Jumaat, 29 Oktober 2010

AKU DAN STICKER!


pehal dengan aku & sticker? Kalau ada yang nak kata aku adik beradik dengan sticker ke aku perangai macam sticker ke atau aku penjual sticker ke korang memang salah.. Hal ini kerana (chewah!) aku terlalu banyak dan suka menampal sticker di rumah. Bukti nya ni aku tunjuk kan potret kediaman mewah aku ni. Mewah siot tak leh bla.


Masuk-masuk rumah je aku dah tampal sticker munge-munge chumei dekat bawah tu. Sepupu aku si Epi cadangkan supaya aku letak sticker bunge kecik ni keliling rumah. Macam semak lak banyak-banyak bunge tu kan? Hurm...nanti aku pikir.. Dah tu sticker bunga yang tiga kuntum tu aku tampal dengan beliau lah. Ada lagi satu sticker 3 kuntum ni, gambar nyer dekat bawah ni.




Lain sikit la kan.. Sebab ruang dinding ni agak besar tu yang aku tampal jarak sikit. Ni ruang nak ke bilik-bilik tidur. Pintu yg ko nampak tu pintu bilik ayu eh bilik air..haha



haaa... Ni pulak sticker dekat atas tibi..hoho cumei kan?


Dekat sliding door pon aku tampal..Pening-pening...hahaha sekeping pintu tu aku tampal 2 kuntum ros, bila 3 keping pintu die jadik macam kt bawah nie.
santek kan kelihatan pemandangan ke luar balkoni rumah saya? Ececece bab puji diri sendiri ni memang expert tak leh bla..hehe
Lepas ni aku nak beli sticker kartun pulak.. Nak tampal dekat bilik tidur anak sedare aku biar die mengamuk.. hahahaha

BALIK KAMPUNG




Lepas kerja nie nak balik kampung.. Dalam keadaan kedemaman dan kemiungan ni, larat ke aku bawak kete jauh-jauh nie..?urgh! Ya ALLAH kuatkan lah semangat aku.. Banyak janji-janji yang perlu ditunaikan nie.


caiyok2 yan!!

Isnin, 25 Oktober 2010

APE NAK JADI NIE!!??




Bile baca METRO harinih memang macam nak menyumpah-nyumpah sang pelaku yang sangat kejam NIROJIM nie. Hanya disebabkan sang isteri masak tak sedap ko kencing kan muke die? NAJIS betul la perbuatan die nie.. Sangat keji dan terkutuk... Malas nak ulas panjang-panjang lah, marah sangat nie. Korang baca lah sendiri
artikel nie .






p/s: kepada sesiapa yang rase nak kawen ngn aku, terima hakikat yang aku tak pandai masak! ko buat macam sang setan kt atas ni dekat aku, memang tanpe segan silu aku reply bende yang same dekat ko SERTA MERTA tanpa tangguh sesaat dua.. ohoooii marah sungguh la..

Khamis, 21 Oktober 2010

TAPAK KAKI BERPELUH??

hei ada orang cenggitu ke? Ada hockay... Aku la tu.. Kenapa lah sang kaki ni berpeluh yea..? Aku sangat kompius memikirkan perangai sang kaki yang berpeluh sampai kalau jalan mesti rasa licin je dekat kaki ni pastu bunyik klecek klecuk.. Simptom apakah ini? Oh sang kaki, demam kah dikau??


yang runsing,
-yan-

MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN DAN TISU KEBANGSAAN!


Beberapa hari lepas tengok Halaqah "akar kehidupan" dekat tibi9. Ingat nak carik maklumat-maklumat tambahan supaya korang paham dengan jayanya apa hukum-hakam menderma organ ni bagi orang islam. Tapi i bizi u... I tak sempat mahu mencari dan mengkaji dengan lebih lanjut.


Tapi dari ape yang aku tengok arituh Islam memang menggalakkan pendermaan organ nie. Sebab ada hadis yang menyokong hujah Datuk Noh Gadut dan panel lain nya. Sesiapa yang fikir "dah meninggal nanti nak keluar-keluarkan organ, seksa mayat je!" takpun "boleh ke derma organ nie?bukan kena tanam semua anggota badan sekali ke?" ok korang da leh carik alasan lain sebab sememangnya boleh! Ulang lagi skali BOLEH derma organ! Harap maklum!


Ececece...Ala...Apa salahnya kalau roh dah berpisah dari badan tapi jasad masih lagi boleh membantu insan lain yang memerlukan untuk meneruskan hidup kan. Ok sesiapa yang berminat nak jadik pengikrar menderma organ boleh
kelik sini . Selamat berjuang. Semoga ALLAH s.w.t membalas jasa baik korang.

Selasa, 19 Oktober 2010


HUJANNN




Hari ini hujan. Hujan itu rahmat. Saya suka hujan. Hujan tidur lena..

Syok nyer hujannnnn!!! hehehehe

Isnin, 18 Oktober 2010


PENIPUAN YANG TAK BERBALOI-BALOI.



Tak baik menipu tau, berdosa. Tuhan marah. Tapi aku menipu jugak. Dan memang tak berbaloi. Korang kalau nak menipu biarlah yang mendatangkan keuntungan dan hasil yang lumayan dekat korang jangan jadik macam aku. Ohh sangat menyesal yea. Dan sedih juga sikit ada.



Kisah nya macam ni, Yus nak menghantar adik die si angah ke UITM Shah Alam. Yela Shah Alam kan, ko gila tak nak jumpa. Dah dekat tu dengan rumah aku. Aku pon offer la nak menunjuk jalan konon. Tapi die tak nak ea. Katenya tak nak menyusahkan. Apakah!!?



Kau dah drive seribu kilometer persegi sampai ke tempat aku tak nak jumpe?? Marah nya! So aku dengan bijak nya mengatur rancangan yang konon-konon aku keluar merambu-ramba haru tu. Poyo-poyo tak nak nampak sangat yang aku nie mengharao nak jumpa die aku cakap la aku keluar. Lagi pulak kalau aku kata aku keluar for sure la die akan suruh pergi sana teman die jenjalan sementara adik die pergi intibiu tu. Rupa-rupa nya tidak yea. Ohh hati ini sangat marah lalu tidak melayan beliau sampai kemalam. Tapi itu pon sebab tepon kesayangan kena bar!haha!



Dah adat aku kalau menipu mesti tak tahan lama. Tu la sebab dari kecik mak ajar jujur. Tak payah menipu-nipu nie. Kalau terus terang kan senang. Tak payah lah kau nak putar belit. Ni aku tak, kalau ade la benda aku tipu lepas tu mesti nak bagitahu dekat orang yang kena tipu dengan aku tu, "eh aku tipu kau". Apakah!?



ok. lepas ni berazam tak nak tipu lagi, sebab tak dapat hasil yang membanggakan keluarga dan masyarakat pon! Jujur itu penting untuk hati supaya tak memakan diri. Sebok duk berkias-kias tapi tak faham,menyampah lak. Geramsss!

Jumaat, 15 Oktober 2010


PROTON INSPIRA


Proton Malaysia akan launch kereta baru yang dulu nya heboh kata akan menggantikan Proton Waja. Sama macam Proton Saga BLM yang menggantikan Proton Saga lama tu. Tapi Berita malam tadi kata, Proton yang akan di lancarkan oleh PM kite ni BUKAN menggantikan Proton Waja!





Smart jugak Proton Inspira ni. Tapi aku masih sayang kan BLM ku..huhu. Tak Mungkin...


Proton new baby born ni diberi nama PROTON INSPIRA hasil kerjasama Si Proton Malaysia dengan Si Mitsubishi. Walaupun hanya akan dilancarkan pada bulan depan tapi tempahan dah buleh di buat sekarang. Proton mensasarkan jualan sebanyak 1600 bijik kete sebulan di seantero Malaysia. Malam kelmarin juga menyaksikan pengunguman Proton akan menghentikan pengeluaran Proton Waja. Lepas ni da susah la nak carik kete Waja kan.. So sesape yang ada Waja tatap puas-puas. Bagi kengkawan dan sedara mara tatap bersama keyh!

Kejelitaan Sang Inspira ni buat aku rasa nak beli je dua tiga bijik. Tapi bile tengok rege die memang agak menggigil la ka.. Lalu tengok pula pada slip gaji dan berkata, "aku masih sayangkan saga aku.."

Tak mampu cakap je lah! hahahaha




Khamis, 14 Oktober 2010

Buasir?


Apa buasir tu..?


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.



Jenis-Jenis Buasir


Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tak bahaya tapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.



Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Nak tahu apa punca Buasir...?


Ok, bila baca punca-punca ni aku jadi tak sedap hati.. Humangaiii... Sentiasa duduk, meneran ketika sembelit atau najis keras, cirit-birit, duduk mencangkung terlalu lama, batuk yang teruk, bersalin dan juga mengangkat barang-barang berat adalah antara punca terbaikkkk untuk mendapatkan buasir.
Tetibe terpikir atlet-atlet angkat berat yang dekat India yang tengah memperjuangkan nasib negara dalam sukan komanwel tu ade buasir tak?ish!jahat tol otak..


Pencegahan


Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.



Pengurusan sendiri

Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari

Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor
Note: 1)Sumber adalah daripada Wikipedia.
2.) Mulai sekarang aku akan minum air masak banyak-banyak sebab takut kena buasir.. Macam sakit je...ohh tidakkkkk!!!!

Rabu, 13 Oktober 2010

Khunsa


kelmarin tengok Halaqah kat tv9 ade membincangkan pasal khunsa. Hari ni aku buat sedikit kajian tentang Khunsa. Sekali sekala masukkan isu ilmiah sikit tak pe kan..


Apa yang di maksudkan dengan K.H.U.N.S.A


Dalam biologi, khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina yang membolehkan ia bertindak sebagai "jantan" dan "betina" atau dengan bahasa mudahnya seseorang yang dilahirkan dengan dua alat kelamin faraj dan zakar. Namun ada juga khunsa yang tidak mempunyai alat kelamin melainkan lubang najis je. Kalau ada dua alat kelamin perempuan+perempuan atau lelaki+lelaki tak taw la dalam kategori ape. Nanti belajar lagi.



Ramai yang tidak tahu semua bayi yang berada dalam kandungan memiliki organ kelamin luar macam perempuan pada mulanya. Lepas tu kalau bayi itu ditakdirkan lelaki, maka organ kelamin dalamnya akan menjadi matang serta mula menghasilkan hormon lelaki iaitu testosteron. Jika hormon itu sampai ke tisunya dengan tepat, organ kelamin luarnya yang berbentuk seperti perempuan itu akan berubah menjadi skrotum atau kerandut dan zakar.



Dalam Bahasa Arab pulak, khunsa bererti LEMBUT tapi bukan lembut yang orang kita selalu gunakan untuk merujuk kepada pondan atau Mak Nyah tu yea. Dari segi syarak, khunsa - seseorang yang diragui jantinanya sama ada pada kedua-dua alat kelamin lelaki tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.




K.H.U.N.S.A ada jenis-jenis nya?


Yea, menurut imam Nawawi khunsa ada dua, yang pertama yang ada dua kelamin. Yang kedua pula yang tiada kelamin.



Khunsa pertama boleh dikenal pasti jantina nya melalui pelbagai cara contohnya melalui kencing. Kalau kencingnya bermula tidak serentak, dari mana yang keluar dalu itu lah jantinanya. Kalau dari faraj maksudnya khunsa tu perempuan, macam tu la sebaliknya. kalau kencingnya keluar dari kedua-dua kemaluat tu serentak pulak kena tengok mana yang habis kemudian. yang habis kemudian tu la jantina nya.



Tapi jadi masalah kalau mula dan habis serentak. Kalau jadi macam ni, maksudnya khunsa tu dah masuk dalam kategori khunsa musykil sama macam khunsa jenis yang kedua. Khunsa ni mempunyai hukum nya yang khusus, khas untuk die je.


Ada juga teori-teori sains lain yang aku dapat dari farhah88@blogspot.com iaitu:

Khunsa perempuan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XX. Khunsa Perempuan secara genetiknya adalah perempuan. Bagaimanapun, organ kelamin luarnya kelihatan seperti lelaki dengan bentuk seakan-akan zakar. Tetapi, mereka mempunyai rahim, ovari dan organ kelamin dalaman lain seperti wanita normal.Keadaan ini berlaku mungkin si ibu mengambil hormon progestron yang berlebihan untuk mengelakkan keguguran. Ini menyebabkan penghasilan hormon tertentu dalam badan ibu tidak berlaku keseimbangan.




Khunsa Lelaki secara genetik adalah lelaki dan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XY. Tetapi, organ kelamin luarannya gagal terbentuk dengan sempurna. Khunsa lelaki mungkin mempunyai testis dan vulva yang seakan-akan perempuan atau mempunyai zakar yang sangat kecil.




Khunsa Sebenar - seseorang yang mempunyai kedua-dua organ kelamin lelaki dan wanita, iaitu testis dan ovari [ovotestis] ataupun satu ovari dan satu testis. Secara genetik, dia mungkin memiliki kromosom XX, XY atau kedua-duanya. Alat kelaminnya mungkin sama, ataupun mungkin jelas lelaki atau wanita. Keadaan ini yang dipanggil khunsa sebenar.




Khunsa Kompleks - mereka yang mempunyai konfigurasi kromosom yang lebih rumit. Mungkin 45 kromosom, XO iaitu hanya 1 kromosom X, atau 47 kromosom XXY atau XXX. Kedua-duanya mempunyai lebihan kromosom X atau Y.




Tahukah anda?




'Saya Mempunyai Kedua-Dua Jantina Iaitu Lelaki Dan Perempuan,Tetapi Saya Menganggap Diri Saya Seorang Wanita'
Dan Apabila Di Tanya Kenapa Berahsia Sebelum Ini, Gaga Hanya Menjawap "Ianyanya Bukan Perkara Yang Besar Untuk DiHebohkan"

Sumber : www.arealcelebrity.com


Bersambung...

Sumber Teks Keseluruhan:







Note: Catatan ni adalah dari apa yang aku baca di Internet. Mari membaca.!

Lah lah lah lalalala

Agak geli tengok tajuk..? Yea aku pon geli.. Mula-mula nak letak "cinta itu berantakan" tp berantakan sangat ke? Macam tak sesuai pulak. Kiranya lepas aku duk pikir dalam bilik termenung tadi, ni la tajuk terbaik yang boleh aku fikirkan sekarang. Hehe. Tak dulik kali ni nak jugak buat entry pasal kisah cinta. hahaha( Sila ketawa dengan jahatnya)


Korang yang ada teman wanita, teman lelaki a.k.a makwe dan pakwe dalam bahasa pasarnya atau cikaro dan balak dalam bahasa kasarnye mesti dah biasa dengan situasi aku nie. Ni nak cerita story sikit.


Alkisah tersebut lah kisah di suatu malam, ilek aku citer pasal malam yang satu nie je dulu malam-malam yang lain nanti yea. Malam yang satu ni memang tak berape nak puas hati sebab tu kena bagi keutamaan.


Kisah die macam nie, da jadik kelazimannya aku akan tunggu si dia balik dari kerja setiap hari. Bukan balik rumah aku, tapi balik rumah die lah sebab aku dekat Putrajaya die dekat Johor, Long distance la... Chewah! Aku tunggu bukan sebab aku tak ade kerja tapi kerja aku dah habis sebab tu lah aku tunggu.


Akibat kejauhan beribu batu nie membawa kami ke satu perangai yang suke 3G dan telepon (Terima kasih kepada Celcom 1+5!) tapi mesej di kecualikan. Mesej memang tak suka yea kawan-kawan, sebab tak berapa nak mesej ni jugak lah aku kalau taip mesej memang macam atuk yang tangan dah menggigil lalu menaip mesej menggunakan gigi.

Yang menjadik tak puas hati nya bila, kau dah tunggu dia balik sampai larut malam baru nak balik lepas tu boleh pulak die layan kau acuh tak acuh. GERAM

Apa yang di katakan acuh tak acuh tu bile adanya ayat, yelah, ikut lah, tak pape, suke hati lah dan macam-macam lagi lah lah lah yang ade. eh eh berani beliau yea, sedihlah hati mendengarnyer lalu terbakar dan marah! Oh yea saya dah jadi pemarah sekarang. tett!


Pada aku bila die cakap yelah maksudnya die tak puas hati. Nampak macam menurut tapi padahal die memang tak puas hati sebab perasaan macam aku ni mengongkong or memerintah die? Memang tak lah. Awak kena ingat sikit, kite tak jadi pergi reunion sebab awak taw hari tu! Luahkan je lah, its ok I can accept lah.


Lepas tu bila die cakap "ikut lah" maksudnya die tak nak ikut sebenarnyer sebab kedengaran tidak ikhlas disitu sebab die ada pandangan yang mahu disuarakan tapi tidak diutarakan lalu dipendam begitu saja lalu saya jadi marah. Sila lontarkan vokal anda agar kita boleh berbincang.


Kalau die kata "tak de pape pulak" sebenarnya memang ada apa-apa. Adalah benda dia nak cakap tapi perasaan ingin menjaga hati tu lebih. Dia takut aku akan terluka or kecewa or marah kalau die cakap apa yang tersirat tu. Lain kali cakap je ok?


"suka hati lah" memang hati aku suka, tapi hati dia tidak. Memang sangat jelas. Sebab dia beri hati. Jangan paksa diri buat benda yang awak tak suka, kita pon tak suka nak paksa.

Nampak kan macam mana aku kembang kan cerita nie? Ikutkan akal fikiran yang normal, benda-benda ni tipical n very de simple tapi aku bokeh kembangkan camni sebab ape..? Sebab dah selalu kenalah. Tahun ke - 4 hampir menjengah, kite dah lali dengan perangai awak. JUJUR lah sayang.

Selasa, 12 Oktober 2010

LCCT


Owh Owh Owh... Sangat berat dan berserabut ini kepala sekejap ring ring! sekejap rong rong! Sekejap lagik rung rung lak! Asek berdering je lah telipon aku nie.. Memang tidak akan aman serta damai lagi sentosa selagi itu encik bos tidak berangkat ke Marlborough House.. Tak tak ini bukan dunia fantasi rokok marlborough yea, sila padam itu pemikiran dari kepala ko.. MEROKOK TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN! Tetibe ade pesanan penaja, ko pehal?! haha.. Mungkin aku patut letak gambo "Belia Benci Dadah" or "Katakan Tak Nak pada Rokok" kan..? Barulah terbukak mata-mata saudara-saudara ku sekalian umat yang menjalankan kegiatan tak bermoral tu..

Ok dah terasa lari dari entry kejap. Sebenarnya ni nak cerita pengalaman semalam yang baru pestime g LCCT. Kesian kan..? Tu pon sebab nak menolong a.k.a membantu si Etty ambil abang die dan rakan-rakan nyer yang baru mensampaikan diri dari Langkawi. Diorang pergi bercuti membujang ke Langkawi yea, walhal masing-masing da beranak pinak. Mungkin memang macam ni perangai orang-orang dah kawen nie, Sometime diorang gatal nak membujang kembali..haha pandai-pandai je aku kan..

On the way pergi LCCT aku mesej akak "ucu dah taw jalan pg klia, pasni bley bawak budak-budak g da.."

Isnin, 11 Oktober 2010

Saye Sayang Mereka...(Bahagian 2)

Keluargaku
Sangat banyak bahagian yea, sila jangan marah sebab ni salah satu cara aku nak mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku pada aku dan keluarga aku. Sebab aku tak nak aku lupe. Macam jahat kan ayat tu? Tapi nie hakikat tau. Sebab arwah abah aku meninggal 10 tahun lepas, yea SEPULUH yea.. dan memori yang tinggal sekarang ni aku rase tak banyak da.. Ni semua akibat dari kesedihan yang teramat sebab kehilangan abah dah tu tak nak ingat yang sedih-sedih dan akibatnya tak banyak yang aku ingat tentang abah.




Atas inisiatif itulah aku ni tak nak la suatu hari nanti aku lupa daratan. Lupa asal usul, lalu di ceritakan di sini bukan untuk meraih simpati sebab sape je yang bace belog aku nie kalau bukan aku..hehehe kawan-kawan yang bace, terima kasih..hehe


Sambung kisah aritu sampai dekat aku ni tiba dekat hospital Kota Tinggi. Sampai-sampai je abang-abang aku pimpin aku pergi ke ICU, akak yang ade dekat luar ICU tu pon bangun serta merta macam nampak hantu je, padahal aku je pon..


Diorg mintak izin guard dekat ICU tu nak bawak aku pergi tengok mak sebab mase aku sampai tu bukan masa melawat dan ICU korang tahu-tahu lah.. Mane buleh masuk ramai-ramai, tapi kitorang sebu ramai-ramai.. Aku nie masuk ICU melulu sampai belakang, mane mak? Pusing je badan tengok mak? Nie ke mak? Ya ALLAH... Lain sungguh, mata mak bengkak, banyak wayar berselirat dekat badan mak. hidung berdarah, telinga berdarah. Dekat rambut pun ade darah jugak. Sedih nya..


Akak terus peluk aku. die cakap kt aku "nie mak nie... Jangan nangis, jangan nangis", sambil die yang menangis.. Aku? terduduk dekat situ, meraung dalam hati. Meleleh je air mata aku. Aku bisik dekat telinga mak, "mak ni adik balik, mak kata rindu dekat adik.. Adik dah balik mak, bukak lah mata. Tolong mak, bukak mata.."




Guard da ketuk-ketuk pintu. Die kata kitorang boleh mengganggu kestabilan mak dan jugak pesakit-pesakit yang lain. Kitorang kena keluar sekarang jugak.


Time tu aku teringat dekat yus, aku suruh die cepat-cepat sikit pergi Hospital takut tak jumpa mak lagi. Mesej pertama aku hantar aku suruh die cepat-cepat datang, tapi tak lama lepas tua mak dah stabil dan dah nak di pindahkan ke Wad biasa. Aku hantar mesej kedua suruh die santai-santai je and tunggu waktu melawat pukul 4 nanti baru datang. Lepas tu, telefon kena barred!




Belum gaji. pagi tadi mase nak balik ke Kota Tinggi pon aku pinjam duit mas RM200. Aku mintak die teman aku balik kampung tapi die tak nak. Nak kerja katanya. Tak pe lah. Sedih jugak, tapi tak pe lah. Bukan masa nya nak bermain dengan emosi.


4.30 p.m aku mesej abang ipar aku suruh bawak tuala. Mak demam. Aku dengan akak dah plan nak jaga bergilir-gilir malam nanti. Surau pun dekat. Aku ngantuk akak jaga mak, akak ngantuk aku pulak jaga mak. Nanti kalau mak dah sihat sikit-sikit akak nak bawak balik rumah die, jaga dekat rumah die sana. Aku setuju je, aku nak balik tengok mak pun dah dekat sikit.




Tak lama abang ipar aku sampai, die bawak kan makanan untuk kitorang. Masa kitorang nak pergi makan, tekanan darah mak dah stabil, kencing manis dah stabil, degupan jantung die pun dah stabil. So, kitorang pergi lah makan kejap.


Habis je makan tengok sedara mara dah ramai dekat luar. Masing-masing berbual kuat-kuat. Aku marah sangat, tak nampak ke hape mak nie tengah sakit.. Memang lah mak koma tapi de boleh dengar tau! Lepas tu diorang pergi berbual dekat luar. Aku paling marah dekat abg mi sebenarnya, sebab 10 orang datang 10 kali la die cerita. Tensen betul.!




Betul kata abg ajib, bila dah naik teruk teruk teruk tetibe je baik hati-hati lah. Tiba-tiba semua jadik lemah, aku panggil nurse. Nurse pon kalang - kabut. Panggil doktor itu, panggil doktor ini. Kitorang semua kena keluar. Tak lama Doktor panggil waris. Akak masuk, aku ikot dekat belakang. Doktor mintak maaf. Mak dah tak ade.


Time tu, semua sedara mara yang ada menangis. Akak terduduk dekat situ juga. Aku kena kuat! Aku kena balik rumah, siapkan rumah. Jenazah mak kena di uruskan. Waktu turun lift, aku serempak dengan doktor yang rawat mak tu. Die kata mak ada mis-treatment, sebab tu terus kena teruk macam ni. Urat saraf dekat otak die pecah, sebab tu darah keluar dari hidung dan telinga. Subhan-Allah. Sungguh hebat dugaan mu Ya-Rabbi..


Dalam perjalanan balik mama call. Die pesan suruh aku tabah dan redha. Yang hidup pasti akan mati. Mama, kenapa mama jadi orang pertama? Saya tak suka ayat dan nasihat macam nie, sebab sangat meruntum jiwa. Tapi aku iya kan je. Kang menjawab lebih-lebih takut die reject aku jadik menantu die kang. Ko gila?




Sampai dekat rumah, mak-mak jiran tetangga dah siapkan rumah. Ternyata bukan berita tak baik je yang tersebar cepat, berita sedih pun cepat. Alhamdulillah. Hal-hal fardhu kifayah ni tak boleh ambil remeh. Dosa sekampung kalau tak ada yang menguruskan tau.


Masa jaga mak dekat wad tu aku ada amik gambar, tapi nanti lah aku upload yea. bersambung...lagi?






Gosip yang didapati dari mediamalaya.com


BIENDA DAH KAHWIN LAH..


Ohh sangat jelitaaaaaaaaaaaaaa... TAHNIAH kepada Bienda ( Nor Razlinda Razli ) dan pasangan nya Kamarul Zariman.. Semoga kekal ke akhir hayat dan dikurniakan rumah tangga yang aman damai dan sentosa serta anak-anak yang soleh dan solehah..

Sangat santek yea....kalau korang nak tengok gegambar yang lain pon ade santek-santek belaka. Tinjau-tinjaulah dekat mediamalaya.com yea..

Sangat santek kaler yang dugunakan.. Mungkin sebab si Bienda ni memang da santek so ape die pakai sume jadik cantik jelita gitu u..huhuhu pepon TAHNIAH sekali lagi..

masalah!

aku takleh enter in between the para in my entry.. thats annoying! urgh!
dammit!

weekend disitu..


JUMAAT, SABTU DAN JUGA AHAD

Kau jangan tanyer kenapa tajuk entry nie agak pelik ke annoying tahap kau nak muntah ke hape k.. Kalau nak muntah sila pergi ke tandas, jangan nak menambah tugasan harian makcik cleaner or bibik ko or mak ko nak bersihkan sisa kumbahan ko.. Tambah kerja utk diri ko itu dimaapkan..

Sebenarnyer banyak bende nak ciritera.. Weekend sangat seronok... Masa banyak dihabiskan dengan berangan, main game, tengok tibi, berangan, main game lagik and tengok tibi lagik... How wonderful kan..? Mau gilak aku nie bah.. So, sape mahu jadik housemate aku..? Sila menyesal.. Sebab aku memang jenis suke duduk rumah dan tidur itu adalah kegiatan paling best.. Dikala mata mahu jaga cume game dan tibi jadik teman, dan teman serumah? Owh yea teman serumah itu tidak ada.. Yea aku tak de housemate..
Pelik aku tinggal sengsorang..? Wei, aku berani laaaaa... Cume iklan-iklan cite seram-seram tue memang aku jauhkan apatah lagi cite-cite macam Durja Ningsun tue, memang takkkk la! Not my taste! Padahal aku takut..haha cup!cup! Anda dilarang mentertawakan saya.. haiiipp!!!

Bukan ape, mencegah lagi baik dari mengubati.. ayat cover takleh bla..haha apepon, ade aku kesah?

CINTAN-CINTUN MEE SEGERA

Adalah di maklumkan bahawa, cinta itu sedang mengalami masalah dan dalam proses pembaikan. Segala komen dan cadangan penambahbaikan adalah di alu-alukan dari pihak pertama (saya) dan juga pihak kedua (beliau). Sebarang komen dari pihak pertama boleh lah disalurkan secara terus menerus kepada pihak kedua dan sebalik nya.

Pihak kedua di harap bersabar kerana setakat ini punca masalah telah di kenalpasti dan berada di pihak tuan. Kesalahan pihak pertama adalah kecil berbanding pihak kedua. Harap maklum.

Kerjasama dari kedua pihak adalah perlu yea agar masalah yang di alami dapat diperbaiki dengan kadar SEGERA!

Sekian, TK.





Saya yang tidak suka masalah ini.



-Yan-

ext:1234 tekan-tekan tak dapat

Faks:belum daftar lagi

suatu ketika dahulu, lautan api sanggup kau redah.. Sekarang..?paham-paham sudah..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Teater pertamaku...

Seperti yang korang sedia maklum dan dimaklumkan oleh aku semalam.. Aku pergi tengok si Teater Muzikal Tun Dr. Mahathir dekat Istana Budaya semalam.. Ape..? Nak bukti..? hoi hoi kau ingat aku tipu ke ha..? Cume tak bawak kamera je, tp ofkos la aku tak akan melepaskan peluang bergambar di camera Kak Ana.. hehe.. Sesi bergambar adalah paling best dan menteruja kan dalam hidup.. Suruh je wt pose ape je, ko nk suruh bergambar sehari suntuk pon tak pe, cume make sure memori camera korang besarrrr punyer! haha..


Tapi kan.. Tapi kan... Camera Kak Ana yang sanggih manggih tu kan, camera die.. So, tak de la gmbar-gambar pada aku.. Nani aku dapat aku upload kat sini yeaaaaa... Promise!


Ha! Semalam aku kate nk buat review pasal teater nie kan.... Kesimpulannyer memang menarikkkkK!!! Sangat tidak rugi menonton yea... dari kecik sampai besaw memang best.. Lagu-lagu semua best! Tarian-tarian die sume best, tak lepas mata memandang kelincahan penari tu menghempas-hempaskan badan die.. kalau aku kompem tak leh buat cenggitu..haha..Tak sangka Dr. M muda-mudi nyer dulu sangat romantik, di gandingkan pula dengan Dr. Hasmah yang cun melecun di gilai ramai..

Lakonan Esma Danial sangat jadik! Sangat HIDUP lah.. Cara duduk, cara cakap...sumenyer..waaaa...memang betul- syok.. Tak tipu.. Korang yang masih belum pergi tengok ade lagi masa 2 hari, hari ini dengan esok untuk tengok teater tue.. Rugi tak tengok, seyes nie... Kalau korang tak pergi memang rugi..


Tak kurang juga lakonan, Zizan Nin dan adik sape ntah yang berlakon sebagai Dr. M kecik dan Dr. M muda.. Lakonan diorang pon hidup jugak..adik Dr. M kecik sangat kelakar dan pandai berlakon.. Nak gelak je tengok die berlakon, comel je.. pelakon-pelakon lain pun hebat..Erra Fazira sebagai Dr. Hasmah, kak Erra memang lawa kan..?i loiiiikke u..hehe


Lepas aku tengok sendiri teater nie, dengan ini aku telah menolak segala persepsi-persepsi negatif dan maklumbalas-maklumbalas yang tidak elok tentang teater nie sebab hakikat nyer teater nie memang mantoppppp meletop kebaboomm..sangat syiookk!! Banyak jugak benda baru yang aku tahu dari teater semalam, contoh nyer "2 sudu darah Pakistani".. Tabik spring la kt Dr. M!!


Next-next update nanti aku upload gambar-gambar yang sempat kitorg ambil dekat sana yea..


Khamis, 7 Oktober 2010

Teater...


wah...nak pergi tengok teater kau.. Jangan jeles... hahaha... Nie baru firts time nak pergi tengok teater nie, pastu orang belanje pulak..memang syok! teriiiiimakasih kepada tuan punyer duit yang sudi membelanja adik-adik yang jelita lagi comel tiut miut nie..hahaha...agak perasan disitu!kau ingat kau diva!

ok...Stop mengarut... Sempena nak memergi kan diri ke teater muzikal yang sangat bersejarah nie, aku ade lah buat sedikit review.. Basically, teater ni memang unik sebab ianya mengisahkan kisah hidup seseorang yang masih hidup dan sihat walafiat.. Eh! bukan Dr. M baru kuo spital ke aaritu..?eh ko munyol no pehal kan..dah sah-sah la da keluar hospital, name nyer pon DAH KELUAR.. Dah keluar tue da sihat la..wongek!
Teater nie mengisahkan lakaran hidup Dr. M dari muda dari zaman sebelum merdeka
sehinggalah beliau (betulkan guna beliau, kalau baginda utk sultan kan..?) bersara.. Aku masih ingat lagi mase Dr. M bersara time tu aku tingkatan 3 kot..masih muda..bukan bermaksud sekarang aku dah tua, tak tak.. Sekarang pon masih muda, tapi agak matang..haha...


Waktu Dr. M nak mengundurkan diri dari jadi PM tue kan aku pon menangis..padahal aku cume budak skola yg masih belajar nahu lagi time tue tapi da sesibuk menangis sebab PM nak mengundurkan diri dari jajahan takluk nyer..apelah.... Nak buat macam mane, dah semangat patriotik dalam diri nie memang sentiasa berkobar-kobar tue yang over baldi sikit tue.. Waktu-waktu terakhir Tun Dr. Mahathir jadik PM kita, ada satu slot dekat TV3 yang mengisahkan perjalanan hidaup beliau.. Lebih kurang lah kot dengan teater muzikal nie... So, aku sebagai seorang yang melihat autobiografi ke bibliografi ke geografi ke hape name de alah tue mengharapkan teater muzikal yang bakal aku tengok nie sama dan memberi kepuasan maksima pada diri aku yg menyanjung tinggi sang mantan PM a.k.a. Bapa Permodenan Malaysia itu.


Walaupun ade beberape review yang dibuat tentang teater nie menunjukkan mereka tak puas hati dengan lakonan dan jalan cerita yang macam di buat-buat, tp berbekalkan ingatan kisah-kisah hidup Tun Dr. M yang aku tonton kt TV3 masa aku tingkatan 3 tue, aku mengharapkan teater nie yang akan aku tengok malam nanti akan memberi kepuasan semaksima yang mungkin. Esok pepagi aku akan buat entry pasal teater nie keyh!

Rabu, 6 Oktober 2010

haip!

ini adalah percubaan sy kali ke berape hentah utk kembali menulis..
macam best je nk menulis nie kan...
doa2 la saya akan tetapkan hati, ringan kan tulang-tulang untuk menulis setiap hari..
paling busuk pon setiap minggu la...
kalo da busy gila pon sebulan mesti ade satu lah entry...
gud luck yan!!caiyok2!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...