Encik Suami,
Tahukah Encik Suami yang makin hari Encik Suami makin comel?
Tak tahu? Meh den bg tau..
Masa memula kawen dulu, kemain awak tak reti lipat baju, tak reti basuh pinggan, tak reti kemas rumah. Semua saya buat sendiri.. Tapi sekarang, awak dengan comel dah pernah tolong saya lipat baju walaupun spenda tu selalu saya gulung-gulung tapi awak lipat tiga je. Tapi saya hargai usaha yang ditunjukkan itu. sayang awak lebih dari semalam.. ha cepat kira!
Lepas tu kan, sekarang ni jugak tiap kali lepas makan awak akan angkat pinggan ke dapur dan basuh. Tenkiu.... walaupun cuma basuh pinggan awak je, tapi dah cukup buat saya ni rasa awak sayang saye dan ade niat nak membantu. Thank you the other half!
Minggu ni saya kena jadik mak guard ( bukan mud guard k!).. Seminggu ni jugak la saye tak menyempat nak kemas rumah, g keje selalu kalang kabut sebab kena bukak opis sebelum kul 7 sengah kan, balik pulak lepas pkul 5 sengah.. dengan jem dan sebagainya saya akan sampai rumah lewat. Tapi semalam, masuk bilik je tengok, eh katil dah berkemas lah... Terima kasih kerana buat aksi comel kemas katil. terus rasa nak senyum je sepanjang hari bila tengok katil kemas dan rapi..
Listen! Listen! Listen! Listen! Kucing pon ada masalah..tapi tak ada kena mengena lah masalah kucing tu dengan entry nie.. Yang ada kena mengena adalah tenggiling.. Tenggiling pon ada masalah, Kak Pah lupe cerita masalah tenggiling.. ok terlalut.. Tenggiling itu adalah jet pejuang saya.. Memang dah tua, tapi saya sayang.. tetiba die mintak duit, itu ini kena betulkan.. Nasib ada awak yang comel kerana membantu saya membaiki tenggiling aka jet pejuang aka ferrari akan babu aka JLR ku itu.. Kalau tak ada awak dan ayah mentuaku yang juga ayah mu itu tidaklah saya tahu bagaimana nasib tenggiling ku itu.. Mungkin kena mintak advise kak Pah listentome kot.
Selain itu saya tidak lah mahu berpindah ke Libya, Cuba and so on kerana tidak mendapat peruntukan membaiki kereta secara percuma tapi saya cuma mahu katakan di sini, saya semakin mencintai kehidupan sekarang.. :) lebiu imamku..
Sekian luahan hati isteri comel mu
-Puan Yan-
p/s :Tapikan wak, kalau lah saya ni boleh buat pilihan.. saya nak jadik surirumah. Supaya ada lebih masa. Supaya saya ada lebih ruang di rumah, jalankan tanggungjawap sebagai isteri dengan lebih sempurna. Saya suka awak berusaha membantu saya lipat kain, basuh pinggan n kemas katil. Tapi saya lagi suka kalau saya dapat buat semua tu untuk awak kalau saya di beri lebih masa.