Selasa, 24 April 2012

merepek

Kelmarin pergi kenduri kawen adik akak ipar aku kan.. Cantik je Siti.. Kurus, tinggi..pakai ape pon cantik kan.. Termotivasi aku nak kurus.. Huuuuu aku pandang orang kurus memang terus nak kurus, tapi malangnyer kesedaran tu datang lepas makan la lepas dah kenyang la.. Takpon mesti cakap macam ni, jumaat ni aku start..

Kenapa aku suka start hari jumaat? Jumaat kan penghulu segala hari, mesti lah kena jumpa penghulu dulu baru anak buah nak follow..hehehe

Tapi itu poyo..

Cakap pasal poyo, semalam aku cakap kt yus aku rindu kt die.. Die kata, "POYO LAH".. Ish! geram sampai gegar-gegar bulu idong..huhh

Aku sakit gigi.. Melalak-lalak meroyan dekat FB cakap sakit gigi.. walhal tau ape?? NAK TUMBUH GIGI BONGSU... Rupenyer gigi aku tak abes tumbuh lagi eh.. Perasaan tu macam dah abes tumbuh dah masa sekolah menengah dulu..Siap demam-demam bagai lagi tau masa tumbuh gigi tu..Sekali je tumbuh tak abes dah.. Ni setelah seploh tahun die sambung tumbuh lagi satu..Boleh gitu?Tapi kali ini dengan gagah lagi macho nye aku tumbuh gigi TAK DEMAM PON K! gagah kan aku..?hehehe

Sebenarnya banyak benda bermain dekat fikiran aku..tapi tak tau nak citer camne.. Mungkin nak kena masuk nasik dulu barulah otak aku dapat berfikir dengan cerdas1 NASIK LAGIIIIII BARU KATA NAK DIET! K BAI!






Jumaat, 20 April 2012

Mesti kena bandingkan nanti..hurm...

Weekend ni weeding adik akak ipar aku.. Sebaya dengan aku.. Mesti nanti akan ada perbandingan.. Selalu aku lah yang buruk.. Aku lah yang gemok.. Aku lah yang tak cantik..

Hurmmmmmmm... Tak suka di banding-banding kan lah..!!

Khamis, 19 April 2012

Rupenyer dah 3 tahun belog aku ni yek..

Sungguh tak sangka.. Aku arini macam takde kerja kan padahal surat keluar masuk menimbun sakit tangan angkat fail tau..

Aku baca punya baca punya baca entry-entry dekat belog ni aku sampai lah ke entry first aku dekat belog ni..

16 APRIL 2009.. dah 3 tahun lebih 3 hari kot..canggih jugak aku  ni..hahahahaha

Blog je dah bertahun tapi isi tak de la mantop kebabo pon..cita hal diri sendiri je kan,.. aku yakin yang baca pon kawan-kawan aku jugak tak gitu?

Tak dapat jumpa nak kehpochi2 depan mata, kehpochi dekat blog pon jadik lah..

Gambar pertama yang aku upload dekat blog ni..tau ape...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

nape muka yus macam tu?hahahahaha

Meeting

macam bagus je masuk meeting kan? Padahal aku dengo taklimat gaji ditengah-tengah meeting pengurusan.. HQ buat Video Conferencing aku dengan gagah lagi macho selamba celit dekat tengah-tengah orang ramai tengah mesyuarat yang ditangguh sebab VC ni kan.. Pura-pura macam orang kewangan yang uruskan gaji pulak.. Saje nak join, nak tau status gaji aku.

Pergerakan gaji naik bulan 1 kan, so gaji aku yang basic sekarangni 1404.20 tambah 13% dulu pastu baru tambah 145 pergerakan tahunan tu barulah dapat basic tahun ni..

Korang PA2 yang lain yang masuk saing2 aku or masuk lepas aku pon ade yang basic lagi tinggi kan? Aku pon tak faham apesal basic aku camtu je.. Nasib boleh idop.. Kak Semah yang kira gaji aku masa dekat AGC dulu tu kata, dah rezeki awak segitu je..

Elok je kan bahasa die..memang lemah lembut.. tapi kalau aku layak dapat lebih dari tu, ko siap kak semah.. ko dah sekat rezeki aku tau..haaaaa... marah nie..

Walhal dah lama redho dengna gaji banyak tu walaupun ade geng yg masuk servis lambat dapat gaji lagi tinggi dari aku.. Walaupun Anne yang tak naik gred tu dapat gaji lagi tinggi dari aku.. Tapi takpe, aku R E D H O kan je lah..  Semoga rezeki aku datang dalam bentuk lain.. Allah tu maha kaya..

Ok dah melalut panjang kan.. Motifnye sebenarnya GAJI.  Kerani admin aku cakap, sebab aku punya surat pergerakan gaji tahunan tak dapat lagi so aku dapat kenaikan gaji yang 13% tu dulu pastu surat tu dah dapat baru aku dapat tunggakan kenaikan gaji dari bulan satu tu.. Bila nak dapat tu die akan kompemkan lepas surat tu die dapat..

Ok tu memang pemahaman aku pon selama ni, aku memang yakin dengan pasti aku punya kenaikan gaji biasa backdated bulan 6 atau bulan 7 baru dapat sebab opis lama memang keluarkan surat tu lambat.. SETIAP TAHUN KOT LAMBAT.. Bulan 5 baru keluarnye pon adui..

So Roziana Sarbin, sila bersabar..Baiklah.



Aku tengah mengidam nak mandi sungai.. Nak pergi Gunung Ledang.. Tapi alasan en.yus, jauh n takde duit.. Harap-harap tunggakan gaji masuk dan dapat ke Gunung Ledang.. Lepas tu alasan nye hujan pulak kan.. Memang air liur aku merembes lah tak dapat ape yang di idamkan kan..? Betul ke kalau ibu mengandung mengidam sesuatu tapi tak dapat nanti anak die mengences camni? FAKTA atau AUTA?

Aku rasa anak sedara aku ni nak tumbuh gigi kot, tu air liur merembes macam tu sekali.. LOGIK jugak fakta aku ni kan?

K bye!

Rabu, 18 April 2012

Hai kengkawan...hihi



Makin gedik kan belog ni kelihatannye? Sabar yek.. Ini untuk sementara waktu je.. Lagi pulak ni kan belog cerita hal aku, bukan blog  publisiti pong..

Dengan ini, secara rasminye aku membuka kembali Blog Tuan Tanah Kedaung yang semakin gedik comel nie...

Selamat membaca!

Selasa, 17 April 2012

Perhatian kepada isteri dan suami..;)

PERHATIAN:

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.

 Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir d...engan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. 


 Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja,

hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.


 2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.

 Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.


MAKLUMAT TAMBAHAN:

 Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki:
ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ
Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

 HAK TERHADAP HARTA ISTERI

 Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri.

 Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya.

 Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.

 Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)
Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya.
Firman Allah yang bermaksud:

 “dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

Khamis, 12 April 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

 
 1.) Dia bekerja dengan Allah..j...adi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Rabu, 4 April 2012

Thanks kengkawan.. Aku pilih No 2

Hilang satu kekusutan aku..Padahal nak tempahnye bulan depan..aku dah sebok jalankan survey... Maap yea kalau terlihat seperti budak gatal nak kawen..Bukan itu  maksudnya pon.. Cuma Yus pon tak membantu masa isi form aritu.. Dah lah orang kedai takde bagi contoh, lagilah haru.. Aku tergolong dalam kes pelik diorang lah..

Balik dari pameran tu.. Eh lupe nak cakap, isi form tu masa nak tempah pakej kad kawen tu dekat pameran pengantin yg tengah berlangsung sekarang ni ha dekat Plaza Angsana. Kalau dekat pameran-pameran macam ni kan lagi murah.. Diorang bagi harga promosi kan.. Tu tempah pakej..

Sambung nak cakap balik je dari pameran tu dah malam.. Pergi pamerannyer dari kul 1 sampai pukul 6 lebih kot.. Pastu merayap dekat Danga Bay, pastu g makan dekat Restoran Singgah Selalu.. Tunggu makanan dekat satu jam pastu die leh cakap tak ada pulak makanan yang di order tu.. Macam tak nak singgah lagi je lepas ni..

Daripada mula bissmillah pegang pen dah kompius dengan nama dekat kad ni.. Dah kuo Angsana, dah g jenjalan, dah balik rumah, dah tido..dah g keje, dah tido balik..masih lagi kompius.. Nasib ada kawan-kawan baik macam korang yang membantu aku menyelesaikan masalah ni.. Macih yea kengkawan..

Jadi aku akan pilih NOMBOR DUA! yang ayat die macam ni,

MOHD RAZMI BIN SARBIN
(ANAK KEPADA ALLAHYARHAM SARBIN BIN SARPAN DAN ALLAHYARHAMMAH BADRIAH BINTI SUMADI)
 
DENGAN LEMAH GEMALAINYE MENGUNDANG TUAN/PUAN/ENCIK/CIK KE MAJLIS WALIMATULURUS ADINDA SAYA
 
Perkataan Allahyarhamah dekat depan nama mak tu aku lupe letak masa survey dekat entry sebelum ni..Aku akan pastikan ada dalam kad nanti yek..
 
Bila korang dah pilih2 ni baru lah minda aku macam terbuka sikit.. Haruslah kena letak nama mak ayah kan, kalau tak nanti orang tak kenal walaupun abang aku tu agak pemes dekat kampung tu..Tapi kan kita kulu kilir bawak nama mak ayah, jangan senang-senang nak abaikan walaupun dah takde..
 
Isk!Tetibe rindu mak abah aku.. Aku kena pikir lah kemungkinan-kemungkinan yang aku akan lalui nanti.. Adus menguji ketahanan mental betul lah..Malas PK! Bye!
 
Eh pape pon time kasih uols.. As'Salam..

Selasa, 3 April 2012

Kesimpulan pasal nama dekat kad Jemputan tu aku nak kena buat macam ni ke?pilih salah satu pelisssss

Vote eh aku nak kena pilih mana satu, boleh? Vote dengan sebab bernas aku akan hadiah kan kasih sayang sebanyak 5 tong gas.. hehe.. Ni bukan contest, nak tanya pendapat je..hehehe

Aku terasa kesian dekat diri sendiri.. Kedai yang dipilih tak ada pulak contoh kad untuk orang special case cam aku nie.. mengganggu pemikiran jugak lah..haihhh

Jadiknye korang sebagai kawan budiman lutfi..eh tak tak itu nama pegawai aku dekat AGC dulu.. hehee.. Korang sebagai kawan budiman, tolonglah tolong aku yek!


SATU


MOHD RAZMI BIN SARBIN (ABANG)
&
SITI RAFUZA BINTI SARBIN ( AKAK)

DENGAN LEMAH LEMBUTNYER MENJEMPUT TUAN/PUAN/ENCIK/CIK KE MAJLIS WALIMATUL URUS ADINDA KAMI


DUA


MOHD RAZMI BIN SARBIN
(ANAK KEPADA ALLAHYARHAM SARBIN BIN SARPAN DAN BADRIAH BINTI SUMADI)

DENGAN LEMAH GEMALAINYE MENGUNDANG TUAN/PUAN/ENCIK/CIK KE MAJLIS WALIMATULURUS ADINDA SAYA


TIGA


MOHD RAZIB BIN SARBIN
MOHD RAZMI BIN SARBIN
MOHD RIZAM BIN SARBIN
SITI RAFUZA BIN SARBIN
MOHD RIDHWAN BIN SARBIN

DENGAN SELAMBANYER NAK KORANG DATANG MAJLIS WALIMATULURUS ADINDA KITORANG YANG COMEL GILOS NI HA


EMPAT


MOHD RAZMI BIN SARBIN
(ANAK KEPADA ALLAHYARHAM SARBIN BIN SARPAN DAN ALLAHYARHAMMAH BADRIAH BINTI SUMADI)

&

IZAM BINTI FASIAN(akak ipo)

MENGUNDANG HANG/KOME/LU/DER/TOK SEMUA KE WALIMATULURUS ADIK GUA..



*eh ayat2 bawah nama tu abaikan je k..aku tibai je tu...yang perlu korang fikirkan adalah nama-nama tu..



Isnin, 2 April 2012

Kesian bos baru..

siyes aku keseian dekat bos aku..baru masuk hari ni tapi kerja dah melambak atas meja tu.. Siyes aku kesian..

Fail berlambak atas meja, terus ade appointment lagi..kesian lah..memang kesian..

tak tau nak letak tajuk ape nie..#2

Semalam dah niat nak bangun pukul 6.. Selalu kalau aku dah niat, jam tak bunyik lagi aku dah bangun dah.. Pagi tadi memang liat gilos nak bangun.. Belum pukul 6 dah sedar dah, siap tunggu jam bunyik lagik. Tapi yang mendatangkan malas dekat aku adalah, PAGI TADI HUJAN!

Hah hujan diwaktu pagi dihari isnin pulak tu memang tersangat tidak digemari.. Cuba semalam yang hujan, harus aku tidur sampai pukul doblas.. hohoho..

Walaupun hujan pagi tadi tetap digagahi sebab hari ni misi nak datang awal ke tempat kerja.. Sebabbbbbb..SEBAB AKU DAPAT BOS BARU! Tu je sebab  nye.. Aku tak nak lah bos tu datang-datang je dah tercongok tunggu PA die ni bukak kan pintu bilik kan..kesian.. Hari pertama die, kenalah warm greeting gitu..aku tak pasti esok aku akan sebaik ini ke tidak..hehehe

Pagi tadi aku gerak pukul 6.45.. Tapi biasalah, mana-mana jalan dekat Malaysia ni kalau time hujan je mesti jem kan.. Kalau sesape nak jadik wakil rakyat pasni, terasa nak mendapatkan undian dari aku ni kan KENALAH SELESAIKAN MASALAH JEM NI PASTU + 2 BULAN BONUS..hahahaha memain je..

Dah la jem pagi tadi, tambah pulak dengan accident 3 ketul kereta campo seketul MPV juga kereta (ALZA lah!).. Tak teruk mana pon.. Cume semua orang masih tak boleh dikeluarkan dari kereta masing-masing.. Kesian kan.. Tapi tak boleh keluar tu bukan sebab tersepit, tapi sebab hujan lebat kalau keluar tak kan nak berhujan pulak..hehehe

Berkat jem, aku sampai dekat kul 8.. Seb baik sempat punch.. Bos pon dah masuk sekarang ni, die amek WP2, so aku maintain WP2 lah..follow bos..

Muka nampak baik, suci, murni.. Alhamdulillah.. Gaya ada gaya En.Kamal.. Bos dekat AGC dulu.. Mintak-mintak baik macam tu jugak.. Senyum je muka die..hehehe

Semalam aku g Pameran Pengantin Raja Sehari dekat Plaza Angsana, jumpe dah pakej kad kahwin yang cantik lah dihati ku ini.. ok lah tu kan..So nyer, tempah lah pakej tu.. Booking pakej je.. bulan 5 nanti baru tempah kad.. Eh bulan 5 tu bulan depan lah kan.. Kenapa buat awal?? Sebab, orang tu kata nak kena tempah 3 bulan awal dari tarikh kita nak.. Disebabkan pak mentua nak start edar kad raya yang bersamaan dengan bulan 8, kenalah tempah bulan 5..

Aku follow je.. Sebab sedara mara die jauh-jauh kan, so amek kesempatan dihari raya yang mulia untuk edar kad jemputan.. Tambahan pula (pergh aku pakai ayat karangan skola menengah siot!kagum!), ok sambung.. Tambahan pula, mereka baru first time buat majlis besar kan.. belah aku dah bontot-bontot dah.. Lucah eh? Bontot tu ikut orang jawa-jawa kampung macam aku ni maksudnya, dah pengabisan lah.. Aku kan anak bongsu.. So adik beradik aku dah expert even mak ayah aku takde..

hah! Masalah aku masa nak tempah kad semalam adalah, nama dua orang dekat atas sekali tu nak letak nama sape??? Mak abah aku kan dah takde.. Aku letak nama abang dan kakak aku lah kan? ke letak nama abang dan akak ipar? pada aku buat ape letak nama akak ipar kan, kan aku buat majlisnya dekat rumah mak bapak aku dekat kampung bukan umah abang aku pon kan?

Pada korang macam mana?sebab die tak ada contoh kad anak yatim piatus ni, ada pon contoh yang tak de ayah je.. aku pon pening duk pikiaq sampai masuk dalam mimpi jugak lah..

Sila lah komen membina yek.. sangat mengharap... Macih!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...