Khamis, 28 Julai 2011

Hepi besday kakak pieja!

Dengan segala kegembiraan dan kegilaan kamu dengan saya.. 


 Walau sejuta kali pon kita try amek gambo dengan aksi-aksi nak tembak orang ni konon-konon nyer..

 Walau kamu terlalu suka amek gambo dengan sotong saya sampai menggayakan die serupa ini

 Dan ini jugak..

Saya tetap anggap kamu kawan terbaik dekat sini!! Selamat ulang tahun yang ke... 
 Dah tua rupenyer..hahahahahahafiza...hahahahahafiza..

Akhirnya aku dah selamat bayar hutang dekat Kak Zai..


Ni lah Kak Zai, Pemenang Contest perasan cantik aku tu kan.. Hehehe.. Hadiah-hadiah untuk pemenang saguhati dah selamat aku pos kan minggu lepas, hadiah Kak Zai je yang aku tak pos-pos kan..

Alkisahnya akak tak ada kotak nak bungkus itu teddy...Bila dah tiga empat kali akak lalu tempat pos laju n kurier dekat Alamanda ni baru lah akak perasan dekat situ ada jual kotak ko... Haissshhh nape lah akak tak perasan dari tahun lepas?

Papepon hadiah untuk Kak Zai telah selamat diposkan tadi menggunakan khidmat CityLink.. Rupenyer CityLink lagi murah dari Pos Laju yek.. Baru den tau..


Ni lah rupe teddy bear tu.. Mantik tak..? Jeles tak...? hehehe... Topup pulak dah saya masukkan terus ke no tepon yang Kak Zai bagi tu yek..

Terima kasih kerana dah mensudikan diri join contest saya.. Terima kasih jugak dekat Kakak Pieja kerana teman saya pos kan kotak besar nie..hehe

Pertukaran suka sama suka

Beberapa bulan lepas aku dengan si Masitah dah merancang nak buat pertukaran suka sama suka.  Ada beberapa proses yang kena buat sebelum dapat tukar tu..

Mula-mula kena isi borang permohonan tukar, borang ni aku tak ada masalah sebab aku dah pernah isi sebelum ni. So aku dah langkau step nie. Borang tukar ni aku apply tahun lepas, aku dah tanya admin dan admin mengesahkan yang aku tak payah isi borang tu lagi sebab borang tu sah untuk tempoh 2 tahun.

Kemudian kena buat surat kepada admin di JPM menyatakan nama aku dan nama Masitah.. Dalam surat tu nyatakan sebab-sebab kenapa aku tergedik-gedik nak pindah dan aku kena forwardkan sekali surat dan permohonan tukar suka sama suka Masitah sekali dalam surat tu sebab kalau aku sorang je yang suka namanya bertepuk sebelah tangan yea kawan-kawan.

Kenapa aku kena hantar ke admin JPM? Sebab opis aku dan opis Masitah dibawah lindungan bulan JPM yek kengkawan.. Kira nya ini adalah pertukaran dalaman antara agensi bawah JPM lah. Kalau korang nak tukar antara kementerian, so kenalah korang hantarkan surat tersebut kepada JPA. Yang peling penting surat yang korang buat tu kenalah ditandatangani oleh korang, dihantar kepada JPM/JPA dan melalui dan sokongan daripada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian dan jugak melalui admin HQ korang.. JPM/JPA tak akan buat permohonan yang kita forward sendiri buta-buta gitu..

Lepas korang dah forward kepada admin korang itu surat tukar, admin akan buat cover letter berletter head untuk foward surat tukar tu ke JPM/JPA..  Dekat sini aku sangkut sikit sebab admin aku dan admin mas nak kan cover letter tu untuk di attachtkan sekali dekat surat tu..  Diorang kata untuk kemudahan rujukan JPM nanti.  Masalah nye ialah Masitah dah fakskan beribu kali tapi tak lepas jugak. Dont know how tapi dari jumaat die faks, senin baru aku dapat..

Bila dah dapat cover letter jabatan masing-masing barulah admin memasing proceed. Part aku mudah sikit lah sebab aku memang dah dekat HQ kan, so admin aku terus hantar ke JPM.

Masitah agak masalah sikit sebab admin HQ die baru dapat surat die tu hari ni. Die ada proses tambahan sebab kena melalui admin cawangan kemudian admin HQ pulak baru lah ke JPM.

Selepas di gesa oleh Masitah,dalam kekalutan kerja yang menimbun semenjak bos aku lagi kepergian nie semalam aku dah berjaya menghubungi si pegawai pertukaran di JPM.  Beliau kata borang tukar tu belum sampai ke tangan beliau.. Baik surat aku mahupun Masitah kedua-duanya tak sampai lagi dekat beliau.

Tambah die lagi, kalau dapat dalam tempoh seminggu dua ni pon mungkin pertukaran aku dengan Masitah adalah lepas raya. Sebab die kata kalau dekat sangat dengan raya memang kita akan buat Arahan pertukaran tu lepas raya.

Sesuai dengan drama bulan puasa dekat tv3 yang ganti cerita Annissa setiap hari senin hingga khamis pukul 10.30 malam tu kan..? Ramadhan terakhir.. Kira ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir lah aku dekat Putrajaya..hehe

Alhamdulillah semuanya dah hampir selesai.. Terima kasih atas doanya yea kawan-kawan..

Assalamualaikum...



Selasa, 26 Julai 2011

Nasib baik aku makan sepinggan nasik lemak!

Sebab aku kena gunakan tenaga yang banyak untuk buat kerja sekarang nie..
Punnah..

BYE!

Isnin, 25 Julai 2011

Kenapa dengan M2U nie???

Hari ni gaji kan..? Yeayy!! Hari gaji = hari bayar hutang! Aku bukak M2U macam biasa sebab nak bayar segala bil tepon, bil SYABAS, dan TNB.. Tapi madang tak buleh jek..

Dari pagi seawal pukul 8 pagi aku dah try login sampai pukul 1 tadi bunyik je jam punch card menandakan waktu rehat [waktu tido sebenarnya] aku terus tumbok PC nie.. Eh salah bukan tumbok, aku tutop je pon.. Hak Milik Kerajaan Mesia, bukan ana yang punya.. Kalau ana yang punya pon ana tak tumbuklah ini PC..hehe

Tapi nak tanya ni, dah dapat login petang ni tapi mana CELCOM? kat mana nak carik CELCOM? Selalu ade dekat depan tu je, ni non hado pulak dah.. Camno nie????

Meggeletar jiwa dan ragaku...fuhhhh

Tajuk takleh bla.. Saje bagi tajuk cenggitu sebab nak membayangkan betapa aku seram sejuknya pagi nie.  Ada barang penting lagi rahsia yang hilang pagi nie, dah nak buat laporan polis dah.. Sikittttt je lagik.. Nasib baik jumpe.. Kalau tak, abes lah rosak reputasi aku sebagai peminjam yang namanya tercatat dalam rekod pengawal..Mesti aku yang kena charge kan..

huuuuuuuu..Nasib jumpe.. Alhamdulillah... Tu lah, lain kali kalau dah pinjam kt den, pulang segera dokek den balik.. Kalau tak jadik cenggini lah, celaru dibueknyo..haihhhh..

PENGAJARAN: Jangan sesekali meminjamkan barang yang kita pinjam kepada orang lain.. Pendek kata, jangan passing2 lah.. Kalau orang kedua tu nak pinjam, kita ni kena pulang dulu..Orang tu biar die pinjam sendiri dekat tuan die..haaaa gitu lah kekdahnya..

p/s: rosak mood den nak hupdate story bowling opis..ades...moooddd oh moood marilah bergabung dengan ku..

Jumaat, 22 Julai 2011

Contest perasan Cantik!

Hait3...Kepada pemenang Contest Perasan Cantik! Ai dah post hadah uolssss...Cume Hadiah tempat pertama tu je tak post lagik.. Sebab tak membeli kotak Pos tu.. Balik nanti ai beli yek kotak tersebut.. Tadi nak beli duit dah habes.. Nak memberatur dekat ATM panjang sangat..

Kepada Kak Zai selaku pemenang utama, maaf ye kak...I'll post ur hadiah ASAP berkepul-kepul tau.. PROMISE..

Kepada 5 Pemenang saguhati yang telah akak post kan hadiah nya tadi, tunggu yek.. Tracking no. korang adalah seperti dibawah..



TATIN : LG130057593MY
NURALEENA : LG130059197MY
NORSHAHIDA : LG130059206MY
SHIRA SHAKILA : LG130059170MY
AINIL SYAMIN : LG130059183MY

Details lain saya dah emailkan. Check inbox yea...

Terima kasih kerana sudi join contest cabuk saya..heeee:)

Khamis, 21 Julai 2011

Sukan Bahagian

Baru keja Kak Liza merangkap Yang Berusaha Sukan Bahagian call aku. Die ajak aku main bowling.. memang tak lah wei... Aku bukan reti main bowling pon..ha?Bowling? ape tu?

Aku kata kat die aku memang giler-giler siyes tak reti main bowling nie.. Tak nak lah memalukan diri.. Die kata takpe, janji main.. Semua yang main dapat hadiah.. Oh tidakkkk.. Aku tak nak hadiah tu, aku tak reti main bowlinggggggg..

Aku tak tipu bila aku kata aku tak reti main bowling. Tak main-main.. Aku memang tak reti.. Puaslah Pieja,Mija, Kak Ana ajar aku macam mana pon aku tetap tak reti.. Mungkin tangan aku tak bedung kot..? Nak tanya mak, mak dah takde.. Nanti aku tanya akak tangan aku bedung tak masa kecik-kecik dulu kala..hehe

Kalau nak datang time sukan bahagian sabtu ni untuk memberikan sokongan padu, boleh lah kot. Nak main bowling tu sekali memang tak lah.. Cukup-cukup lah aku baling bola bowling tu kebelakang masa join diorang practise bowling bahagian dulu, aku tak nak tambah kemaluan lagi di situ..heh!
Adios!

Rabu, 20 Julai 2011

Semoga semua nya berjalan lancar..Amin!

Sekarang ni aku tengah dalam proses nak buat pertukaran SUMASU (SUka saMA SUka) dengam Masitah.  Masitah pergi ke tempat aku dekat Putrajaya ni kemudia aku ke tempat Masitah dekat Johor..

Setelah sekian lama, dan bermacam-macam dugaan dan cubaan yang menghalang pertukaran kitorang ni akhirnya sekarang ni jalan yang gelap tu dah ada sedikit sinar cahaya.

Baru kejap tadi aku hantar surat pertukaran SUMASU aku dengan Masitah dekat admin opis aku, semoga tak ada masalah. Harap-harap segala dokumentasi lengkap.

Bahagian aku dah setel, tinggal bahagian Masitah je lah sekarang nie. Semoga Masitah gagah lagi tabah nak berhadapan dengan bos beliau.

Perasaan sekarang memang dah diteguhkan nak balik Johor. Sekian lama aku tunggu peluang nie. Dulu masa baru masuk kerja aku ingat lagi yang ade orang dekat admin tu cakap kalau nak balik Johor kena tunggu disahkan jawatan dulu.

Lepas je aku sah jawatan aku gagahkan diri aku nak tukar tapi masa tu tak sampai hati.  tapi akibat daripada beberapa perkara yang berlaku waktu tu, aku gagahkan jugak diri ni nak mintak tukar.

Jujur waktu tu memang aku mintak tukar sebab aku kecewa, sakit hati, marah dan macam-macam rasa lagilah. Tapi sekarang semua perasaan tu dah tak ada. Semua orang dekat sini dah jalani hidup masing-masing macam dulu, macam keluarga.

Waktu masa-masa tertekan macam tu dulu aku pernah dapat offer dari JPA untuk tukar ke Jabatan lain tapi aku fikir, aku nak clearkan nama aku. Aku nak bertegur, berbual dengan semua orang, aku nak mengalah. Sebab aku tak nak orang ingat keburukan aku bila aku dah pindah dari sini.

Lagi pulak aku fikir, kalau aku pindah waktu tu lepas tu nanti aku nak kawen aku mintak pindah Johor pulak lagi, tak nampak macam aku ni bermasalah ke?Banyak sangat pindah-pindah tempat..? Lagi pulak waktu tu si die masih bekerja kontrak, yang mana masa depan belum tetap lagi. Dan die sendiri tak dapat nak bagi jaminan die akan selamanya dekat Johor.

So sekarang aku rasa masanya memang dah kena dan dah tepat sangat dah. Sekarang ni satu-satunya sebab kenapa aku nak pindah ialah dia dan keluarga aku. Hal kecik hati tu semua dah tak ada dah. Si dia dah bekerja tetap sekarang, kalau ade rezeki bila dah balik Johor nanti aku akan mulakan aturan untuk membina keluarga pulak..

Doakan aku yek kawan-kawan!

Wordless Wednesday



MASITAH MAKIN MAJUUUUUuuu

 


Tengok follower die ramai woooo... Cantik lak tu nombor nie, eh sebab aku sempat print screen dapat hadiah tak? hahaha

Boleh laaaa, subway pon jadiklah..hehe

The problem with fresh grads

Sun, Jul 17, 2011
The Star/Asia News Network

The problem with fresh grads

PETALING JAYA - Poor attitude - including asking for too much money - is the chief reason why employers shy away from hiring fresh graduates. Another common complaint is that many graduates are poor in English.
A survey by online recruitment agency Jobstreet.com showed that 55% of employers cited unrealistic expectations of salaries while 48% of them said poor English was the main reason why Malaysian fresh graduates from both public and private institutions remain unemployed.

"While previous surveys named poor English as the main cause for unemployment, bad attitude has now topped the list," said its chief operating officer Suresh Thiru.

He said their attitudes were so bad that some did not even bother to inform the companies if they were running late or unable to attend scheduled interviews.

It was announced that the number of jobless graduates had increased from 65,500 to 71,600 although the overall unemployment rate had dropped from 3.4% last year to 3.1% during the first quarter of this year.

Another study by recruitment agency Kelly Services showed that fresh graduates asked for flexible working hours and expected their work to accommodate their personal life, not vice versa.

Its marketing director Jeannie Khoo said employers were also turned off by the lackadaisical attitude and lack of drive to improve among many of them.

"They have the misconception that they can earn high salaries at entry-level. They enter the banking industry expecting to earn RM3,000 (S$1216.5) while the market rate is only RM2,200," she said.

PricewaterhouseCoopers Malaysia head of recruitment Salika Suksuwan said some candidates had many offers in hand but acted unprofessionally in rejecting job offers - by not turning up for interviews or the first day at work.
"We sometimes have to call them and remind them about a scheduled interview when they didn't turn up," she said.

Talent Corp CEO Johan Mahmood Merican urged fresh graduates not to make demands on their salary.
"It is more important to join a company that can develop your skills and prepare you for future opportunities," he said.

In a related development, Human Resource Deputy Minister Datuk Maznah Mazlan said half of the applicants who registered with the JobsMalaysia portal (www.jobsmalaysia.gov.my) had found employment.

Speaking when launching the Graduan Aspire 2011 employment fair yesterday, she said about 300,000 job applicants were currently registered with the website

********

Haaaaaa...Nampak tak kenapa graduan sekarang banyak yang menganggur..  Kawan aku pon ade yang dah abes belajo setahun sengah dah, tapi masih tak dapat kerja lagik.. Mungkin bukan rezeki die kan,sape tahu tapi mende-mende yang realistik macam ni kita kena share..

Kalau boleh amalkan, amalkan... tak rugi kan..

BYE!



Selasa, 19 Julai 2011

Wei belanja aku mende alah nie..


Aku puasa arini... Nak buka ni lah..Sedap nyer.................... Sape nak belanja angkat tangan!hehehe


Sape nak tampalkan ROADTAX Aku nie??


Roadtax aku mati sabtu lepas kan, tapi aku baru je renew semalam sebab tak de duit.. Aku renew dengan menggunakan khidmat Myeg. Baru buat semalam hari ni dah dapat dah.. Sangat pantas dan efisyen, ai loikeee..

Masalah die sekarang, sape nak pasangkan? Tahun lepas ade orang tolong pasangkan, tapi kan orang tu mengamuk tak nak kawan dengan aku sebab aku tak ingat model tepon..

Tampal sendirik lah jawapnye kan, senget nasib lah.. kereta aku je pon.. Masitah selambe je tampal sticker mekdi terbalik.. Kan Masitah kan? Pedehalll, kita buat die..

Gaduh sebab tak ingat model telefon..Gila tak berbaloi ah..

Kan tepon aku telah dengan bijaknya aku memandikan di gigi sinki.. Maka rosak lah ia dan tak boleh guna macam-macam function kan..

Akibat tak tahan dengan keadaan telefon tersebut yang telah  mengakibatkan susha untuk menghubungi dan beramah tamah dengan aku maka dengan itu si dia bagi aku pakai tepon lama beliau..Tepon aku yang rosak yang jugak tepon beliau jugak tu aku bagi balik dekat beliau.. Kira sireh pulang ke ganggang la ni, eh kena tak?bantai je lah..

Nak dijadikkan cerita sepanjang tepon rosak tu dekat aku, die punye casing  plastik yang lembut ala-ala topeng buragas tu koyak dah.. Dah banyak kali aku carik dekat kedai tapi tak ketemu jugak.. Pieja jadik saksi kan Pieja kan.? Sangkengkan ketidak percayaan nya beliau dekat aku, beliau pon pergi kedai carik casing tersebut..

Sebab die tak bawak tepon tersebut bersama-sama beliau die tepon aku tanya ape model tepon tersebut.. Aku jawaplah, 5320 kot.. Kena marah yek.. Berbulu jugak aku kena marah sebab tak ingat model tepon nie..

Die kata "Kalau orang tanya tu jawap straight to the point lah"..Aku jawap kot sebab aku tak pasti.. Betullah kan..? Orang guna kan perkataan "kot" dekat akhir ayat sebab tak pasti dengan sesuatu perkara kan..? Ke orang dah guna perkataan "tudung" untuk menggantikan "kot"???

Sakitnya hatiiiiiiii.... Time-time mesej yang memerlukan hujah yang banyak ni lah si Celcom buat hal.. Time ni lah die nak bared aku, semalam tak nak bared pulak..cikidout betullah..

Kalau awak baca belog saya nie, ni saya nak bgtahu awak nie.. SAYA DIAM BUKAN SEBAB SAYA KALAH TAU, SAYA BANYAK BENDA NAK PATAHKAN HUJAH AWAK TINGGAL LAGI TEPON SAYA KENA BARED JE..

Assalamualaikum!



Isnin, 18 Julai 2011

[GAMBAR] Yana Mentawen










Gambar je..Cerita boleh baca dekat sini..Malas nak cerita dua kali..hehehe


[GAMBAR] Aku dan Masitah ke Karnival Upin Ipin membawa perut!

Minggu lepas aku balik lagik..Hehehe..Saje boring duduk Putrajaya ni kan, bukan ade ape pon..Oleh kerana sahabat sejati ku Masitah kan tengah berlakon bujang sekarang nie, so ajak lah die balik kampung sesama..Eh walhal tido je kat kampung tu, masa yang lainnyer banyak berjimba-jimba je..

Memula dah plan nak balik naik kereta dengan pujiedepom sekali tapi, kereta ku ketamatan roadtax dan insuran tu saya segan nak mengajak beliau menaiki bas.. Kan tak selesa nak naik bas.. Mak Abah den ajar kalau nak ajak tetamu kena bagi layanan terbaik dan istimewa.. Tak elok lah kan ajak naik bas, kan tak berapa selesa.. Cian kakak Pieja nanti..

Misi utama balik kampung bukan berjimba-jimba, tapi memang bersangkut paut dengan masa depan.. Tu yang si Masitah sebagai pemegang rahsiaku telah dipaksa rela bersama-sama melaksanakan misi ni..Lepas je misi terlaksana, barulah aktiviti berjimba-jimba tanpa jadual terancang telah dilaksanakan..hehehe

Si Masitah dari hari jumaat lagi dah kata, wei ade karnival upin ipin lah dekat Persada.. Dengan terkinja-kinja nya aku pon kata, nak pergi! Nak pergi!


AUMMMM!!!Masitah kena makan Domukun sebab ejek aku.. Die kata aku macam kanak-kanak sebab nak pergi Karnival Upin Ipin.. Kan dah kena makan...Padan muke! hahahaha

Giler tak nak pergi, aku peminat Upin Ipin wei... Tetiap petang aku tengok Upin Ipin kt tb9 tau.. Setiap hari ade 2 kali Upin Ipin ni, memula yang 2 minit tu.. Dari pukul 5.30 sampai 5.32 kot.. Sebelum cerita Nikita yang buta tu lah..  Lepas habis cerita Nikita pon ade jugak. Dari pukul 6sengah sampai pukul 7.

Walaupun cerita nya berulang-ulang tapi aku tetap suka tengok..hehehe


Idola Bintang Kecil pon adoo.. Eh ini pon aku layan jugak tau.. Aku suka budak lelaki anak Cikgu Siti Hajar tu, Afiq kan nama die..? Comel nyer! Bam bam sungguh!! Suara die pon sedap tau..hehe


Kitorang amek gambar dari belakang je, hehehe..Depan mende alah ni adalah pertandingan mewarna, tak kan lah kitorang nak masuk kan.. Dah nama Karnival Upin Ipin, yang ramai semua sebaya Upin Ipin lah kan tetibe terselit muke kitorang..

Masitah cakap , wei wei orang semua bawak anak..Ko bawak ape?
Aku bawak perut! hahaha

Sebab bengang nak amek gambo dengan maskot Upin Ipin kena beratur panjang dan kena bayar kitorang pon blah ke tempat jualan die.. Barang mahal-mahal yea adik-adik lalu kitorang bawak diri ke layar dan tinggalkan jejak..hehehe


Kitorang sign dekat sini! Menandakan keberadaan aku dekat situ..Tanpa was-was aku meninggalkan jejakku..hahahaha PUAS HATI siot! 


Nengok!Nengok! kitorang gambo ngn belon nie..hehehe


Lepas je pergi Karnival Upin Ipin ni kitorang pergi berjimba ke Jusco Tebrau untuk menepukan lagi lemak kt kedai Pakcik Keni.. On the way tu jumpe kereta nie..

MyVi baru tu, kalau sebelum ni tetengok gmabo dekat internet kan macam lawa semacam je kereta ni kan.. Bila dah tengok live depan mata sendiri memang sumpah aku JADIK MAKIN SAYANG DEKAT KERETA AKU.. Entah pape je design bontot kereta nie..Kacak lagi bontot kereta ku wei.. Alhamdulillah aku tak tukar kereta aritu dah tergerak dah, nasib aku ni pemalas kan..

Masitah yang suka dekat MyVi baru ni pon bila nampak kereta ni die kutuk tak henti-henti.. Kitorang dah buat kesimpulan yang KERETA NI SEPERTI DIPENYEKKAN! SANGAT TAK KACAK!

Jumaat, 15 Julai 2011

Nota Buat Kamu..


4 Tahun lepas, kite kenal dekat MMHE..Kita tengah praktikalkan time tu,16 Julai 2007 tarikh lapor diri kt itu kompeni..

Masa tu memang saya tak ingat muke awak sebab awak kan ade taik lalat besar dekat mulut tu, pastu ade sorang lagik yang ade taik lalat besar sama macam awak.. Saya selalu tersalah orang..

Tapi saya tau saya tak suka budak tu sebab die banyak bulu..Eh! saya tak ngendap taw saya tak suka die ade jambang2 gitu.. Tengok muke die je dah banyak bulu, dekat tempat lain entah macam mana.. Tak suka lah orang yang ala-ala gorilla macam tu..

Sebulan pertama awak asek datang je opis saya.. Sebab saya kan jaga orang-orang yang praktikal.. Arini awak datang sebab gugel awak patah, esok awak datang nak bagi MC, lusa awak datang nak potostet MC pulak...Naik pelik saya dengan awak, sebab hari-hari ade je masalah awak..

Masa awak datang nak mintak MC tu bos saya takde dekat opis, awak pon lepak lama dekat opis saya.. Macam-macam awak tanya saya itu ini kan.. Saya tau awak nak mengayat saya kan? kan?kan?

Memang masa tu saya ade tunjuk dekat awak kaki saya yang bengkak sebab terjatuh bilik air.. Awak buat muka simpati habis dekat saya sampai saya rase bersalah sebab saya jatuh bilik air dah seminggu, cuma bengkak dengan lebamnyer je yang tak surut-surut.. Tapi dah tak sakit dah..

Lama awak melepek dekat depan meja saya kan, sampai lah waktu nak balik tu.. Lepas tu awak offer nak hantar say balik, saya kata saya tak nak naik moto saya nak naik kereta je.. Saya bukan demand, saya memang tak nak balik dengan lelaki.. yelah time tu kan saya suci, tulus, mulus... Mana reti kuo-kuo dengan lelaki nie..Lagi pulak saya bajet awak memang naik moto je, tak sangke pulak awak bawak kereta, mati akal pulak saya nak mengelaknye..

Time tu awak kata kalau tak percaya boleh potostet IC awak, kalau papehal saya tunjuk terus dekat polis.. Tapi saya lupe pulak saya potostet ke tak IC awak.. Tapi yang saya ingat saya bawak payung time balik tu, takut awak apw-apekan saya, saya pukul je terus dengan payung tu..hehe, protection kan..

Lepas awak dah tau umah saya dekat mana awak ajak saya keluar makan malam pulak.. saya tak nak tapi awak kata awak dah kena tinggal dengan kengkawan.. sebab kesiankan awak saya suruh lah awak datang amek saya dekat uma.. saya boleh keluar tapi saya suruh awak mintak izin dengan abang saya dulu, kalau die bagi baru saya keluar..

Agak terperanjat jugak lah, sebab abang saya bagi keluar time tu.. Pertama kali akak ipar saya nampak awak malam tu die dah cakap, die tengok awak macam awak suka dekat saya.. Malam tu lagik saya dah perasaan dah..walhal baru pestime keluar..Eh! saya bukan gatal tau, saya perasan kejap je..hehe

Lepas tu hari-hari awak tunggu saya balik, sebab awak nak anto saya kan..Gatal jugak awak ni kan, hari-hari awak ngurat saya tapi awak tak cakap pon awak suka dekat saya.. Sebulan lepas tu sebab dah tak sabar sangat saya yang tanya dekat awak, " Suka kat yan eh?"

Sambung lagi lah nanti..Ade hal pulak..nanti saya bagi surat cinta letak bedak-bedak dekat awak eh..?Boleh kan..? baru lah old skul..hehehe..Romantik kan saya..?

Rabu, 13 Julai 2011

Nota Manis Sempena kenduri kecil

Korang pernah tak rasa kengkawan kawen, tunang tapi tak jemput korang? Tetibe je korang dapat tau, eh die nie dah kawen? Die nie dah tunang? Tak jemput pon...Walhal kalau jemput pun belum tentu ko datang pon kan..?Tapi tetap kecik ati sebab tak tau tentang majlis tersebut..

Cube kita letakkan diri dalam situasi orang yang membuat majlis tersebut.. nak jemput ramai-ramai tapi tak mampu nie, bajet ciput tapi kawan sumpah ramai.. Dari sekolah tadika sampai ke universiti, sampai ke tempat kerja..fuhhh ramai nyer kengkawan.. Nak buek macam mano tu?

Cara die buat nota manis ni lah..Memang bukan budaya kita, tapi boleh la nak ikot..tade hal punyer.. Demi menjaga hati orang sekeliling kita, benda ni perlu diterapkan..

Korang boleh bace sendiri dekat belog JUMIE SAMSUDIN untuk ulasan lebih lanjut dan lebih faham..  Ai dah dapat permission tau nak share hasil kerja beliau dekat belog ai..


Haaaaa...tengok kan dah dapat perkenan beliau..:)

Aku suka baca belog beliau sebab lazer tulus mulus dekat situ.. Ai loiiikee sesangat..  Kalau baca die tulis tu macam macam die tengah berbual dengan kita, ofcoz in d kehpohchi way..hehe

Aku tau ramai kengkawan aku yang muda-mudi belia remaja yang dah nak mentawen sesangat sekarang ni kan, maybe korang boleh gunakan idea ini.. Sebab kadang-kadang kan kite ni memang kena  menjaga sensitiviti dan hati orang sekeliling, mungkin dengan cara ni segala tohmahan dan kata-kata keji dapat ditapis kan..? Who knows?


"Akak sangat menyokong cara ini kerana sebagai orang Islam, kita haruslah mengutamakan kesederhanaan dalam semua perkara."

TAPI............... MASYARAKAT KITA SELALU FIKIR YANG,

"kenduri kecil ialah kenduri nak cover malu sebab anak dara dia sebenarnya dah termengandung awal sebelum kahwin."

Ape pendapat korang?




Selasa, 12 Julai 2011

Aku, Dia & Perhimpunan BERSIH

Kami ada berbincang mengenai PERHIMPUNAN BERSIH nie. Pada aku tak patut lah ada perhimpunan jalanan nie, menyusahkan banyak pihak.
 
 
Negara huru-hara disebabkan perhimpunan nie, orang ramai nak beriadah pon susah, ada yang nak pergi kenduri, nak pergi sepital pon susah..Peniaga lagi lah kesian, rugi besar lah die..
 
 
Pada aku, tak salah kalau nak buat perhimpunan nie.. Tapi jangan lah buat perhimpunan jalanan macam nie, berhimpun baik-baik kan lagi elok.. Mungkin kalau berhimpun elok-elok, dekat tempat yang kerajaan dah sediakan lagi ramai orang yang datang dan menyokong... Siapa tahu kan?
 
 
Perhimpunan jalanan nie dah menakutkan ramai pihak.. Sejujurnya aku cakap, bukan perhimpunan ni yang menakutkan tapi publisiti yang di raih sebelum perhimpunan ni yang lebih dulu menakutkan orang ramai sebelum perhimpunan berlangsung lagik.
 
 
Tapi pada Enchik saya pulak, die sokong perhimpunan ni diadakan. Oh bercanggah sudah pendapat beliau dengan saya.. Kata die lagi, asalnya perhimunan ni kan perhimpunan aman.. BERSIH. Ada tangan yang buat die jadi huru hara.
 
 
Cuba perhimpunan tu tak dikacau, tak ada nya jadi huru hara macam nie..Bagi peluang diorang nak suarakan kehendak diorang, bagi diorang sampaikan impian diorang.. 
 
 
Terdiam sejenak aku dibuatnya.. Ternyata pandangan aku & die berbeza dalam hal nie. Malas nak membantah, biarkan je lah.
 
 
Tapi satu hal yang pasti, biar apa pun niat kita, semurni apapun niat tu tak menghalalkan cara. Ibarat seorang ibu melacur demi nak memberi anak sesuap nasi.  Niat nak membesarkan anak tu murni tapi melacur kan haram, jadik haramlah perbuatan tu.
 
 
Apepon pandangan aku dan apepon pandangan die mengenai perhimpunan ni PERSAMAAN yang pasti KAMI TAK JOIN INI PERHIMPUNAN DAN KAMI HANYA MEMANDANG DARI JAUH.. Cukuplah sekadar tahu pasal mende ni, takde terdetik langsung niat nak JOIN.. Memang tak la.. Buat penat je.
 
 

Header baru..


Header baru...mantik tak..?
Masitah buatkan..
macih Masitah..hehehe

Ayu Mentunang

 Sabtu lepas Ayu Mentunang.. nampak  bunga tangan tu? Aku yang buat..last minute punye kerje.. Ayu lah, boleh die buat hantaran dan persiapan bagai tu sehari sebelum majlis? Gila la ini budak..haha

 Gadis-gadis ceria on that day..Tanpa kami apalah adanya majlis ini, hahaha..eh? [Dari kiri :  Yan si comel, Ayu si pentunang dan Yan si tembam..]

 Mak si Lelaki, muka macam Puan Muzal.. Terus sopan aku hari tersebut..hahaha..Gambar dari tepi je sebab klon Puan Muzal tak nak tengok muke aku.. Yelah, camera aku cap ayam tenggek je..isk! T_T Takpe nanti aku beli DSLR! Ni azam tengah tahun nie..(ececeh cakap macam penah simpan azam je..hahaha!)

 Ayu dah selamat menjadik tunangan orang.. Dulu mase sekolah kitorang selalu cakap Ayu yang akan kawen dulu dalam kami ramai-ramai.. Tengok... Kan dah masin cakap kitorang.. Kawan 5 bulan terus tunang.. cayalahhh!!Tabik springgg aku dekat si Dani.. Oh yek, nama tunang Ayu, Dani yek..

 Tengok lah muke kepoh masing-masing kalau dah jumpe..Gambar ni memang candid beb, kawan Ayu yang amekkan.. Ela name budak tu.. Kesian die, asek kena buli je dengan aku..Harap-harap die tak amek hati la kan..hehehe


Sepanjang majlis ni yang paling mengagumkan ialah Bunga sireh junjung nie ha.. Tinggi giler kot..  Nampak lah yang si Dani ni bersungguh-sungguh dengan si Ayu.. Bertuah badan.. Tahniah sayang...

Jumaat, 8 Julai 2011

Pergi melawat baby Dani Irfan

Lunch tadi pergi rumah Kak Miza berbekalkan nasik ayam untuk aku dan nasik lemak untuk Pieja dan Kak Miza.. Kak Miza demand betul, suh datang rumah die bawak nasik lemak pulak.. Gigit kang! Nasib baik die buatkan air oren, dah tak jadik marah..hehe

nah tengok lah gambar-gambar yang menunjukkan sangat si baby Kak Miza nie pipi die labuh macam aku, ahhahaha.. Kuat tido macam aku jugak, idong kembang pon macam aku jugak.. Satu je macam Pieja... tau tak ape? Pipi die gegar-gegar..ngeh3



 Maap! Kamera cap ayam sebab tu gambar macam ekor ayam ditiup angin...gegarrrr je kan.. hahaha Nak gambo cantik mantik nanti lah, tunggu aku rembat DSLR yek..hehe

Ok! Assalamualaikum..




Nota:
-Aku balik kampung hari nie.. Rindu nak bau kelapa sawit.. eh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...