Jumaat, 24 Jun 2011

Kursus dekat Kuantan, nak ikot?hehehe

Hari ni aku dapat surat dari JPA, suh pergi kursus ke Kuantan! weeeeeee... semangat! Semangat! Terus update dalam sistem kursus! Maka dengan rasminya, kursus aku dah setel 7 hari!! hahahaha...hahahaha...Sambil tangan di pinggang..

Tempat kursus tu? De Rhu Beach Resort, Kuantan! weng!weng!weng! Kat mana tu? tak tau jalan lah pulak...

Jom gugel-gugel jom! hehehehe..oh yek.,..Perlu tak aku bawak laptop untuk mengupdate belog?hurmmmm.....

satu-satu datang

Selesai hal si lesen, nak kena renew roadtax + insuran pulak..Bankrup...bankrup.. Ada sesapa nak dermakan RM830????

Oh My God..

Khamis, 23 Jun 2011

AAK!

Korang  tau AAK? Tu singkatan bagi ADA AKU KESAH? hahahaha...Banyak lagi singkatan lain, nanti aku ajar satu-satu keyh!

Baca lah cerita si Masitah mengenakan aku hari nie...hamboi hamboi hamboiii...seronok membahan aku yek...???

Takde maap bagi mu tanpa seketul kek resepi rahsia! Ko nak datang sini kan lusa...... Sila bawak! kalau tak ko tido luo! Aku bagi mak ko ngan Pokyang je masuk, tiba je kau di muka pintu aku tutup pintu tu dekat muka kau? Eh bape banyak muka daaa..harharhar kejam tak?sekali sekala takpe kan..?buahahaha


Yea aku memang suka tak tampal itu P lagik! Merdeka! haahaha.. Boleh lah aku gunakan ayat yang orang lain selalu guna nie, "alah, P lagi..standard la tu"..hahahaha...  Eh aku suka gambar P kau nie..bagussss memang menggambarkan hati aku sekarang!hahaaha

Bukan nak belagak tapi SAKIT HATI sebab semua orang pernah pakai P nie! Tapi lupe diri! Ingat diri tu terus je melompat ke lesen penuh ke? Ok mungkin kau tak tempek P dekat kereta kau, tapi mesti kau ade tempek dekat motorzzz ko kan?kan?kan?

Haruslah macam tu sebab dekat Malaysia yang tercinta ni pakai P tu seumur hidup sekali jek.. Kalau kau buat lesen motor dulu, 2 tahun pastu dah habes si P dekat motor nie ko g buat pulak lesen kereta memang lah ko dapat lesen penuh terus.. Kalau kau kena pakai P lagi sekali harus mengamuk ko kan?

Dan ade lagi satu jenis yang tak pakai P adalah manusia yang amek lesen tapi P tak tau nak tempek kat mana, sebab tu tak pasang P seumur hidup..

Ni jenis terakhir pulak, masih P dan ade kereta nak ditempek P tapi tak ditempeknya.. Ni hati kering punya orang.. Ni jenis yang paling DISASTER! Bahaya ni jenis nie, kalau jumpa tembak dengan senapang gajah keyh? Ni kalau bergaul lama-lama dengan jenis yang serupa ini boleh merosakkan salasilah korang..SILA JAUHI! hahaha

Last sekali, ni kau lukis ke?? Cantik! Aku suka! Ok aku dah maapkan, tapi kek tu tetap kena bawak jugak!hahahaha

Nak pergi buat lesen memandu!

Hari nie secara rasminya aku dah tammmmatun memakai si lesen "P"!!  yea memang agak lambat kan? Kawan-kawan semua dah lama dah pakai lesen penuh kan?kan?kan?

Nak buat macam mana dah rezeki aku lambat sampai.. Redha je lah yek..  Tapi sekarang masalah nyer adalah aku tak tau jalan ke JPJ Bangi! Taram je lah nanti..

Cik Pieja, nanti bos kamu dah sign kebenaran keluar tu, SEGERA calling-calling ai hockeyh! Ai teruja nie...auwwwww! Gedik! hahaha

18,716 amah lari

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 22/06/2011

DEWAN Rakyat semalam diberitahu 18,716 pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan mereka dengan 17,205 atau 92.3 peratus dari Indonesia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, berkata sehingga Disember tahun
lalu, seramai 247,069 pembantu rumah yang memasuki negara ini atau 76.7 peratus adalah dari Indonesia.

“Bagi menangani masalah pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan, khususnya pembantu rumah Indonesia, kerajaan mengambil beberapa langkah antaranya mewujudkan jawatankuasa kerja bersama apabila kita mengadakan beberapa siri perbincangan dan mesyuarat teknikal dengan kerajaan Indonesia bermula 2009 hingga Mei lalu.

“Hasil perbincangan itu, kedua-dua negara bersetuju menandatangani satu protokol pindaan terhadap memorandum persefahaman di antara kedua-dua negara pada 30 Mei lalu di Bandung, Indonesia,” katanya di Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Protokol itu bertujuan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan penggajian pembantu rumah termasuk pembantu rumah lari daripada majikan antara kedua-dua negara serta memberikan perlindungan sewajarnya kepada majikan di negara ini. Selain itu, majikan berhak mendapat penggantian pembantu rumah sekiranya mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan berkhidmat.

Maznah berkata, sistem bio metrik yang diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1 Jun lalu dapat membantu pihak berkuasa mengesan pembantu rumah asing yang cuba mendapat kerja lain. Beliau berkata, selain itu, mulai Mac tahun lalu, kementeriannya melalui Jabatan Tenaga Kerja melaksanakan seminar dan dialog pembantu rumah asing yang dihadiri majikan serta syarikat membekalkan pekerja berkenaan.

“Sehingga kini, 89 seminar sudah diadakan membabitkan 1,869 majikan, 1,650 pembantu rumah dan 365 agensi pekerja asing untuk memaklumkan hak serta tanggungjawab ketiga-tiga pihak terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah mewujudkan sistem biometrik bagi mengesan pembantu rumah yang melarikan diri. “Garis panduan penggajian pembantu rumah dan talian Nur diwujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menerima laporan sama ada secara terus daripada pembantu rumah atau majikan yang ingin membuat laporan,” katanya

Rabu, 22 Jun 2011

Diam-diam ubi berisi


Sila fokus kepada gambar budak perempuan jakun yang no 1 dan no 2 dari kiri tu..


ni lah budak jakun tu...fokus dekat budak yang kiri tu, jangan hiraukan budak jongangg dekat belah kanan tu yek.. Ni gambar masa pergi Pusat Sains Negara ikut rombongan sekolah menengah. Time ni tingkatan 4 rasenye...

Gambar ni dah 7 tahun berlalu, jangan tanye kenapa aku kurus time nie..tsk tsk T_T


Budak yang aku suruh korang fokus dari awal tadi tu bestfreind aku...kitorang sekelas dari darjah 3 sampai lah sekolah menengah.. Tapi start rapat rapat rapat dari tingkatan 4..

Pepagi tadi die call aku, tapi aku bangun lambat pagi tadi kesan ubat-ubat yang aku makan malam semalam.. Demam aku belum elok sepenuhnya lagi, asal malam je demam, asal demam je malam.. tu yang takut nak jumpa malam tu..hehehe

Tadi dah dekat opis die call lagi, tapi aku tengah bz bertelpon dengan pegawai aku bila kau call balik die pulak meeting.. Sampai ke sudah tak terberitahu.. Lepas lunch tadi aku call die, dapat....

"Aku nak kau jadik orang pertama yang tahu"
"tahu ape?"
"Aku nak tunang"
"haaaaa?bila?"
"......... datang tau..Mak aku dah suruh aku jemput kau cepat-cepat..Takut kau tak datang..datang tau!"

Fuhhhh berpeluh tiak den.. Terkojut den si Ayu nie baru je kenal dengan si jejaka tersebut tak sampai setahun lepas.. Tapi jodoh dah sampai kan.. Alhamdulillah... Aku gembira dengan reseki kawan-kawan...

kena beli baju baru nie....weeeeeeee


Selasa, 21 Jun 2011

Saya bebas saman..Yeeeehaaa!

Bila nampak email PDRM Summons Alert ni dah cuak dah.. Aku ade saman ke? Masak lah dah lah aku punyer roadtax kereta nak mampuih da nie.. Makin menggila lah aku nanti kan..


Sekali tengok, You do not have any new summons.  Any new summons maksudnya anda pernah disaman  yea Cik yan..... Yea memang aku pernah mendapat surat cinta dari pak polisi ni.. Satu speed trap sebab memandu 133KM/J dan satu lagi parking di line kuning.. hehehe..

Oh tapi dah setel yea adik2...Saya bebas saman! yeeeehaaaa!!



Peniaga Baju Melayu yang Single Mingle...


Ni die Ajijoi...Single nie Jijoi nie.....Jual baju melayu lagi.. Nak tempah boleh komen dekat sini.....

Nak berkenalan dengan die pon leh komen dekat sini, NANTI AI ARRANGE KAN! auwwwwww

hahahahaha

Kelaut.............untuk menangkap ikan dalam mimpi..hehehe

Tadi aku ade cerita yang aku dememm sampai takleh tido tu kan.. Akibat dari tu aku telah menidurkan diri awal dari waktu sepatutnya semalam. Belum pukul 1 aku dah tidur dah..

Sekarang kan aku dengan Pieja tinggal berdua je dekat opis ni sebab yang lain pergi beranak kejap. So kegiatan tengahari kitorang sekarang, tidoooooooooooooooooooooo je lah. Tapi sebabkan dememm dan tak cukup tidur semalam aku dah masuk port lagi awal dari biasa.. Lepas tu Pieja masuk aku macam nampak tak nampak je..

Pieja kata, dah lah ko tido je lah yan.. Ko cakap sepatah, ko tidur balik. Cakap sepatah lagi, ko tido semula lagi.. Kejap kejap mengeluh lepas tu tutup tangan dekat dua telinga macam nak berzanji tapi tido...


Hahahahaa aku tak perasan perangai aku tak cukup tido macam tu yek.. Buruk betullah.. Malu aku bila Pieja cerita macam tu tau..huhuhu

Eh? Ni gambo Pieja tidooo..


Tak caye tengok baju nie...haaaaa...Kan baju Pieja tu.. gambo aku tido aku tak snap lagi, sebab aku belum dikurniakan bakat untuk amek gambo sendiri tengah tido..  Ayu kata aku tidur sampai terselak perut..hahahah tu aku tak nak amek gambar aku tido tu..hehehe


Dememmm...

Malam kelmarin aku demam yang sangat menggigil-gigil, siap tutup tingkap tutup kipas, berselimut belapis-lapis lagi tapi tetap je menggigil-gigil.. Terasa menusuk-nusuk ke tulang lah.. Dengan cerry berry nyer lagi...

Time tu memang dah fikir dah, ni panas gila kot badan aku.. Kalau aku sakit sapa nak menjaga aku? Tu yang aku nak balik Johor, sebab letih-letih leh mintak abang aku urutkan.. Sakit pening akak aku leh tengokkan.. Ni macam nie, sorang-sorang tercampak di alam yang fana nie.. Sungguh sadis lah kan..

So malam kelmarin aku cuma tidur sejam je sebab tak lena dan tak selesa.. Sejuk sangat kan.. Cerry berry pon teruk sampai rasa nak tidur dekat toilet tapi ku tahan labu.. Sebab dekat toilet lagi sejuk wooo.. Tak buleh, tak buleh.. Rosak tulang aku nanti..

Pagi semalam dah fikir nak cuti lah, tapi macam tak molek je setiap minggu nak cuti kan. Udah lah minggu lepas sudah cuti sebab sakit gigi, minggu lepasnya dah cuti sebab melayan sanak saudara datang, minggu ni nak cuti lagi? Rosak punch card aku.. Memang tak lah.. Den sayang cuti den.. Tahun ni nak forward cuti sebanyaknya ke tahun depan..Ecececeh.. Target aku nak forward 10 je padahal, lain-lain boleh laah buat bergembira hehehehe..

Berbekalkan tidur yang cuma sejam tu aku gagahkan diri jugak pergi kerja. Udah lah makan panadol 2 bijik + soluble lagi kul 5 lebih tu, sampai opis mata aku memang dah takleh bla dah.. Cakap pon dah melalut je dah.. Tengahari belum waktu rehat lagi aku dah kelaut menangkap ikan...........................dalam mimpi. heh!:)

Rupenya bukan aku sorang je yang dememm, bos aku pon demem, pegawai aku 3 oghe demem.. wah semua sakit nie, dah boleh MC semua yea.. Kita tutup kedai...

Nan hado! jangan harap, bos aku adalah orang yang sangat gigih bekerja.. Demam ni perkara biasa bagi die, selagi die boleh bangun die tetap akan ke tempat kerja.. Kalau die cuti pon macam itu jugak, selagi die bercuti dalam negara potensi die masuk ke opis adalah sangat sangat BESAR. jadiknya janganlah berangan nak tidur dalam bilik bos.. hahaha korang-korang PA sekalian mesti pernah tidur dalam bilik bos kan?kan?kan?


Isnin, 20 Jun 2011

Berkongsi ayah dengan anak sendiri..?Macam mana tu?

Korang mesti baca dah cerita Sumbang mahram yang terjadi dekat Kota Bharu dekat paper hari nie kan.. Terkejut aku baca mende nie..Aku rasa ni bende paling paling paling aku tak suka, tersangat2 aku benci..
Dah tak ada akal ke? Anak sendiri pon nak makan.. Yang si anak pulak, bapak sendiri pon ko layan.. sampai melahirkan 3 orang anak pulak tu.. Kesiannya lah hai dekat anak-anak yang lahir tu.. Apa status die? Nak panggil lelaki tu ape?

 

Ayah diorang adalah ayah ibu diorang jugak..  Ni lah jadik bila nafsu dah menguasai diri, rasional dah tak ada.. Dunia akhir zaman...Astaghfirullahalazimm...

Bila berdua dengan kakak Pieja


Ni gambar kaki je..bukti kitorang pergi Ceramah Perkongsian Ilmu..
Hey loook! yan was here!keehehehe



Ni pulak kitorang memang dah lama mengidam nak amek gambor ala-ala bang bang BOM nie..


lagi sekali..


Tengoklah Maharani sotong dekat belakang tu..
Takleh bla..


Gambo perasan..


dan lagi, dan lagi jugak jugak..

Lastly, gambo terbaeeekkk....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaaaaaaaaa!!

hahahahahahaha...jom gelak guling2!!



Korang tengok lah perangai si kakak Pieja nie, macam mana lah aku nak tinggalkan kengkawan giler macam nie...T____T Tak sanggup lak rasenyer...

Hari ini..

Internet sangat lembab dan mengganggu daya kekreatifan aku nak berkarya..cewah takleh bla.. papepon terima kasih dekat Masitah sebab dah tukarkan templete baru lagi mantik nie...

kau memang tak reti duduk diam..hahahaha

Maybe I'm tooooooo emotional..

Kelmarin aku ada but entry putus cinta die ada komen dekat SINI... Seyesly aku memang tak tau die baca belog aku.. Sebab selalunya aku yang suruh dan kerah die baca, baru lah die nak membacanya..
 
 
Actually aku dah berbaik dengan die Jumaat lepas, tapi agak malam lah. Dan aku tak perasan pon pasal komen die nie, aku baru baca pagi tadi. Lepas dah berbaik tu aku ade suruh die baca belog aku, but it was yesterday lah.
 
 
Bila tengok komen nie, aku terus "oh, sebab aku tak balas mesej die, tak angkat call die kan pandai die carik aku dekat belog yek... Selalu tu haremmm..."
Korang bacalah komen nie.. Sangat menyentuh kalbuku... Terus aku terfikir, Am I toooooo Emotional or what? Ke aku terlalu sensitif dan menghati mentisu? Terburu-buru sangat ke aku buat keputusan putus tu yek? Hurm....Eh tapi abaikan lah part mende2 pink yang aku bagi die tu yek..hehehe sebab aku memang suka kaler pink nie..hehe
 
 
Berita gembiranya, lepas aku meluahkan segala-gala di belog nie dan selepas kejadian itu, die layan aku makin baik sekarang.. Tetibe rasa cinta seperti baru belaka... Harap-harap berkekalan... Takde lah aku terasa hati ke ape kan..
 
 
SO, kepada Si die... Setiap malam saya nangis sebab konon nekad dah putus dah dengan awak.. Profile siap tukar dari YanGYuszz kepada I'm Single lagik..Eh tapi sekarang dah tukar balik dah.. Gambar awak semua saya dah padam dah dari enset nie..Padahal ni enset awak, teheeee... Tapi siyes, kalau awak buat perangai lagi kali ni saya lari jauh-jauh..
 
 
Ini siyes..Tak main-main..

Jumaat, 17 Jun 2011

Masitah block belog die


Kalau korang rase korang tak di- invite, aku sebagai bff die pon die tak invite... Korang tengok nie..

Aku tak rase die nak block.. Ade lah tu bende die nak buat.. Korang tengok je lah..mesti tengah tukar2 header, tukar2 templete..

Masitah ni bukan reti duduk diam..



Mungkin kerana dah biasa sebab tu tak tahu menghargai?Atau mungkin sudah tiada tarikan?

PERHATIAN: Ini adalah entry yang agak-agak kembang tekak kalau dibaca, meluat kalau dipandang. Sila sediakan beg plastik di sisi anda..Siyes, tak main-main.

Korang semua tau kan entry putus cinta aku tu? Die sebenarnya macam nie, mungkin agak kurang sopan nak revealkan kesalahan 'dia' dekat sini sebab aku pon ade salah jugak.

Dulu masa awal-awal nak mengorat si 'die' ni sangatlah romantik, prihatin, caring vivavoom.. Sangat idaman malaya. Tak jenuh-jenuh die mengurat aku setiap hari walhal time tu aku ade pakwe kot. Tapi sebab sudah tertambat hati ini pada si 'die' ku putuskan hubungan dengan si pakwe time tu dan beralih pada si 'dia'..

Akibat buat orang patah hati, hidup ini tak tenang lalu selalu teringat akan kesalahan demi kesalahan yang aku dah buat pada si 'X' [read:ex] ni. Dengan bantuan kawan-kawan si 'X' ni menghantar gambar-gambar melara duka nestapa beserta caci maki pada aku kerana berjaya buat si 'X' ni kurus kering akibat putus cinta maka tahap kebersalahan aku makin meningkat. Waktu tu baru setahun setengah beserta tak sampai seploh kali pertemuan kot dengan si 'X' ni sebab jarak menjadi divider.

Kawan-kawan die memang havoc habes, die bagi caci maki dekat aku dah macam koko crunch makan pagi-pagi buat 'berhenti laju'.. Sangat rangup!

Datang nya si 'dia' memang kena dan tepat pada masanya sebab hubungan aku dengan si 'X' masa tu ibarat pecah menanti belah..cecece... "dia' banyak giler bagi klu-klu yang die nie suka kat aku.. Aku yang perasan dan berani mati nie bagi soklan cepuk cemas dekat die berbunyi begini, 'suka kat yan eh?'...

Sungguh perasaan berani mati kan? Kalau die kata tak time tu mau aku sorok belakang tong sampah, nasib die kata 'lebih kurang macam tu lah".. Maksudnya ye lah tu, malu-malu angsa lak..

Tapi waktu tu baru sebulan kenal officially sebab sepatutnya dah dua bulan cuma sebab si 'die' ni agak lambat bertindak so sebulan pertama tu die gunakan sepenuhnya untuk 'memandang dari jauh je'.. SO sweet....kata Nia, You saka pergi jauh-jauh..

Perasaan perasan pertama kali timbul sebab akak ipar aku kata, 'Kak Umi tengok, die nie macam suka dekat Yan lah'... Lepas tu baru aku perhatikan perangai dan setiap gerak geri beliau. Kalau nak mengharapkan aku perasan dulu memang tak lah, sebab sensitiviti aku agak kurang dalam hal-hal macam nie.

Lepas aku tanya soklan berani mati tu dekat 'dia', aku biarkan die mengurat aku 4 bulan..baru bercinta betul-betul.. Walhal sebelum tu dah pegang-pegang tangan jalan pergi pasar lambak tapi tetap tanak mengaku kami pakwe makwe..

Percintaan berjalan lancar di tahun pertama.. Kemudian Celcom buat plan 1+5, oh call free n SMS berduyun-duyun.. Lalu tukar no celcom.. Mula-mula call tanpa henti, sebab free kan.. Cakap tu cakap ni, cakap tu cakap ni, lama-lama tinggal aku je yang bercakap dan die dengar.. Kemudian aku sudah penat bercakap kerana kerapkali tak dilayan, lalu masing-masing hanya mendengar...................................bunyi kipas.

SMS pun macam tu, sebab tuntutan kerja die tak boleh nak melayan SMS aku sangat.. Makin lama aku jadik makin tak pandai nak ber-SMS.. Macam mana aku taip ni, macam ni lah aku taip SMS.. Sangat ke-emak-emakkan kan? Sungguh penuh ayat aku sebab aku dah tak biasa, kalau aku baca SMS orang hantar dekat aku yang short2 tu memang agak makan masa lah nak faham, lagi-lagi yang suka 'yewkew', 'owang' dll punya bahasa sengau tu lagi aku pening..

Jumpa? Dulu sangat teruja, kalau berpisah tu melalak-lalak.. sekarang? kalau jumpe pon tak tau nak pergi mana. Aku ajak pergi karaoke, tak nak..Aku ajak pergi tengok wayang pun tak nak.. Pastu die cakap aku, 'ayang ni suka sangat buat kerja pemalas ek..? masuk wayang dudukkkkk dah habis 2 jam.. Pergi pulak karaoke lompat-lompattttt dah habis 2 jam"... Tu yang jadik tak tau nak dating kemana tu..entahlah...

Dulu 'die' dengar ke tak nak dengar ke aku cakap jugak, walaupun 'dia' balas mesej aku sejam 2jam sekali aku mesej je lagik.. Walaupun die jawap kol aku nak tak nak, aku kol jugak jugak..

Tapiiiii sekarang aku dah tak boleh buat macam tu, sekali, dua kali aku boleh tahan lagi tapi kalau dah berkali-kali aku kena menebalkan muka macam tu aku dah dak boleh.. Aku terasa maruah aku di pijak-pijak.. Aku terasa tak dihargai...

Sekarang kalau aku bercakap die diam tanpa ada sepatah perkataan, "oh yeke", "ha'ah okeyh", "ok lepas tu?"... Dia tak ada, tak pernah ada ayat-ayat berminat nak dengar cerita aku.. Aku terus terasa hati, aku terus berhentikan penceritaan aku. Sebab aku kecik hati.

SMS, aku bagi seploh patah perkataan die balas dengan sepatah dua je.. Aku tak akan mesej lagi.. Sebab die selalu tak bagitahu ape die buat, aku pun buat macam tu. Sebab die balas mesej aku 2 jam lepas aku mesej, aku pon buat macam tu.. Sebab die diam bila aku bercerita, aku pun diam bila die bercerita. Aku harap die faham, die tau ape yang aku rasa bila die buat aku macam tu dekat aku. Tapi tak...

Mungkin kerana dah terbiasa dengan kehadiran aku di sisi die, die jadi terbiasa.. Kerana perasaan biasa die ni buat aku bukan lagi sapa-sape di sisi die.. Buat aku rasa aku punya cinta ni biasa-biasa je bukan lagi istimewa..

Aku tak rasa die baca blog aku nie, tu yang aku cerita dan luahkan dekat sini. FB aku dah unfriend and block die dari tengok wall aku sebab aku ada pon bukan bagi beza dekat die. Berapa kali aku buat status in relationship with 'die' tapi die cancel..? Itu pun menyakitkan hati, dah tak boleh cakap lah.. belum lagi gambar-gambar yang aku tag die remove kan..

Entah lah, mungkin betul..dah lama sangat bercinta... Bukan aku yang ditinggalkan, tapi aku yang tarik diri dari hubungan nie. Bila cinta dah jadi beban, bila sayang ni dah buat tertekan.. Baik aku pergi untuk kebahagian die jugak. Aku pergi bukan sebab aku giv up, aku keturunan melayu tulen wei, pantang berundur!

Tapi, aku kena pergi sebab cinta itu tak semestinya memiliki.. Biarlah die kecapi cita-cita die, aku tak nak jadi penghalang. Die pasti akan dapat yang lagi baik beribu-ribu kali lagi baik dari aku.. Kan orang kata patah tumbuh hilang berganti, aku yakin die akan dapat pengganti jauh lebih elok dari aku..














Sebab cinta aku sudah hilang pesonanya...


Khamis, 16 Jun 2011

CINTA


3 tahun 11 bulan... Macam tu je..T_t

Masitah

Email saya di inboxmu..balas yea..
I need u
NOW

Rabu, 15 Jun 2011

Puding Trifle


Kelmarin masa aku beli kek yang nak celebrate besday dengan Masitah yang die tak amek aku tu.. Aku beli kek coklat kan, beberapa minggu lepas aku beli puding trifle pulak. Mas teka aku beli dengan Kak Rai, tapi salah sama sekali..

Aku beli dekat akak opis aku je..hehehe.. Sedap, lazat, enak bangattt.. Tak manis, tak muak, just sedap.. Memang sedap lah.. Kesimpulannya, BOLEH BELI LAGI...nyum3

Pose muke gedik nikmat makan puding trifle..


Sepotong yang lazat...nyum3

Satu bekas macam ni RM12, murah dan lazat..


Isnin, 13 Jun 2011

Hari bapa


Tadi baca entry Puan Tasa... Oh baru tersedah hari bapa disambut pada bulan nie, tapi berapa HB yek? lalu search dekat Wikepedia die kata:

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Sebab abah saya sudah tidak ada, maka terpaksa gugel kan.. Selamat Hari Bapa abah..Adik rindu abah...Al Fatihah untuk abah..


Hari yang Perlahan versi 2

Hari tu ade cerita pasal hari yang perlahan sebab aku tak bawak sepek kan..? Hari ini aku tak bawak spect lagik...

Kalau kelmarin aku kata malap, itu adalah kerna suasana opis ni yang malap.. Tapi bila naik dari cuti hari ini tengok dekat ruang workstation ni dah tukar lampu terang sikit.. TERANG SIKIT je sebab masih jugak malap, tapi tak semalap sebelum nie..

Melihatkan kepada keadaan pencahayaan lampu dekat sini, nampak lagi better lah.. Dari kerabunan silau yang naik setahun seratus, mungkin dengan cahaya macam nie die naik dalam 50 je lah kot..tapi still nak tegaskan yang lampu ni MASIH TAK SESUAI NAK BUAT KERJA..

So, MASITAH besedia lah kamu untuk rabun..hehehe

Khamis, 9 Jun 2011

10 Finalis Contest Perasan Cantik.


Ni lah die Finalis2 sekalian umat... Nanti ai akan baling dadu nak tentukan sape pemenang.. hehehe..

Oleh yang demikian, seploh-seploh umat gojes ni sila emailkan detail2 anda [Nama penuh dan alamat serta line prabayar yang korang pakai jenis digi kah, maxis kah, atau celcom kah] pada Cik TTK yek!

Nanti Cik TTK dah ade pemenang Cik TTK terus pos! Sorrylah buat korang semua menunggu.. Sekian..

Nak bagitahu sesuatu..

Aku skip ganti puasa hari nie sebab ade house warming dekat rumah officer aku.. Actually die dah invite dari hari isnin, tak sedap pulak kalau tak pergi padahal haritu dah kate "hockeyh!"

Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji kan..?

Sekian..

Harga yang perlu dibayar..


Sekarang ni kan aku dah ber-kaw-team dengan si Masitah nak tukar tempat kerja suka sama suka. Si Masitah yang dari Johor itu mahu kembali ke Putrajaya sebab sang Pokyang dah nak kerja dekat Banting kan.. Aku lagilah berjuta-juta kali nak tukar dengan Masitah..

Nampak macam Masitah nak tukar dengan aku sesangat je kan, padahal aku yang pujuk die tukar balik sini dulu..hahahaha

Bukan nak kejam ke hape cuma aku rasa hidup dekat Johor tak sesuai untuk Masitah yang baru berkeluarga tu.. Sebab segala-gala nya mahal dekat sana.. Dan aku pulak hidup dekat sini memang tak sesuai untuk aku sebab aku suka dekat dengan keluarga aku..hehehe


Bangunan office aku ni kan bangunan baru, lepas tu tempat workstation aku pulak adelah suddenly punya kerja so lighting memang ala-ala restoran candle light dinner punyer lah sebab duduk aras eksekutif kan [poyo].

Aku pernah membebel pasal lampu yang malap dekat workstation aku nie dulu.. Tak ingat bila mungkin tahun lepas punyer entry, atau tahun lepas nyer.. Sebab dah dua tahun pindah sini kan.

Setelah beberapa lama aku membebel dekat Maintainance office ni akhirnya mereka datang semalam untuk menukarkan lampu di ruang kerja aku nie. Mereka datang untuk menukar, belum datang bawak mentol lampu putih lagi.. Lampu dekat sini masih kuning, masih malap.. Dan masih menusuk-nusuk ke bijik mata aku. Tapi setelah 2tahun aku mintak akhirya dapat jugak.

Tapi yang aku kesalkan ialah, setelah rabun silau aku dari office lama 175 meningkat dengan mendadak sejak duduk office baru ni jadi 350. Sekaliganda naik nya. Akak aku membebel, die kata manusia ni boleh tampung silau sampai 600 je, dan aku dapulak selamba dah lebih dari itu. Sudahlah mata kanan dan kiri kerabunan tak centre.. Boleh buta kalau dibiarkan lama-lama..

Lepas aku dengan Masitah yakin nak tukar ni, dapat pulak lampu baru. Petang semalam pulak dapat PC baru pulak.

Tertanya-tanya aku jadiknya. Semua ni mengalu-alukan kedatanga Masitah atau memujuk aku untuk stay..? But well, hati saya dah bulat untuk pergi hockeyh.

Tapi satu yang pasti, mesti aku akan rindukan kawan berjimba-jimba dekat opis ni kan.. Pieja, Anne, Kak Miza, Mija, Jijoi, shah...Mesti aku rindu dekat korang nanti. Kalau korang buat ape-ape jangan lupe tag aku dekat fb tau..isk!


Rabu, 8 Jun 2011

Insaf aku...


Pagi-pagi yang riang gembira, sampai-sampai terus check cuti bos dah lulus! YES! Terus mesej bos, "Salam bos, cuti untuk esok dah mengluluskan diri"..SEND!

Tettt tett! Bos balas... "Wokeyh shanteq AR TU! (tipu, bos balas ok je..gagagaga:]) Dah boleh tutup itu HeRMISun, mahu bukak itu email pulak.. Tetibe ternampak nie..

Owh sangat kecik yea kawan-kawan... Tulisan dekat tab atas IE tu kan.. Yang kaler pink tu..

Haaaa...Ni ni nieeeee.... Tersentap ahkak......Terus akak pikir... Are you going to die..? I am going to die, but I'm not ready yet.. Akak ganti puasa pon tak abes lagi... Siapa nak ganti kan? Akak tak de waris... Solat akak yang terleka tu, siapa nak qada' kan..? Sekali lagi, akak tak ada waris, waris jari hantu, jari kelingking, jari telunjuk.. Setiap jari jemari lah..

Tapi, mati itu pasti kan.. Pepagi dah citer pasal mati... Mesti sentap jugak kan korang..? Akak saje je tak nak sentap sengsorang..hehehe :)

Jom lah beramal selagi sempat!

Selasa, 7 Jun 2011

Aqil dan Aqiem


Abang aku kawen agak lambat sikit, tapi Alhamdulillah selepas menanti hampir 2 tahun dikurniakan 2 orang cahayamata yang comel2 bangat..

Ni anak pertama, nama die Muhamad Aqil IShraf.. Panggil Aqil.. Ni lasak dalam diam nie.. Sejak anak akak aku yang last 6 tahun lepas rumah aku dah ketandusan suara kanak-kanak sampailah si Aqil ni lahir.. Tu yang agak memanjakan si budak Aqil nie.. hehehe



Setahun lepas tu lahir adik die Muhamad Aqiem Darwish. Adik ni lagi lah pendiam, susah nak tengok die menangis.. Alahaiii senyap je, tapi macam abang die jugak die aktif dalam diam.. Aku rasa ni semua banyak gen abang aku nie, BERTINDAK SENYAP-SENYAP tak perlu publisiti.. hehehe

Aksi manja dari adik..hehehe.. Manja lah sangat, padahal time ni die kena sakat dengan Ucu die aka aku lah kan sebab nak kan pose manje macam nie punyer pasal..hahaha


Ni mamat ni sibuk je nak amek gambar jugak.. Kalau korang nak tau Aqil dh pandai pose depan kamera tau.. Lepas je amek gambo die nanti die akan datang kat kau sebab nak tengok gambar die tadi tu.. hehehe



Nidie gambar dua beradik nie.. Tengok si abang tu macam pandai je pegang telefon.. Lagak macam tengah cek tepon makwe time dating kan..?hahahah



Suka buat kerja last minute kan..

Aku kena sound arinie.. Eh kena sound macam agak kasar sebenarny kene tegur je.. Benda simple je tapi menusuk dan melekat dikalbuku..huhu

Lumrah dari kecik memang perangai suka melengah-lengahkan kerja ni memang dah jadik darah daging kan.. Tu lah dah sebati sangat jadik pemalas, dah melekatlah perangai tu sampai ke tua kan.. Adoiii buruknya perangai aku lah.. Malu dengan diri sendiri..

Sebenarnya hari ni aku puasa, bukan nak menunjuk-nunjuk baik aku puasa hari ni tapi aku puasa ganti sebenarnya..

Time lunch tadi akak opis aku tanya, puasa ape? Aku jujur kan cakaplah puasa ganti kak ada lagi 7hari..

Pastu die cakap, ni lah budak-budak muda zaman sekarang.. Sama lah dengan anak akak,akak selalu pesan ganti awal-awal.. Orang dah buat puasa sunat dah sekarang baru nak ganti..

Pesanan agak ke-emak-emak-kan.. Sangat menusuk dan akan ku ingat sampai bila-bila.. Actually mak aku pon pesan macam tu jugak.. Ganti puasa cepat-cepat, dah habis ganti puasa boleh buat puasa sunat pulak dah..

Ouch! Tetiba aku tersayang dekat akak opis aku yang tegur berhemah macam tu.. Akak mengingatkan saya pada mak saya.. I lebiu kak! Terima kasih kerana menyedarkan saya.. Mulai hari ini saya akan habiskan ganti puasa 7 hari nie..

Eh saya akan ganti masa hari kerja je.. Weekend ni akak saya datang, die masak sebijik macam arwah mak saya masak kak.. BOleh kan skip weekend..

Kengkawan yang tak ganti puasa lagi tu, jom ganti puasa jom! ade lagi 3 bulan nak ganti puasa nie.. Jom ganti jom!


UTOPIA kau memang..URgh!!

Dah berapa kali kau buat aku macam ni kan.. Aish benci nyer aku lah hai dengan kau nie! Asek-asek kau je lah yang dapat perhatian die.. Abes aku nie kau nak letak mane haaa???

Eiiii.. Dari pagi sampai petang membawa ke malam engkauuuuu je lah yang nak die layan kau kan..? Aku? Aku mesej pukul 8 die balas pukul 10, aku mesej pukul 10 die balas pukol 12, aku mesej pukul 5 langsung tak balas-balas dah.. Nak call apatah lagi, jauh panggang dari ayam.. Eh kalau himpunkan waktu die kol aku dari minggu lepas sampai hari nie tak sampai sejam tau semua ko punye pasal! dan jugak shah, shah salah sebab die kutuk pisang salai aku!

hadoiiii....Aku nie dah lama dah berbuluuu je dengan kau nie tau tak? ko diberi perhatian siap di belai-belai lagi dari pagi sampai petang 247 lah!247 bukan kumpulan K-pop yang aku maksudkan dekat sini ok, Pieja jangan salah faham... ai tak layan K-pop..haha

eh ni mood marah lagi, ko pehal ketawa woi U-topia.. Nama ko ni pelik kan? lagi sedap nama kucing si Masitah yang Que sera sera tu.. Wei wei wei, kucing pon lagi comel lah dari ko! humangai, makin berbulu lak aku dengan si utopia nie, ko ni kang aku bom ko kang..

Eh kalau aku bom aku kena penjara pulak tapi aku memang dah takleh bla dah dengan kau nie..aissshh!! Kenapalah die keje repair ko kan utop, hati aku nie sape nak repair? remuk, redam tau tak.. Semua pasal kau ngan adik beradik ko lah.. Lepas kau keluar ade lagi sekor kapal kena repair.. aishhhhh berbulu lah aku dengan kapal-kapal nie!! Kenapa abang keje macam nie bang..?bizi memanjang lah!huh


Isnin, 6 Jun 2011

Hari yang perlahan....


Kerana saya yang rabun ini tidak membawa encik sepect.. Owh malaplah hari-hari saye...

Sabtu, 4 Jun 2011

Kamu...

Seperti tiada masa untuk saya..:(

Jumaat, 3 Jun 2011

Masuk je kereta terus lock k!

Nampak kereta yang cantik jelita nie? Ini bukan kereta aku.. Kebanyakan dari kita mesti ade kereta, paling koman pon mesti pernah naik kereta kan..?

Perkara pertama yang korang buat bila dah naik kereta ape die? Mesti bukan lock kereta kan..? Nak naik memang kena unlock, tapi bila dah naik bukan lock kereta yang korang buat.. Kan?kan?kan?

Ni nak menasihatkan korang yang selalu naik kereta tengok lipstik ok tak, rambut cantik ke tak, bedak ade lagi tak, tudung masih gojes ke tak kan.. SO PLEASE LOCK UR CAR SEBAIK SAJA KORANG DAN PENUMPANG SELAMAT NAIK KERETA. Jangan sampai penumpag tak dikehendaki naik sama sudah..

Bende ni baru terjadi pada orang yang dekat dengan aku. Die baru je masuk kereta, start enjin tetibe ade lelaki masuk dari pintu kanan keluar belah kiri.. Sepintas lalu tu je die dah amek handbag si kenalan aku nie..

Itu depan rumah kalau dekat tempat lain? Contohnya mall, selalu kita akan kejarkan parking yang dekat dengan lift atau pintu masuk betul tak? Ada tak kita fikir yang tempat tu terang ke tak or secure or not?

Cara nya, bila jalan nak ke parking lepas tu parking tu pulak dekat tempat gelap.. Minta tolong guard temankan korang ke kereta.. Kalau korang jalan sorang-sorang lah kan. Kalau berdua, bertiga tapi nak teman jugak mahu kena pukul dengan guard tu..hehehe

Bende-bende macam ni boleh terjadik dalam masa 2 ke 4 saat je.. So, kena selalu berhati-hati sebab kita tak tahu bila die akan jadik. Pastikan sebelum sampai kereta dah keluarkan kunci, dah masuk terus lock balik.

Its for ur safety.. Please beware... Ni semua aku dapat masa perhimpunan aritu...hehehe...Saje nak kongsi dengan korang.. Sharing is caring kan.

Nak Promote sikit..

Ingat tak Cik TTK ade denda Masitah sebab die telah meninggalkan Cik TTK dekat bustop aritu..?Alahaiii si Masitah... Kan dendanya adalah buatkan pemplete untuk kedai akak Cik TTK. Sebab akak Cik TTK suruh buat tapi Cik TTK tak berapa kreatif, jadiknya bagilah kebahagiaan tu pada Masitah..Masitah kan kreatip dan inovatif.. hehehe

Macam yang sebelum ni yang Cik TTK cerita pasal kedai akak tu, tapi masa tu belum siap lagi dan belum beroperasi.. Sekarang dah beroperasi sepenuhnya.


Disebabkan Cik Lovely Fieza ade tanye, kat sini Cik TTK letakkan pemplete lengkap ngan harga semua tu dekat korang..


Pastu dah boleh komen, lawa ke idak si Masitah buat pemplete nie? Bagi Cik TTK dah lawa dah nie, tapi kalau korang kata tak lawa kite mintak Masitah nie lawakan lagi.. Yelah kan Cik TTK akan ungkit DIE LUPA AMEK DEKAT BUSTOP SELAMA 3 BULAN.. hehehe





Khamis, 2 Jun 2011

Masitah perasan bibir die gojes...hahaha

Kengkawan semua jom gelak ramai-ramai...
hahahaha....
hahahaha...
Nak terputus urat kentot aku lah baca entry perasan si Masitah hari nie..
hahahaha...


sebelum tu korang tengok gambo nie,



lepas tu korang tengok pulak gambo nie..

Apa persamaan dua-dua gambo dekat atas nie..hehehe

Korang tau, dulu Masitah pernah cerita kenapa bibir die boleh jadik terjongket macam tu sekali. Die kata dulu kecik-kecik pakcik die ter-rodok mulut die dengan kayu ke hape entah tu jadik terjongkit macam tu sekali..keh3..

keperasanan Masitah ni di jana oleh Pieja Pujidepom.. Korang baca lah story ni yek.. Sama ke?jenuh aku carik wei... Mungkin sebab aku dah pernah tengok awatif yang comel yang jugak kakak kepada adam nie tu yang aku tak dapat carikpersamaan muke si masitah dekat si Adam nie..

macam tak ada kan..?setuju tak..?hehehe


Ceqs Puan Temuks..


Ni die Ceqs Puan Temuks.. Comel kan..? Tapi nak kawen dah nie.. TAK AVAILABLE LAGI DAH... hehehe

Kengkawan sepermainan, ayuh follow budak yana ni ramai-ramai..

Rabu, 1 Jun 2011

Congatsssss dear!

Hari tu ade update cerita pasal Enchik Yus saye intebiu kan.. Sekarang dah dapat dah kerja nya.. Hari ni die kena report duty. Alhamdulillah.. Semoga segalanya berjalan lancarrrr..

Tapi yang aku tak pueh ati dengan die ni semalam tau lah busy tapi yang g eksen sangat tak menany-nanya aku nak buat ape dan nak buat macam mana tu ape pasal kan..? hangin lak aku.. Walhal aku pernah praktikal dekat HR situ dulu, atleast sikit sebanyak aku tau lah jugak nak buat macam mana..

Udah lah begitu, bila di tanya dikata nya aku lak tak nak advise die pulak aiii.. Aku mesej pon tak balas, lagi nak kol? Kang mendatangkan marah pulak, macam mane tu? Salah aku ke?

Walau pon aku ni keje nye tak se-busy die, tapi hal protokol ni aku memang ariff sebab dekat tempat aku nie memang penuh dengan protokol dalam segala hal.

Papepon, Tahniah sebab dapat kerja ni...Nanti sayek belanje kamu makan besar wokeii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...