Isnin, 25 Jun 2012

weekend..:)

weekend bermula dari hari jumaat boleh?hahahaha layan je lah gambaw yek..hehe

 


Jumaat lepas, ada makan-makan sikit sempena meraikan ulang tahun kelahiran adik Encik Yus yang ke 9 bulan..eh tak 9 tahun.. Ni adik bongsu beliau.. 9 tahun dah, dah nak anak dara tau.. jangan noty2 lagi ok..dah kena buat kerja rumah ni, masak, mengemas, membasuh, sidai baju semua lah..

pejam celik pejam celik tau-tau je nanti kita buat majlis kahwin anak dara ni pulak kan..huuu cepatnya masa berlalu..5 tahun lepas masa aku kenal Yus, die selalu tunjuk gambo adik die ni.. Skg dah besaw dah..


Hari sabtu pulak pergi bertemu si kekasih hati iaitu partner in crime aku a.k.a kakak Pieja Pujidepompom..hihi

Dapat lah jalan bersama-sama kejap.. boleh lah lepas rindu dekat beliau kan..Last jumpe masa beliau kawen bulan 4 lepas, tu pon kejap je kan..ye lah x kan nak ganggu die lak time tu..

Khamis, 21 Jun 2012

merah merah mak ngah


caaaakkkkk!!! hahahaha merah ko..jangan jeles..hehehe..semenjak dua menjak tiga menjak ni aku dah berjinak-jinak dengan warna-warna cerah gemilang camnie..hah ni kompom kalo jalan lenggang lenggang kangkung pon takdo yang langgo eh..kan merah itu tandanya berhenti..hehehe

Hal ini terjadi kerana sang tunang itu sangat menggemari kaler-kaler cerlang ciong ceng camni, dan beliau pon sebagai penasihat pesen den selalu je pilih kaler2 cmni kt aku..iyo lah yang, i follow je lah..

eh tapi ade gak yg aku tak bape nak follow, contoh kasut pergi kijo..hehehe..aku lg prefer sandal je pergi kerja sebab aku punya parking harems tu memerlukan aku berlari turun naik bukit tu hah..carik pasal je kalau pakai heels  kan, ade terbungkang kt tepi longkang tu kg..tak sanggup..tak sanggup..naya je wei..

hah ni nak citer aku beli purse setelah purse lama ku itu koyak tepi-tepi die dan jugak zip tempat syiling tu tanggal sekian lama kan..aku membeli on9 je skg..pemalas nak mampus nak g kedai survey-survey kan..hahaha

nah nin diaaaaaa....


mula dari kanan tu gambar arwah abah. kesayangan ku..kendian gambar muda mudi encik tunang sekian lama juga didalam purse saya.. pehtu gambo aku kendian encik tunang..hehehe ape yang beza??encik tunang dah berpipi...kih3... tapi i totap sayang u...ni tak letak lagi gambo aku dolu dolu kan..same je aku ngn encik tunang nie, makin gembira dan senang hati memasing..hehehe

nin die gambau kami masa memula mendatingkan diri..hehehe



nak tengok lagi sila klik kt SINI

Rabu, 20 Jun 2012

Saman pulak lah kan..terbaik yan!

ok tadi bayar insurans plus roadtax, total RM690, NCD aku dah banyak ghopernyer..full je 55% aku tukar ar kete..kancil ke viva ke kan, comel sikit..Penat pakai saga ni asek langgar dinding sana sini je keje aku..hahahaha

ok tipu..aku sayang kete aku walaupun die dah luka dan calar balar sana sini.. sebab ada kenangan dengan arwah mak dan arwah atok dekat kereta tu..

Macam tahun-tahun sudah aku renew pakai MyEG jek sebab murah sikit dan jugak die pantas dan efisyen..hehe..sama je renew dekat si fandy jugak..harap fandy tak tukar tempat keje sampai aku tua bangka dan tak pakai kete dah sebab senang berurusan dengan die..tak banyak songeh..hehe

fandy cek tadi aku ada 3 saman tak hensem..iaitu saman parking.."akak parking kt mana ni kak, asek kena saman je?" kata fandy..hahaha kalo ko nak tau fandy, tu akibat daripada opis baru akak ni takde sediakan parking untuk akak yg comel ni..tu akak pon dengan gengsternyer g parking mafiaaa..hahaha

tapi Fandy kata, ni tak kena blacklist lagi..boleh lepas la,so no need to pay the summons ok..Alhamdulillah.. tapi buat masa ni lah, pasni kena bayar gak saman tu..

3 saman tak hensem tu berjumlah RM450..aku akan bayar lepas kawen! lantak pi lahhhh!!hahaha

Pada aku saman parking ni takyah lah sampai Rm150/each kan sebab aku bukan parking melintan tengah2 jalan pon, parking comel-comel je dekat tepi-tepi tu..tak yah nak over sangat hockeyh!

kepada pemerintah, bila nak buat diskaun saman nie?saye dah ade 3 saman ni, buatlah diskaun yek sempena nak pilihan raya ni kan.....

Telefon aku yang bangang ke Celcom yang bangang nie??

Hari ni nak meluahkan rasa tak puas hati dekat celcom yang konon territory die sangat besar tu..kenapa aku nak sending message asek failed je??kalau sekali tak pe ok, ni berkali2...jangan la macam tu encik celcom..aku ni pakai bil berbayar tetiap bulan RM149 tetap tak kurang lebih lagi ade tau..tapi servis ko macemmmmm haihhhhhhh

sila pertingkatkan lagi mutu dan kualiti keunggulan ok, if notttt...... aku tukar operator tepon ni kang!!huhhhhhhh!!!

really really reaaaaallllyyy hate u damn much day by day!!

Khamis, 14 Jun 2012

tigabulantigahari


sudah makin lama tunang dan sudah menghampiri hari itu tapi persiapan?
yan..yan..aptb!

Perempuan

Yang namanye perempuan itu sensitif

bila setiap hari lelaki ni dah telefon pukul 11 malam setiap hari.. bila tak telefon mesti di tunggu-tunggu.. walhal dah tahu si lelaki pergi keluar makan dengan kawan, si lelaki balik kampung tengah berbual dengan keluarga.. Tak mengharap pon telefon dan bergayut sampai berjam-jam.. Cukuplah sekadar ucap selamat malam.. tu dah memuaskan hati..

Bila setiap kali berbual tidak dilayan.. Tak ada pertanyaan atau sebarang soalan mengenai cerita yang disampaikan si perempuan tu, haruslah perempuan tak ada mood nak bercerita sebab die memikirkan si lelaki tak berminat nak mendengar cerita die.

Bila bercakap tak bertentang mata, si perempuan fikir si lelaki ada rahsia yang disembunyikan.. Si lelaki tak berminat dengan perempuan tu lagi.

Tapi bila perempuan ni yang selalu bercakap tapi tak dilayan, tak di umpamakan ni senyap barulah si lelaki ni nak bercakap.. Mula bercakap merepek meraban konon nak taut balik hati si perempuan walhal si perempuan ni dah merajuk dan ingin di pujuk.

Jadi kepada lelaki, selagi si perempuan ni nak bercakap, layan lah se eloknye.. sebab kalau die dah tak nak bercakap lagi, itu bermakna die dah merajuk hati..

Bila perempuan dah merajuk

apa si lelaki cakap, setiap butir kata tu perginya macam angin lalu.. Menyapa sekejap tapi tak hinggap.

Apa si lelaki buat tak memberi kesan kerana pandangan mata si perempuan melihat dengan pandangan kosong.

jadi, bila perempuan merajuk, pujuk lah sewajarnya..

**walhal ni adelah luahan perasaan aku je..ini adalah perangai aku..

Rabu, 13 Jun 2012

maleh nak layan nye haihh

cuba cakap betul-betull..ni berbolit-bolit lagi bolit dari ular eh..
maleh den nak layan nye..

Isnin, 11 Jun 2012

Kursus Kawen



9 dan 10 bersamaan sabtu dan ahad lepas dua budak comel ni telah pergi mengkursuskan diri dekat Hotel Selesa Pasir Gudang..

Kursus sangat best..hehe.. Sangat termotivasi dengan kursus-kursus tu sume.. Padahal mata ngantuk sebab bangun pepagi buta kan, lepas tu kursus sehari suntuk sampai petang..tapi yang paling membanggakan, aku tak tido pon..hehehe..khusyuk giler aku layan penceramah-penceramah tu sume..

balik dari kursus kemain gembira hati encik yus mengenakan aku yek..geram je i tengok beliau..macam nak gigit gigit!!huhhh

Khamis, 7 Jun 2012

Penyakit baru

khamis dan jumaat minggu lepas aku bercuti sebab ikut akak aku pergi ke Klang sana tengok anak die main kriket.. Malang nyer sesampai je dekat Klang, aku demam..

Jalan dengan orang demam memang menguji kesabaran orang sekeliling kan.. itu tak boleh makan, ini tak nak makan.. semua tak lalu..Hari khamis pon berlalu tanpa sebutir nasik pon masuk ke perot comel nie.. Sudah lah demam itu di iringi dengan muntah dan cerry berry.. memang terbaik..

Jumaat malam aku telan segala jenis ubat.. bangun pagi jumaat tu terus, "kak, lapo lah.."

Nasib baik tak dapat penampo di subuh shafie ituw.. kalau tak mahu aku sampai jb naik penampo je kang..haha.. pagi tu makan dengan lahap.. sampai ke malam baru stop makan..keje gile ini budak..tak makan sehari terus balas dendam makan sehari tanpa henti..kesian..

sabtu dan ahad tu hari-hari ku diteruskan dengan pergi kenduri kawen sehari 2 tempat u.. perot penoh dengan nasik minyak je.. lemak lemak lemak aku ni terus diternak dengan jayanye.. tapi tewas dekat ayam masak merah rumah penantin sedara encik tunang.. terus ceri beri lagi..tahniah pg diri aku.. Aku perasan sejak mentunang ni aku kemain kerap kena ceri beri ni.. sungguh tak digemari ok..penat jumpa encik tan!hahaha

isnin pulak diteruskan dengan jayanya.. bos cuti katanya.. lalu mengambil time off petang tu untuk ke pejabat agama membei borang nikah untuk encik tunang pula..eh salah, teman je benonye..hehee..

kendian pergi menserviskan kereta yang telah setia menemaniku 3 tahun kebelakangan ini.. tengok2 kereta berkaler kelabu tu rasa macam nak spray kuning bagi menyala sikit..tak pon spray ijo bagi orang nampak aku kan..hahaha tapi itu angan angan mak jenin belakang uma mak joyah je.. Tinted pon tak berganti-ganti lagi ade hati nak cat lak ai..setelkan kawen ni dulu please..jangan berangan yang tak tak ok!

dijadikkan cerita, selain ceri beri yang telah menghantui ku kebelakangan ini ada lagi satu penyakit best aku dapat nie.. ALERGIK! hahaha..dulu dah pernah kena dah.. seksa wooo.. kurus je time tu sebab banyak benda takleh makan kan.. adakah penyakit ni datang sebab nak suruh aku kurus??

Alergik itu adalah pada makanan laut kecuali ikan dan juga alergik pada ayam, telo ayam juga termasuk daging juga tidak boleh makan yek..ok tahniah yan! memang senang bela aku kan, bg makan ikan je..

kepada encik tunang, pasni takde dah la orang merayu-rayu awak mintak belanja seafood kan.. untung lah...

sekian, sob sob sob..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...