mak waktu tu..
hari berikut2 nya kebiasaannya mak akan tanya memalam sebelum tido "adik nak sahur tak ?"
hari2 jawapan sama je,
"Tak..Adik minum air je"
sambil tangan pegang botol air masak bawak masuk  bilik.

kadang mak lupa nak tanya, mak mesej je..
macam jauh je..
Padahal bilik sebelah2..
tapi jawapan aku masih sama..
"Tak..Adik minum air je.."

Dulu lepas abah pergi, lepas akak pindah rumah, lepas bawan dah kerja dan duduk diluar aku tido dengan mak.
tapi aku selalu terjaga malam setiap kali mak bangun ke tandas.
aku susah nak tido balik..
terpusing kanan
terpusing kiri
resah..
mak amek keputusan tido bilik lain
tak tido dengan aku lg dah sebab  mak tak nak aku terjaga lg setiap kali die nak ke tandas malam2..

Sekarang dah masuk 4 kali ramadhan dan menghampiri 4 kali syawal
mak tak ada..
xde orang tanya, adik nak sahur tak?
xde orang mesej adik nak sahur tak?
rindu dekat mak
alfatihah..

Sekarang kalau diberi peluang nak tido dengan mak puas2
sambil tido peluk pinggang mak ketat2
rindu nak baring dekat riba mak
rindu nak salam mak
rindu  nak cium mak
rindu rindu rindu
alfatihah untuk arwah emak
Badariah binti Sumadi.

ABAH
bukan tak rindu..
dulu, rapat sangat dengan abah..
anak abah la katakan..
abah pon panggil aku anak abah..
dari jauh dah jerit, "anak abah mari sini"
anak abah ade 6 tp yg datang aku sorang je sebab abah memang panggil aku sorang je anak abah..
alfatihah untuk arwah abah
Sarbin bin Sarpan
...sambung nanti ade keje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...